Fokus Parlimen Maran: Perubahan bakal berlaku di Chenor

CHENOR – Majlis Tindakan Dun (MTD) Chenor yakin penduduk kawasan Chenor akan membuat perubahan dengan menyokong calon Pas sekali gus memberi mandat kepada Pakatan Rakyat (PR) untuk memimpin kerajaan secara berkebajikan dan adil.

Penyelarasnya, Ramli Awang Abdul Rahman berkata, hasrat utama PR yang dianggotai Pas, PKR dan DAP adalah untuk membela nasib rakyat semua kaum yang ditindas kerajaan Barisan Nasional (BN) selama ini.

“Pakatan yang diajar oleh Islam dinamakan tahaluf (kerjasama politik). Dalam satu negara, kita berpakat menegakkan keadilan dan membanteras kezaliman.

“Kita perlu mengajar pengundi memahami dengan betul perbezaan antara Pas dan Umno serta perbezaan PR dengan BN.

“Pas tegakkan Islam sepertimana dalam al-Quran dan Umno anggap Islam hanyalah agama rasmi dalam Perlembagaan (Persekutuan) yang digubal British,” katanya.

Ramli berkata, jentera pilihan raya Pas Kawasan Maran kini sudah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang dengan menyediakan pelbagai keperluan asas jentera di peringkat akar umbi bagi memudahkan pergerakan ahli.

Menurutnya, komitmen yang ditunjukkan ahli parti yang mendekati pengundi tanpa mengira latar belakang amat diperlukan kerana kekuatan jentera pilihan raya bergantung pada kerja di peringkat akar umbi.

“Kami kini bersedia untuk mengerakkan jentera pada bila-bila masa dan fokus sekarang adalah untuk terus memastikan jentera berjalan lancar.

“Rakyat sudah terbuka dan bijak menilai malah perkembangan kemudahan internet membuka ruang kepada mereka untuk mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber yang boleh dipercayai dan bukan hanya pada satu pihak sahaja,” katanya.
/SN

Tinggalkan komen

Tiada komen.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s