Taktik NGO mesra UMNO menghasut rakyat Selangor terdedah!!

Suatu masa dulu ketika aku berada di Negara Matahari Terbit, ada yang berkata kerana malas ianya menjadikan penduduk Jepun kreatif.

Ini kerana disebabkan malas itulah mereka telah berfikir untuk mereka cipta berbagai peralatan untuk melakukan kerja-kerja harian mereka baik di rumah mahupun di pejabat atau Kilang.

Tetapi di Selangor pula lain ceritanya.. kerana terdesak mahu merampas pentadbiran negeri tersebut dari Pakatan Rakyat, pencacai UMNO semakin kreatif..

Kreatif sehingga melanggar undang-undang yang ada..

Ini adalah satu lagi strategi haram jadah yang digunakan untuk menghasut rakyat Selangor supaya membenci Kerajaan Negeri yang sedia ada..

Apa yang dilakukan oleh pihak yang dipercayai menyokong UMNO/BN ialah dengan berselindung di sebalik nama NGO Jaringan Melayu Malaysia, mereka mengedar surat meminta Kerajaan negeri Selangor membeli hutang rumah penduduk dari Pihak Bank yang memberi pinjaman kepada penduduk.

Kononnya ini adalah selaras dengan apa yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri pada November 2009 dimana Kerajaan Negeri Selangor melalui PKNS telah mengarahkan Selangor Industrial Corporation (SIC) membeli hutang Talam Corporation, Unisel dan PNB.

Dalam surat JMM yang dihantar kepada penduduk di Taman Dagang itu juga, terdapat satu borang yang meminta setiap pemilik flat mengisi nama mereka, no rumah pembeli dan no akaun serta menurunkan tandatangan sebagai tanda persetujuan terhadap tuntutan yang dicadang.

Bayangkan jika ada penduduk yang termakan hasutan NGO tersebut dan percaya apa yang didakwa oleh Jaringan Melayu Malaysia itu… Mereka pasti akan mengisi borang di atas..

Apabila sudah mengisi borang di atas, permohonan mereka pasti akan diketepikan oleh Kerajaan Negeri Selangor..

Maka dengan itu sudah pasti dengan mudah NGO pro UMNO/BN itu boleh dengan mudah mempengaruhi mereka supaya menentang Kerajaan Negeri yang ada kerana lebih mengutamakan Talam Corporation, Unisel dan PNB dari mereka rakyat Selangor sendiri.

Pengurus perhubungan awam PKNS, Ishak Ibrahim dalam kenyataannya menuduh JMM cuba memberi tanggapan salah di mata umum. “Pengedaran surat ini satu tindakan berniat jahat dan menghasut,” katanya dalam satu kenyataan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam hari ini./Anak sungai derhaka

Advertisements

Berita Nih Hanya Di Siarkan Di TV Al Jazeera Tapi Tidak Di Media Pencacai Umno

Para pembina empangan di Sarawak kini tahu dan sedar betapa sukarnya untuk menutup kebocoran sesuatu berita mengenai kegiatan mereka.Kebenaran dan hakikat mengenai rancangan-rancangan bermalapetaka Taib dan kesan buruknya ke atas orang-orang yang terjejas dan juga ke atas alam sekitar akhirnya telah didedahkan menerusi rancangan Last Frontier di stesen TV Dateline Australia.

Sejak filem rencana itu diterbitkan beberapa minggu lalu, pemain terbesar rancangan pembinaan empangan itu telah cuba menghalang dan membuli penerbit SBS. Mereka juga telah berusaha sedaya-upaya menggesa syarikat penerbitan filem itu untuk mengeluarkan filem itu dari internet.Pembina empangan dari Australia, Hydro-Tasmania, yang bertindak selaku penasihat bagi kesemua rancangan pembinaan empangan telah melobi untuk menyuruh SBS mengeluarkan permohonan maaf secara formal bagi rancangan yang telah diterbitkan itu!Dengan pengunduran diri pihak SBS, syarikat-syarikat itu telah dilihat sebagai suatu alat untuk mendera orang-orang Sarawak yang telah menentang pemusnahan ke atas tanah-tanah mereka.

Saluran TV Al Jazeera itu yang terkenal sebagai saluran berita 24 jam di dunia itu dan beribu-pejabat di Doha, telah lama mengikuti perkembangan pentadbiran Taib Mahmud di Sarawak.Pada siaran tahun 2009 TV 101 East telah mempersoalkan penglibatan Taib dalam perniagaan keluarganya. Siaran itu telah memfokuskan laporannya pada sejumlah wang yang banyak yang digunakan oleh syarikat CMS milik keluarga Taib dalam memonopoli penjualan simen untuk menyokong pembinaan empangan di Sarawak.Empangan Bakun adalah sebuah pasaran tunggal terbesar bagi simen CMS sebagai mana dilaporkan oleh Howard Davies, namun syarikat itu juga mendapat keuntungan beratus-juta dollar dalam bentuk kontrak-kontrak lain yang diberikan oleh Taib kepada dirinya sendiri dalam apa yang dianggap sebagai percanggahan kepentingan.

Dari sebuah perniagaan dalam industri pembuatan simen secara kecil-kecil, kini CMS adalah sebuah syarikat terbesar di negeri Sarawak. CMS dikaitkan dengan pembinaan Bangunan Dewan Undangan Negeri yang baru, Pusat Konvensyen Borneo Kuching, jalan-jalan raya, empangan-empangan, stesen-stesen janakuasa, hospital-hospital, lapangan-lapangan terbang, jambatan-jambatan dan urusan membaikpulih lebuh raya pan-Borneo, kesemua ini mececah nilai ratusan juta dollar US” [Fight for power, Al Jazeera]Al Jazeera juga mendapati bahawa jurucakap yang mempromosikan empangan-empangan di Sarawak adalah seorang lagi saudara mara terdekat kepada Taib Mahmud, adik iparnya yang dahulunya bertugas sebagai Pengarah Urusan, Abdul Aziz Husain.Jika dalam sedikit masa dahulu, SBS dikutuk kerana pendedahan mereka mengenai kegiatan haram pemimpin Sarawak itu, kini Al Jazeera boleh bersedia menerima utusan surat guaman yang akan digunakan untuk membuli mereka.

Syarikat Hydro-Tasmania (dan juga Ta Ann) telah melenting kerana peranan mereka di Sarawak telah dilaporkan secara ‘lebih-lebih’ dan mereka enggan dipertanggungjawabkan sebagai pembawa masalah terhadap alam sekitar dan sosial berkaitan rancangan empangan Taib itu.Sally Begbie, dari SBS telah mengalah dan menerima kritikan dari Hydro-Tasmania dan Ta Ann dalam masa beberapa jam sahaja. Namun, berapa banyakkah kajian yang telah dia jalankan selama ini?Pertubuhan International Rivers tahu betul akan semua undang-undang dan peraturan-peraturan berkaitan pembinaan empangan dan mereka telah menuliskan respon kepada Sally Begbie yang akur dengan kehendak Hydro-Tasmania.Tambahan lagi, Hydro-Tasmania telah dipaksa untuk mengakui bahawa penglibatannya dalam pembinaan empangan-empangan di Sarawak adalah secara ekstensif and penting.

Menjawab persoalan MP Kim Booth dari parti Green di Tasmania, Hydro-Tasmania mengumumkan dokumen-dokumen yang berkaitan dengan kontrak-kontrak mereka dengan kerajaan Sarawak, namun mereka telah menafikan penglibatan perniagaan dengan Sarawak.Kontrak-kontrak ini memperincikan beberapa khidmat penting, termasuk nasihat dalam rekabentuk Empangan Murum, membuat penilaian pada perbalahan kontraktual, dan yang lebih penting, membuat penilaian fisibiliti pada beberapa tapak untuk memberikan pandangan teknikal mengenai beberapa lokasi yang sesuai untuk pembinaan 12 buah lagi empangan cetusan idea Taib.Hydro-Tasmania juga mengada kajian-kajian fisibiliti ke atas dua buah lagi projek empangan hidro di Belaga dan Metjawah.

Oleh yang demikian, dengan adanya bukti yang menunjukkan penglibatan mereka dalam pembinaan empangan-empangan di Sarawak, apakah hak Hydro-Tasmania mengatakan peranan mereka telah diperbesar-besarkan atau diada-adakan?Dan jika mereka telah terlibat dalam banyak kajian fisibiliti yang telah diumumkan sebagai amalan baik, kenapa pula ianya perlu dirahsiakan?Menurut penafian mereka, Hydro-Tasmania boleh menerima hakikat bahawa dokumen-dokumen mereka itu mempunyai kepentingan awam, namun mereka juga mengatakan ianya boleh menggugat perniagaan mereka.

Adakah keuntungan untuk pihak Australia didahulukan manakala kehidupan dan masa depan orang-orang di Borneo boleh dikemudiankan?Adakah Hydro-Tasmania tetap mengakui bahawa piawaian mereka adalah yang paling tinggi dalam soal tanggungjawab sosial dan juga korporat apabila kajian-kajian fisibiliti mereka seharusnya dirahsiakan?

Ketua PKR yang juga ADUN Baru Bian yang memperjuangkan hak-hak orang asli orang-orang Sarawak telah menulis surat kepada SBS kerana mereka telah mengalah dan mengumumkan bahawa siaran itu suatu kesilapan. Hydro-Tasmania boleh menghantar peguam-peguam mereka lagi. Namun cerita ini timbul lagi bagaikan suatu kebocoran, bak kata pepatah, penafian-penafian mereka akan tetap dibasuh bersih oleh kebenaran! ~sarawakreport

PRU-13 selepas cuti raya?

Presiden PAS bersama wakil pimpinan gerakan Islam lain menyertai muktamar ke 7 parti Keadilan Dan Pembangunan Maghribi. | foto Harakahdaily

PAS menjangkakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mengumumkan pembubaran parlimen bagi mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, selepas cuti Hari Raya Aidilfitri akan datang.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, BN berkemungkinan menggunakan peluang itu kerana pengundi luar akan sukar untuk pulang ke kampung dua kali berturut-turut selepas baru sahaja menghabiskan cuti Aidilfitri mereka di kampung halaman.

“Kita jangka BN akan menggunakan peluang mengadakan pilihan raya selepas cuti hari raya Aidilfitri ini.

“Sudah tentu jika itu berlaku, pengundi akan berfikir banyak kali untuk pulang sekali lagi ke kampung masing-masing selepas mereka baru sahaja balik bercuti hari raya,” katanya ketika ditemui Harakahdaily di Muktamar Parti Islam Pembangunan dan Keadilan (PJD) Maghribi di sini semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Perdana, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang membayangkan PRU-13 tidak akan diadakan tahun depan dan menganggap tahun ini adalah masa yang terbaik.

Dalam kenyataannya kelmarin itu, Muhyiddin juga turut membayangkan ianya “mungkin beberapa bulan akan datang”.

Mengulas lanjut, Tuan Guru Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, banyak faktor yang akan menjadi pertimbangan rakyat untuk pulang kali kedua ke kampung termasuk soal kos yang terpaksa ditanggung dan cuti yang terpaksa diambil mereka.

“Jika berlaku, kesannya akan lebih teruk lagi berbanding dengan kesan PRU musim haji,” katanya.

Sehubungan itu katanya, jika BN memanggil pilihan raya selepas cuti Aidilfitri, ianya sekaligus akan menyusahkan rakyat khususnya yang berada di perantauan.

Sebelum ini, PAS juga membantah keras jika PRU-13 kali ini dibuat di musim haji kerana ianya bakal menafikan hak hampir 30,000 rakyat negara ini yang pergi mengerjakan haji di Mekah untuk mengundi.

Awal bulan lalu, Najib ada membayangkan PRU-13 hanya akan diadakan selepas genap tempoh lima tahun penggal ini.

Bagaimanapun kenyataan terbaru dari Muhyiddin kelmarin seperti mengesahkan desas-desus bahawa PRU-13 berkemungkinan diadakan September atau penghujung tahun ini dan bukannya tahun hadapan.

Sumber: Harakahdaily.net/warkah daily

Kenapa sibuk tanya Karpal Singh tolak hudud, Umno bagaimana?

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan rasa hairannya dengan akhbar di negara ini apabila sibuk bertanya Karpal Singh tentang hudud sedangkan yang berkuasa adalah Umno.

TG Nik Aziz
“Hairan saya, akhbar sibuk melaporkan kenyataan Karpal Singh sedangkan yang berkuasa hari ini ialah UMNO, dan yang menghalang hudud ialah UMNO!

“Pada saya, jika perlembagaan bertentangan dengan hudud, perlembagaan itu sendiri perlu diubah,” kata Menteri Besar Kelantan itu.

TG Nik Aziz berkata demikian melalui facebooknya hari ini.

Menurut beliau, selepas mesyuarat exco, beliau ditanya tentang kenyataan Karpal Singh yang dilaporkan berkata hudud tidak boleh dilaksanakan kerana bertentangan dengan perlembagaan.

Media khasnya milik MCA, The Star mula memanaskan balik isu hudud.

Baru-baru ini, akhbar itu menyiarkan kembali kenyataan TG Nik Aziz beberapa bulan lalu tentang hudud.

Selepas itu, media itu mengarahkan wartawannya mendapatkan pelbagai komen tentang hudud termasuklah bekas pemimpin kanan PAS dan Karpal Singh yang sememangnya penentang tegar hudud./warkah daly

Ceroboh rumah penduduk semata-mata mahu pacak bendera keris?

Konon nak bagi orang nampak ramainya penyokong parti pemerintah walaupun terpaksa memanjat rumah penduduk di waktu malam semata-mata mahu memasang bendera keris di bumbung rumah penduduk.

Woi, korang tak malu ke sampai camtu sekali terdesak nak bagi nampak parti korang kuat?

Berita ini diambil dari mykini.blogspot.com, ada gerombolan parti pemerintah bertindak menceroboh rumah penduduk di Johor pada waktu malam semata-mata mahu meletakkan bendera di bumbung rumah berkenaan.

Dikhabarkan ianya disebabkan program jelajah Anwar Ibrahim ke Johor baru-baru ini. Baca selanjutnya di mykini.blogspot.com./wakah daily

Kerusi Parlimen Gopeng: Zambry tunduk kepada Soi Lek

Badan Perhubungan PAS Negeri Perak melihat krisis yang timbul berikutan penafian Datuk Hamzah Kassim, Ketua Umno Bahagian Gopeng yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Bahagian Gopeng terhadap isu ‘politik wang’ untuk melobi sebagai calon menunjukkan kelemahan Datuk Seri DiRaja Dr Haji Zambry Abdul Kadir selaku Pengerusi BN Negeri Perak yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Perak sama sekali.

Ketua Penerangannya, Ustaz Nuri Al-Amin berkata, PAS melihat kenyataan segera Datuk Seri Zambry terhadap kedudukan kerusi Parlimen Kawasan Gopeng seolah-olah terus dimuktamad menjadi kepunyaan MCA menimbulkan tanda tanya.

“Jika kerusi MIC, Datuk Seri Zambry serius memastikan isu kerusi milik MIC pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 12 tahun 2008 dinilai semula, mengapa dalam krisis kerusi milik MCA ini Datuk Seri Zambry dilihat hanya ‘berdiam diri’ sahaja?

Adakah kerana kerusi Parlimen Gopeng akan ditandingi oleh Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek?,” soal beliau.

Menurutnya, perkara tersebut jelas menunjukkan ketidakmampuan Datuk Seri Zambry memastikan calon-calon BN yang bertanding di Negeri Perak ini ‘bersih’ dan mampu menggalas tugas mereka kelak.

“Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa Datuk Seri Zambry tidak mampu memperjuangan kerusi Parlimen Gopeng untuk diwakili oleh Umno pada PRU 13 nanti!,” jelasnya lagi./warkah daily

Serangan kedua keatas Bas jelajah Merdeka rakyat oleh pecacai dan samseng serta barua Parti syaitan yang di kenali Umnobend…

Bas yang digunakan bagi program Jelajah Merdeka Rakyat anjuran PKR melibatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim disimbah cat lagi di Jasin, Melaka hari ini.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin berkata, bas tersebut disimbah cat merah kira-kira jam 3.30 petang ketika dalam perjalanan menghadiri jamuan Aidilfitri di kawasan itu.

“Bas datang dalam jam 3.30 petang di Kampung Rim untuk hadiri program Aidilfitri. Tiba-tiba kami didatangi kira-kira 20 samseng BN yang halang laluan bas kami.

“Kami tahu itu BN kerana ada salah seorang ahli jawatankuasa Umno Jasin berada bersama mereka,” dakwanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Katanya, beliau berada dalam bas itu bersama Anwar dan pemimpin PKR negeri ketika kejadian.

Menceritakan detik cemas itu, Shamsul memberitahu, insiden bermula apabila bas yang dinaiki mereka dihalang daripada melalui jalan di kampung tersebut, sehingga mendorong berlaku perbalahan antara petugas AMK dan kumpulan itu.

”Memang ada pergelutan antara skuad AMK dengan mereka. Tetapi akhirnya mereka beri laluan. Selain cat, mereka juga balik objek lain. Tapi saya tak pasti objek apa,” kata Shamsul.

Anwar: Samseng makin berani & biadap

Sehubungan itu, Shamsul berkata, PKR Jasin akan membuat laporan polis terhadap kejadian tersebut selepas majlis jamuan Aidilfitri selesai, dijangka lewat petang ini.

”PKR Jasin akan membuat laporan polis selepas ini. Tetapi apa yang kita kesalkan ialah, pihak polis hanya tiba selepas setengah jam kejadian. Baru mereka datang,” katanya lagi.

Kejadian ini merupakan kejadian kedua selepas Sabtu lalu, bas sama disimbah dengan cat merah di Kota Bharu, Kelantan kira-kira jam 4.20 pagi ketika bas tersebut diparkir di hadapan Pasar Siti Khadijah.

Sementara itu, Anwar Ibrahim di laman Facebooknya mengecam insiden itu.

”Minggu lepas di Kelantan, kali ini di Melaka. Tindakan samseng makin berani dan biadap!” tulis Anwar./mk

  • E-Buku IH-75: Dr Mohamed Mursi, Mujahid Akhir Zaman.
  • https://i2.wp.com/www.keadilandaily.com/wp-content/uploads/2013/03/PRU-13.jpg


  • September 2012
    I S R K J S A
    « Ogo   Okt »
     12
    3456789
    10111213141516
    17181920212223
    24252627282930
  • Flag Counter


  • nanatanjungcafe74.wordpress.com value
  • nanatanjungcafe74.wordpress.com CY/PageRank
  • nanatanjungcafe74.wordpress.com Real PageRank
  • nanatanjungcafe74.wordpress.com Alexa/PR
  • Free Domain Name
  • Cheap Web Hosting Sites
  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 78 other followers

  • Nanacafe74
  • Penang State