Gambar Yang Umno Tak MAU Tengok!!!Semasa Jelajah Merdeka Rakyat Di Balik Pulau Pinang..

Najib Kalau Lawan Cakap Tun Madey Akan Menerima Nasib Yang Serupa Seperti Pak Lah….

[MUKADIMAH: LAPORAN INI SEBAHAGIAN DARIPADA FOKUS MENGENAI PERANAN, PENGARUH DAN FAKTOR DR MAHATHIR MENJELANG PILIHAN RAYA UMUM KE-13]

SHAH ALAM – Pas melihat Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai pengaruh untuk ‘menimbulkan kecelaruan’ pemikiran di kalangan pengundi tetap Umno, yang akhirnya akan memanfaatkan pakatan pembangkang.

Pada masa yang sama, Pas mendakwa pengaruh bekas Perdana Menteri itu semakin rapuh dalam menarik sokongan masyarakat umum khususnya pengundi ‘atas pagar’ susulan tuntutan landskap politik baru yang semakin dirasai menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

“Untuk menarik pengundi Pakatan Rakyat, orang yang tidak berpihak kepada mana-mana parti ini kepada Umno itu satu perkara yang sukar untuk dilakukan kerana orang sudah mempunyai pendirian untuk membuat perubahan pada pilihan raya akan datang,” kata Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Poko Sena dapat merasakan kebimbangan pemimpin-pemimpin Umno sekiranya Dr Mahathir ‘celupar mulut’ mengkritik parti secara terbuka sehingga boleh menjejaskan kredibiliti parti yang telah memerintah negara lebih 50 tahun.

“Mungkin selepas Bajet 2013, baru okey balik… mungkin beliau sedar bahawa beberapa perkara yang beliau kritik itu menjejaskan kekuatan BN kerana ia boleh menganjakkan pengundi tetap Umno ini kepada Pakatan Rakyat,” jelasnya.

Mahfuz juga tidak menolak kemungkinan Dr Mahathir mempunyai hasrat meletakkan anaknya, Datuk Mukhriz Mahathir supaya mewarisi kepimpinannya sebagai bakal perdana menteri.

“Banyak pihak dalam Umno yang tidak senang dengan percaturan politik untuk mengatur kedudukan anaknya, hatta apabila disebut anaknya untuk balik bertanding sebagai calon Menteri Besar, ia akan berlaku pergolakan dalaman Umno,” katanya sambil menyifatkan hasrat Dr Mahathir itu mungkin gagal.

Bagaimanapun beliau mengakui sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akur kepada beberapa tuntutan dan kehendak Dr Mahathir, nasibnya mungkin berakhir sepertimana yang menimpa Tun Abdullah Ahmad Badawi./sh

Antara petikan gambarkan pengaruh Dr M

Timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa BN tidak menggunakan isu jutawan George Soros – yang didakwa membiaya NGO tempatan untuk menjatuhkan kerajaan – demi keuntungan politik parti.

Beliau dipetik akhbar Mingguan Malaysia sebagai berkata, perkara itu hanya ditimbulkan oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir sebagai peringatan bahawa bantuan Soros itu “tidak membantu negara.”

“Rakyat boleh menilai, kalau kita biarkan bermakna kita mahu kuasa asing menguasai negara dan Soros mahu menggunakan kuasa wang untuk menimbulkan masalah dalam negara kita.

“Kita tidak menggunakan itu (demi keuntungan politik) tetapi kenyataan yang perlu dijelaskan,” katanya dalam laporan akhbar milik Umno itu.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyatan timbalan menteri pengajian tinggi Datuk Saifuddin Abdullah pada Khamis lalu yang bimbang serangan BN ke atas Soros akan “memakan diri sendiri”.

Dalam laporan edisi hujung minggu Utusan Malaysia itu lagi, Muhyiddin berkata isu sama ada perkara itu menimbukan kesan buruk kepada BN tidak timbul kerana dakwaan tersebut telahpun dipersoalkan banyak pihak.

“Umum mengetahui peranan Soros di banyak negara, ini satu kenyataan yang perlu kita sedari kerana kalau rakyat tidak menyedarinya, ia adalah sat perkara bahaya.

“Peringatan Tun Mahathir adalah satu kenyataan dan badan yang mengharap bantuan Soros perlu sedar tindakan itu tidak membantu negara,” katanya.

Projek memburuk-burukkan pembangkang dengan jutawan George Soros – seperti yang dilaporkan meluas oleh media sekarang – telah dirancang oleh sebuah jabatan khas Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sejak pertengahan tahun ini.

Melalui sebuah buku tebal Panduan Penjelasan Isu Semasa terbitan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim didakwa mendapat dana spekulator mata wang dunia itu bagi menghadapi pilihan raya umum.

Dengan menonjolkan beliau sebagai ejen Yahudi Zionis, Soros melalui Institut Masyarakat Terbuka (OSI) didakwa membiaya Kumpulan Krisis Antarabangsa (ICG) yang disertai Anwar.

“… Anwar merupakan antara ahli majlis eksekutif ICG … sebahagian besar (pemimpin) dalam ICG adalah berbangsa Yahudi,” buku setebal 322 halaman itu dipetik.

“Soros mengkritik tindakan kerajaan Malaysia dan membela Anwar semasa beliau didakwa atas (tuduhan) salah guna kuasa.”

Hubungan Soros-Anwar ini dimuatkan dalam bab “Kumpulan Krisis Antarabangsa (ICG) dan hubungan Zionis”, satu daripada 22 bab yang disusun bagi menjawab isu dan program yang dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat sehingga Jun lalu./sh

Isu Soros bukan keuntungan politik,tapi untuk keuntungan Muhidin………

Muhidin Yasin cuba nak spin dengan mengatakan isu Soros tidak membawa keuntungan politik..Aku setuju lagi hangpa guna Soros untuk memburukan Pakatan Rakyat lagi banyak pekung hangpa terbuka kah.kah.kah.jerat makan tuan ..Najib pun dah mengaku pernah berjumpa Soros,Sebelum tu Mursyidul Am Umno Madey kuty dan anak dia juga pernah jumpa Soros buat apa?Umno bangkai gajah mana boleh tutup akhirnya nampak juga..Kalau hangpa kata Soros membantu PR….Bagaimana pula dengan RM40juta kemasukan dari Hongkong yang di sumbangkan kepada Umno Sabah,Dari mana pulak datangnya duit sebanyak tu..Siapa yang menyalurkan dana tersebut …..Kenapa najib takut untuk umumkanya,kalau soros membantu NGO dikatakan ingin menjatuhkan kerajaan,Yang menyumbangkan kepada Umnobend nak di panggil apa pulak…Umnobend ludah kelanggit jatuh kemuka hangpa sendiri. ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… Teruskan membaca

Tu Dia Ramainya Mamak Umno,!!!!

Lim Kit Siang Mau Najib Siasat MusaAman Rm40juta wang Kotor

DAP menuntut sebuah suruhanjaya diraja (RCI) ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan penyeludupan dana asing oleh Umno, terutamanya berhubung “sumbangan politik” RM40 juta untuk Umno Sabah.

Pemimpin popularnya Lim Kit Siang berkata, sebagai pihak berkepentingan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga presiden Umno patut menubuhkan RCI menyiasat kemasukan wang dari Hong Kong itu, sekali gus membersihkan nama Malaysia dan BN sendiri.

NONE”Apa yang diabaikan sepenuhnya, RM40 juta itu bukan bersih tetapi wang kotor,” dakwa Lim.

Dakwa Lim lagi, wang itu dibawa masuk secara tunai oleh ahli perniagaan Michael Chia sebelum beliau ditahan atas dakwaan penyeludupan dan pengubahan wang.

Najib dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Kuala Lumpur malam tadi semalam enggan mendedahkan penyumbangnya atas alasan pembangkang juga tidak mendedahkannya.

Beliau juga mengaku sumbangan itu dibuat dengan cara yang betul.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz sebelum ini dilaporkan berkata, kertas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menunjukkan wang yang diseludup itu sumbangan kepada Umno Sabah dan bukannya kepada Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Dalam jawapan bertulisnya di Parlimen, Nazri berkata elemen rasuah tidak dibuktikan dalam kes tersebut.~mk

Nasharuddin Mat Isa Hipokrit

Kenyataan Nasharuddin Mat Isa menimbulkan bermacam impak kepada PR,Setelah beliau baru-baru ini mengeluarkan kenyataan yang DAP akan mendirikan negara Kristian dalam doa pada satu majlis yang di adakan tahun lepas..Rasanya Nasharuddin sengaja ingin menimbulkan kontrovesi atau pun betul hanya beliau yang tau..Sebaliknya sebagai seorang yang lama dalam pejuangan PAS seharusnya lebih faham akibat membuat kenyataan terbuka seperti itu,Impak kepada parti serta PR,Nasha seharusnya membawa usul tersebut di dalam mesyuarat tertinggi parti dan majlis syura ulamak PAS sedangkan Nasha sendiri salah seorang dari mejlis tertinggi syura,selepas di putuskan baru bawa kemeja rundingan PR..Takkan Nasha tidak faham atau sengaja buat-buat tak faham..Sekarang apa yang sedang di lakukan oleh Nasha tak ubah seperti juru cakap untuk Umno yang maukan perpecahan berlaku dalam PAKATAN RAKAT..Kalau betul Nasha ingin bersama dengan Umno teruskan keluar saja dari PAS tak payah cuba nak memaksa PAS menjalinkan hubungan dengan Umno cukup Nasha seorang mewujudkan perpaduan dengan parti yang terang-terang tidak menerima hukum islam.Munkin juga Nasha teringin untuk menjadi Menteri seperti mana yang pernah di janjikan mantan Perdana Menteri Tun Abdullah..Dan juga kalau betul PAS telah lari dari perjuangan seperti Nasha sangkaan lebih baik tinggalkan PAS tak payah dok komen banyak-banyak buat orang sakit hati dan benci dengan sikap hipokrit hang..

  • E-Buku IH-75: Dr Mohamed Mursi, Mujahid Akhir Zaman.
  • https://i2.wp.com/www.keadilandaily.com/wp-content/uploads/2013/03/PRU-13.jpg


  • Oktober 2012
    I S R K J S A
    « Sep   Dis »
    1234567
    891011121314
    15161718192021
    22232425262728
    293031  
  • Flag Counter


  • nanatanjungcafe74.wordpress.com value
  • nanatanjungcafe74.wordpress.com CY/PageRank
  • nanatanjungcafe74.wordpress.com Real PageRank
  • nanatanjungcafe74.wordpress.com Alexa/PR
  • Free Domain Name
  • Cheap Web Hosting Sites
  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 78 other followers

  • Nanacafe74
  • Penang State