Najib syok sendiri

Datuk Sri Najib Razak berucap di perhimpunan menyambut Kemerdekaan di stadium Bukit Jalil katanya perhimpunan semalam ia merujuk kepada janji bersih@Demokrasi yang berhimpun di Dataran Merdeka sebagai tidak berjaya,Sebaliknya kehadiran pada hari ini melambangkan Majoriti rakyat Malaysia.Najib apa hang cakap kalau setakat menghimpunkan kaki tangan kerajaan dan mengeluarkan arahan yang mewajibkan mereka hadir dengan cara ugutan apa barang,selain itu dapat duit, baju selai,makan dan bus pun free apa cer..Apa hang ingat semua yang ada dalam Stadium Bukit Jalil tu rela ka nak pi Najib Oi…Cuba la hang pikiaq pakai kepala otak jangan pakai lutut,Kalau dah dapat duit,baju,makan dan bus free serta kena ugut tentu depa ikut buta Najib oi .he.he.he.Kalau kena bayar keluar duit sendiri tak penuh stadium tu,Jangan dok riak sangat,Hang dok cerita pasai brim,rm100,tayar percuma dan lain-lain duit sapa semua tu Najib duit mak bapak hang ka..Tak payah la nak cerita selepas 55 thun merdeka baru teringat tu pun nasib PR menang dan perintah berberapa negeri kalau tak apa pun tak dapat rakyat hanya mampu menonton saja puak-puak hang dengan hang dan bini hang mentekedarah duit rakyat..Bukan jasa Umno yang harus rakyat balas sebaliknya PR lah harus mendapat kridit dari rakyat..Najib hang tak payah nak tipu rakyat dalam pehimpunan janji di capati opS..tepati.kah.kah.kah,lagi pun yang ramai hadir budak-budak depa bukan peduli pun apa yang hang cakap…Najib hang kalau nak tau yang berhimpun semalam janji bersih tu semuanya rakyat Malaysia yang telah di nafikan hak mereka sebagai rakyat Malaysia untuk berkumpul atau berhimpun di dataran Merdeka dengan berbagai alasan yang di berikan yang datangnya dari pihak polis dan DBKL..Sampai untuk menyambut Merdeka rakyat harus mendapatkan permit serta kebenaran polis lawak.lawak,Apa erti Kemerdekaan kalau rakyat sendiri di nafikan hak..Satu lagi hang kena tau Najib janji bersih@demokrasi tak di bayar baju pun kena beli makan dan bus semua duit sendiri itu pun mejangkau 10,000 ribu orang..Kalau setakat berhimpun kena keluar surat ugutan lagi pulak semunya free kira melancung la kah.kah.kah

Advertisements

Utusan diperintah bayar gantirugi lagi

 

KUALA LUMPUR: Akhbar Umno, Utusan Malaysia, sekali lagi diperintah oleh Mahkamah Tinggi agar membayar ganti rugi ekoran saman malu. Kali ini kepada bekas MB Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin (gambar).

Peguam Nizar, Mohd Zamri Ibrahim berkata, mahkamah membuat keputusan ‘interlocutary’ hari ini apabila akhbar itu tidak diwakili oleh sebarang peguam.

Sehubungan itu, Pendaftar Mahkamah, Mazuliana Abdul Rashid meminta Zamri memfailkan anggaran gantirugi yang perlu dituntut dari utusan.

“Kita diarahkan agar memfailkan taksiran ganti rugi dan selepas itu barulah tarikh ditetapkan untuk pendengar taksiran berapa ganti rugi bagi kes tersebut,” katanya kepada media di lobi mahkamah.

Menurutnya lagi pada waktu pendengaran tersebut barulah ditetapkan jumlah ganti rugi yang perlu dibayar oleh Utusan Malaysia.

“Penghakiman telah kami perolehi dan sekarang hanya perlu failkan taksiran ganti rugi,” sambung beliau lagi.

Mahkamah juga akan membuat keputusan terhadap saman Nizar kepada TV3 dalam kes yang sama 19 September ini.

Nizar menyaman Utusan dan TV3 ekoran laporan tidak tepat berkaitan dengan isu pendaftaran kereta WWW 1.

(Nizar bersama peguamnya, Zamri [kiri] dan Fitri)

Saman terhadap kedua-duanya difailkan ke Mahkamah Tinggi Julai lalu selepas tuntutan agar ianya ditarik balik tidak diendahkan oleh kedua-dua media itu.

Utusan pula sejak dari awal tidak mengendahkan saman yang dikemukakan oleh Nizar ini.

Ini menyebabkan hakim membuat keputusan hari ini selepas peguam Utusan tidak pernah datang untuk membelanya.

Peguam TV3 pula telah memfailkan afidavit pembelaannya dan akan diputuskan oleh Mahkamah 19 September ini.

Nizar Syukur

Nizar ketika dihubungi mengucapkan syukur atas kemenangan kes ini dan yakin ia adalah rentetan peristiwa yang membuktikan akhbar Umno ini tidak layak dibaca.

“Sebelum ini (Datuk) Mahfuz menang, Lim Guan Eng Menang, wartawannya minta maaf kepada Karpal.

“Jadi ada apa lagi pada akhbar ini sehingga ia perlu dibaca oleh rakyat negara ini.

“Saya akan mencadangkan kepada ulama kita agar meminta rakyat jangan lagi beli atau baca akhbar fitnah ini,” kata Nizar kepada Harakahdaily.

Kes ini bagi beliau sesuai dengan kenyataan Tun Dr Mahathir bahawa BN adalah syaitan yang dikenali.

RM50 juta

Nizar juga berkata, beliau akan berbincang dengan para peguamnya untuk menentukan ganti rugi dan kos yang patut dituntut dari Utusan.

“Semasa kita failkan kes ini, kini menuntut gantirugi RM50 juta. Selepas ini kita akan kajilah berapakan gantirugi yang sewajarnya selepas keputusan mahkamah ini,” kata beliau.

Nizar diwakili oleh peguam Mohd Zamri Ibrahim dan Mohd Fitri Asmuni dari Asmuni & Co manakala Utusan tidak diwakili sebarang peguam sejak kes ini difailkan.
/HD

Bapa tuntut keadilan selepas perogol bebas dari hukuman penjara

GEORGETOWN, 30 Ogos — Setelah pihak pendakwa bersedia untuk mengemukakan rayuan, bapa kepada kanak-kanak berusia 12 tahun yang dirogol oleh Chuah Guan Jiu menuntut keadilan berikutan Mahkamah Sesyen membuat keputusan membebaskan beliau dengan ikat jamin RM25,000 dan bukan hukuman penjara.
“Saya amat kecewa dengan keputusan ini. Dia (Chuah) seharusnya masuk ke penjara supaya dia tidak merosakkan orang lain,” kata bapa kepada kanak-kanak tersebut.

Dia berkata, anaknya masih lagi kanak-kanak dan Chuah telah merosakkan masa depannya, namun mahkamah tidak mengambil berat isu ini.

Sebaliknya mahkamah hanya memikirkan masa depan perogol tersebut, kata bapanya lagi.

“Saya rasa tidak patut dilepaskan begitu sahaja.

“Sekarang, dia bebas untuk merosakkan perempuan lain,” katanya lagi.

Dia juga mahu tahu adakah keputusan mahkamah ini akibat dari keputusan kes bekas pemain bowling negara, Noor Afizal Azizan yang juga dibebaskan dengan RM25,000 ikat jamin.

Bapa kepada mangsa, yang enggan memberitahu nama untuk melindungi identiti mangsa, kini bekerjasama dengan Women Centre For Change (WCC) untuk keadilan anaknya.

Kumpulan hak kanak-kanak, WCC dan aktivis sosial telah mengkritik dua keputusan mahkamah ini yang mencetuskan kemarahan orang awam.

Di Kuala Lumpur, ahli parlimen Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) mengkritik keputusan mahkamah membebaskan dua orang lelaki yang didakwa merogol kanak-kanak perempuan berusia 12 dan 13 tahun, dimana psikatri mencadangkan dengan membebaskan mereka, ada kemungkinan besar untuk mereka mengulangi jenayah sama.

Kedua-dua pihak telah memberi respon dari laporan semalam berkenaan Chuah, 22 tahun yang didakwa merogol teman wanitanya yang berusia 12 tahun dan kes keduanya, berakhir dengan perogol tersebut dibebaskan.

Keputusan tersebut mencetuskan kemarahan selepas kes bekas pemain bowling, Noor Afizal — yang merogol kanak-kanak berusia 13 tahun, dibebaskan dari penjara selepas mahkamah rayuan membuat keputusan bertentangan dengan keputusan mahkamah tinggi dengan ikat jamin dan perlu berkelakuan baik.

Ketika dihubungi oleh The Malaysian Insider, ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad dengan nada yang tidak berpuas hati berkata, keputusan mahkamah membebaskan kedua perogol tersebut sebagai “tidak patut”.

“Saya amat terkejut bagaimana hakim boleh membuat keputusan berdasarkan masa depan perogol dan bukan si mangsa,” kata Khalid.

Beliau menjelaskan kedua-dua kes itu sebagai “mengambil kesempatan ke atas gadis yang tidak memahami implikasi apabila bersetuju untuk mengadakan hubungan seks, walaupun ia dengan rela, ia dilakukan pada usia yang agak muda sebelum mereka mampu berfikir untuk diri sendiri”.

Ketua wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berkata, penghakiman seharusnya tidak mempertimbangkan masa depan perogol lebih penting dari penderitaan dan trauma gadis itu telah lalui”.

Merujuk kepada Noor Afizal, beliau berkata hukuman yang diterima oleh bekas pemain bowling itu sebagai “tidak setimpal”.

“Dia harus dihukum mengikut apa yang sepatutnya. Ini lebih baik daripada dia akan terus menanggung malu ini pada masa hadapan,” katanya kepada The Malaysian Insider.

“Lebih baik dia menerima hukuman itu dan bersifat gentleman.

“Ini juga untuk keadilan kepada gadis tersebut,” katanya lagi.

Ahli parlimen Ayer Hitam dan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong berkata, semua orang mengharapkan hukuman yang lebih berat.

“Hukuman terhadap perogol bawah umur ialah penjara mandatori.”

Ahli parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohammad berkata, “menurut undang-undang mereka seharusnya dipenjarakan.”

“Saya rasa mahkamah harus bersikap objektif dan tidak merosakkan undang-undang,” katanya lagi.

“Undang-undang sudah tertulis dan sudah tercatat hukuman, jadi bila ada undang-undang dan hukuman, kenapa tidak dihukum?

“Undang-undang tetap undang-undang.”

Setiausaha publisiti DAP, Tony Pua berkata, isunya adalah “hakim memutuskan undang-undang mereka sendiri dan mengenepikan undang-undang yang diluluskan di parlimen”.

“Mereka mengenepikan apa yang tercatat di dalam undang-undang, yang mengatakan hukuman penjara.

“Ini bukan interpretasi undang-undang, ia sudah tertulis.

“Hakim tidak mempunyai kuasa untuk mengubah undang-undang.”

“Undang-undang boleh diubah tetapi melalui institusi yang betul seperti parlimen, dan bukan penghakiman. Saya tak faham kenapa penghakiman menjadi begitu,” katanya lagi.

Klasifikasi Berstatistik Antarabangsa tentang Penyakit dan Masalah Kesihatan Berkenaan (ICD) mengatakan pedofil merupakan “seks kanak-kanak, sama ada lelaki, perempuan atau keduanya, dari sebelum akil baligh atau di peringkat awal selepas akil baligh.”

Menurut Statistik dan Diagnosis untuk Penyakit Mental (DSM) yang digunakan oleh pakar professional kesihatan mental seluruh dunia, pedofil adalah mereka yang tertarik dengan hubungan seks antara kanak-kanak berusia 13 tahun atau lebih muda, dan pelaku mestilah berusia 16 tahun ke atas dengan pasangannya sekurang-kurangnya lima tahun lebih muda.

Noor Afizal berusia 19 tahun apabila dia melakukan kesalahan merogol gadis berusia 13 tahun, enam tahun lebih muda.

Dalam kes Chuah, beliau berusia 21 tahun apabila melakukan kesalahan, sementara mangsanya berusia 12 tahun — beza sembilan tahun.

Perbezaan usia antara perogol dan mangsa dalam kes ini, merujuk kepada ICD dan DSM boleh dikategorikan sebagai pedofil./MI

Abby Abadi di bidas ustz Asri akibat menengur tentang kenyataan bekas Mufti itu berkenaan kenyataan beliau tentang hudud

KUALA LUMPUR, 30 Ogos — Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini membidas bekas penyanyi berkumpulan sensasi Elite, Abby Abadi dalam isu hudud.

Bekas mufti Perlis itu pada awalnya melalui akaun Twitter @realDrMaza berkata, “apakah satu keadilan jika dua orang yang terlibat dengan kecurian, satu dipotong tangan dan satu lagi dipenjara hanya kerana berbeza agama,” sebagai merujuk kepada hukum hudud.

Abby Abadi — Gambar fail
Abby yang juga bekas pelakon drama “Gerak Khas” itu menempelak bekas mufti tersebut melalui akaun Twitternya @abby_abadi112 dengan membalas, “maafkan saya, hudud itu hukum Allah.
“Dr Mohd Asri) belajar tinggi tetapi kenapa masih persoalkan?

“Tanggungjawab berat di dunia, tetapi manis di sana.”

Bekas mufti itu kemudian membalas, “seseorang yang kembali kepada agama dan dijemput ceramah tidak semestinya memahami agama.

“Teliti sebelum komen.”

Bekas pelakon yang kini aktif dalam kegiatan bersama parti PAS itu kemudiannya menafikan penglibatan beliau dalam ceramah.

“Saya tahu saya tak belajar setinggi Dr (Mohd Asri), tapi bila saya baca apa yang Dr persoalkan, saya tak sangka.

“Saya tak pernah berceramah, hanya sekadar berkongsi sahaja, maafkan saya,” kata Abby.

Dalam laporan Bernama hari ini menyebut bahawa Mohd Asri berkata hukum hudud masih belum sesuai untuk dilaksanakan di Malaysia.

“Hukum hudud belum sesuai dilaksanakan di negara ini kerana keadaan tidak kondusif dan tidak wajar mana-mana pihak menyalahkan pihak lain kerana tidak melaksanakan hukum itu.

“Jika dilaksanakan juga, ia akan menimbulkan ketidakadilan kepada semua pihak dalam masyarakat majmuk di negara ini.

“Jika ada hukum yang ditegak atas nama Islam tetapi gagal membawa keadilan kepada kehidupan manusia, maka ia bukan syariat yang Allah kehendaki sekalipun dipetik dalil-dalil agama dalam mempertahankannya,” katanya lagi hari ini selepas membentangkan kertas kerja di seminar “Undang-Undang Syariah Peringkat Kebangsaan” sempena Sambutan Hari Hududullah Negeri Kelantan yang dirasmikan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Dr Mohd Asri Zainul Abidin — Gambar fail
Katanya lagi, apa yang penting dan patut dilaksanakan sekarang ialah usaha memperjuangkan untuk mewujudkan suasana itu, seperti memberi kefahaman kepada rakyat mengenai hukum tersebut dan persediaan sebelum undang-undang berkenaan dapat dilaksanakan.

“Keadaan yang ada di negara kita sekarang tidak menunjukkan suasana kondusif untuk melaksanakan hukum hudud, dan dalam konteks ini kita tidak boleh menyalahkan sesiapa,” katanya.

Dalam kertas kerjanya bertajuk “Hudud Suatu Perbincangan: Tanggapan, Suasana dan Keberkesanan”, Mohd Asri berkata, hudud bukan asas kenegaraan dalam Islam.

Sebaliknya kata beliau, asas kenegaraan dalam Islam ialah menegakkan keadilan untuk rakyat berasaskan prinsip al-Quran dan hadis nabi serta mencegah perkara mungkar, iaitu perkara membawa kemudaratan dan berbahaya kepada rakyat.

Hudud hanyalah mekanisme mengatasi jenayah dan ia dilaksanakan apabila syarat dipenuhi dan suasananya kondusif, katanya.

Katanya lagi, kekurangan kegiatan jenayah dalam negara menurut Islam bukan disebabkan hukumannya saja, tetapi keadilan yang merata dan kebajikan rakyat yang dipelihara./MI

Mat Sabu ‘ceramah’ di mahkamah

BUTTETWORTH: Buat Kali pertama kalinya Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu berceramah di dalam mahkamah.

(Haji Mohamad Sabu di mahkamah semalam)

Menyaksikan ceramah beliau ialah Hakim Mahkamah Majestrit Butterworth. Akmal Hisham, pendakwa raya dan peguambela yang diketuai oleh Mohamed Hanipa Maidin.

Semalam dan hari ini merupakan sambungan pembicaraan kes Haji Mohamad Sabu yang menafikan Mat Indera sebagai komunis sebagaimana yang lebelkan oleh pihak polis yang bekerja di bawah kerajaan British.

Saksi kedua iaitu Koperal Shanizam Abdul Ghani yang bertugas sebagai jurugambar (video) di Ibupejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) memberikan keterangan di mahkamah.

Pembicaraan bersambung pada sebelah petang semalam untuk menonton video ceramah Haji Mohamad hasil rakaman oleh pihak polis.

“Kini Haji Mohamad Sabu bukan berceramah dipentas politik tetapi suaranya sudah berkemumandang dalam mahkamah, ” jelas salah seorang ahli PAS yang hadir memberikan sokongan moral.

Sementara itu, kes ditunda lagi ke tarikh baru 15-18 Oktober 2012.

Peguamnya, Aminuddin Zulkili dan Nasar Khan hadir untuk mendengar penundaan tarikh baru itu bagi pihak Mohamad./HD

Pemuda PAS lancar ‘countdown’ PRU13

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Pusat hari ini mula melancar dan menyebar kempen ‘countdown’ tarikh akhir pembubaran Parlimen pada 24 April tahun depan.
Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan berkata, ‘countdown’ itu akan bermula pada hari ini sebagai simbol mengira detik terakhir kerajaan Barisan Nasional (BN) mentadbir pusat.
Katanya walaupun tarikh sebenar PRU13 tidak diketahui, namun pihaknya mensasarkan 24 April itu sebagai tarikh terakhir BN adakan PRU.
“BN kini hanya ada 236 hari sahaja lagi untuk tadbir Pusat dan
melaksanakan segala janji yang ditaburkan,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Katanya, ‘countdown’ itu juga digunakan sebagai tekanan kepada BN untuk segara mengadakan PRU tanpa perlu menunggu sehingga berakhirnya mandat Parlimen.

‘Bangkrap Negara’
“Kita akan sebarkan pautan ‘countdown’ ini di laman sosial termasuk web, blog, dan Facebook,” katanya.
‘Countdown’ ini merupakan antara salah satu program dalam kempen ‘Selamatkan Malaysia’ anjuran Pemuda PAS yang mahu memberi beberapa siri pendedahan mengenai penyelewengan BN sepanjang 55 tahun memerintah Pusat.
Antaranya, penyebaran risalah ‘Bangkrap Negara’ yang memberi makklumat kepada orang ramai mengenai jumlah hutang negara yang semakin meningkat setiap tahun.
Ini berikutan kenaikan mendadak hutang negara daripada RM217 bilion pada tahun 2004 kepada RM437 bilion pada tahun lalu.
“Jangkaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala bahawa negara akan bankrap pada tahun 2019 apabila hutang negara mencecah RM1 trilion tidak mustahil akan berlaku sekiranya BN terus menyeleweng dan berbelanja secara boros,” katanya.
Sehubungan itu, katanya risalah kempen Selamatkan Malaysia itu akan mula diedarkan pada malam ini pada sambutan ambang kemerdekaan di Dataran Merdeka./FMT

BIAR GAMBAR BERBICARA..SAMBUTAN JANJI BERSIH MEMBUAT UMNO BN SESAK NAFAS..!!!