DAP Ajak Kamal Saidin Pegawai Khas Agama Menteri Besar Terengganu.Dan Abdullah Samaah Berdebat!!!

Surat Jemputan debat Kamal Saidin & abdulah Samaah (haram dan berdosa sokong DAP) dari DAP Alor Setar!!

PARTI TINDAKAN DEMOKRATIK (DAP)Cawangan Taman Wira,B 47 Taman Wira Mergong 05150 Alor Setar,Kedah,Darul Aman

26 Mac 2013 

Saudara Kamal Saidin
Pegawai khas Agama Menteri Besar Terengganu. 
Pejabat Menteri Besar Terengganu 
Tingkat 16,Wisma Darul Iman 20502 Kuala Terengganu,

Saudara Haji abdullah Samaah
Pengasas Pondok Getting Tumpat Kelantan

Assalamualikum
Saudara Berdua.

Saya mengalu-alukan kesediaan saudara berdua untuk tampil berdebat bagi merungkai pelbagai kenyataan yang dibuat oleh saudara sama ada yang dibuat,semasa program jelajah ceramah dan melalui media masa pro kerajaan Barisan Nasional

Mengambil kira kenyataan saudara berdua di dalam program-program ceramah dan melalui media masa pro kerajaan Barisan Nasional mengenai kenyataan saudara berdua haram dan berdosa bagi umat Islam menyokong DAP adalah satu kenyataan yang tidak bertanggugjawap dan bermoral serta boleh menimbulan huru-hara dan ketegangan agama dan bangsa

Saya Pengerusi DAP Taman Wira Mergong yang mana semua ahlinya 100% Melayu merasa terpanggil dan merasakan kenyataan saudara berdua adalah berunsur politik dan hanya sebagai fatwa murahan untuk kepentingan saudara berdua sahaja

Saya juga mencadangkan agar debat ini di adakan secara terbuka dimana sahaja saudara berdua inginkan ia di lakukan dalam tempoh 14 hari mulai dari tarikh saudara berdua menerima surat jemputan debat ini

Saya juga mencadangan debat ini menggunakan Bahasa Arab,kerana saudara berdua di katakan ulamak tersohor bagi ahli-ahli Umno,saya juga percaya saudara Kamal Saidin adalah seorang pemimpin Umno yang berani dalam setiap perbahasan usul agama dan juga saudara Abdulah Saamah yang mengelar dirinya Tuan Guru menerima/menyahut cabaran debat ini.

Sekian wasalam
Syed Araniri Syed Ahmad Al Idrus

013-4640338

SUMBER

Tinggalkan komen

Tiada komen.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan komen