Gempar!!!..Kajian Populariti Najib 65%, naik 1%….Popularnya Najib.Kah.Kah.Kah.

Najib Tun Razak
Datuk Seri Najib Tun Razak

SHAH ALAM – Populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengalami peningkatan kecil daripada 64 peratus Mei lalu kepada 65 peratus bulan lalu, demikian menurut hasil kajian terbaru Merdeka Center.

Peningkatan itu dilihat ada kaitan dengan Bajet 2013 yang diumumkan Najib akhir September.

Kajian terbaru Merdeka Center ini dijalankan kira-kira sebulan selepas pembentangan Bajet 2013.

“Sebagaimana dijangka, kajian ini mendapati tahap puas hati ke atas Perdana Menteri bertambah baik di kalangan pengundi berusia 30 tahun, meningkat daripada 61 peratus pada Mei  2012 kepada 68 peratus pada November 2012.

“Peningkatan ini kemungkinan disebabkan fokus ke atas segmen pengundi ini, yang dijanjikan secara langsung dengan bantuan wang tunai, rebat untuk membeli telefon dan juga disebabkan anjuran karnival kerja, aktiviti sosial dan program-program hiburan,” kata kenyataan Merdeka Center.

Bagaimanapun menurut Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian, tahap populariti Najib di kalangan kaum Cina mengalami sedikit peningkatan berbanding kaum Melayu.

“Kajian kali ini didapati tahap populariti Najib di kalangan kaum Cina meningkat. Kemungkinan kerana bajet dan juga tiadanya sebarang isu besar sepanjang tempoh kajian,” katanya lagi.

Ibrahim berkata, meskipun tahap puas hati ke atas Perdana Menteri masih tinggi, kajian ini juga mendapati bahawa pandangan pengundi ke atas kerajaan kekal tidak memuaskan, hanya  48 peratus responden mengatakan mereka “gembira dengan kerajaan.”

Paras semasa tidak berubah berbanding situasi Mei lalu.

“Di kalangan orang Melayu, paras yang mengatakan mereka gembira dengan kerajaan merosot daripada 65 peratus kepada 63 peratus, tetapi angka membabitkan kaum India meningkat daripada  46 peratus kepada 52 peratus antara Mei dan November lalu,” katanya./sh

Advertisements

Panas!!! Der..Ketua Menteri PP Lim Guan Eng Buat Hal Lagi


Seramai 24 penduduk Kampung Buah Pala menerima rumah teres dua tingkat yang bernilai kira-kira RM500,000 selepas kemelut yang melanda kampung itu dua tahun lalu.Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, pemberian itu adalah hasil kerja keras banyak pihak termasuk Kerajaan Negeri yang sentiasa prihatin terhadap hak penduduk kampung berkenaan.

“Kita bukannya menganiaya mereka seperti yang dituduh pihak tidak bertanggungjawab. Kini penduduk tidak perlu risau kerana sudah dapat hak mereka dan ini juga bukti kita tunaikan apa yang dijanji.

“Saya bersyukur kerana Kampung Buah Pala masih kekal di sini bersama penduduknya walaupun namanya kini ditukar kepada Taman Buah Pala. Keadaannya juga seperti dahulu cuma rumah yang dibina lebih selesa.

“Saya bersyukur kerana Kampung Buah Pala masih kekal di sini bersama penduduknya walaupun namanya kini ditukar kepada Taman Buah Pala. Keadaannya juga seperti dahulu cuma rumah yang dibina lebih selesa.
“Saya harap penduduk gembira kerana penyerahan kunci dibuat tiga hari sebelum menyambut Deepavali,” katanya kepada media pada Majlis Penyerahan Kunci Rumah Taman Buah Pala, semalam.
Menurutnya, pihaknya dan beberapa individu lain antaranya Adun Sri Delima, S N Rayer, Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh bersungguh-sungguh membela nasib penduduk kampung itu namun hampa berikutan sembilan penduduk lagi berkeras enggan menandatangani perjanjian penyerahan rumah baru.

“Pada 2009, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa penjualan tanah kampung ini adalah sah dan pemaju berhak meneruskan projek mereka. Suka tidak suka, kita perlu terima bagi menghormati undang-undang.

“Namun Kerajaan Negeri mengambil inisiatif berunding dengan pemaju untuk mendapatkan pampasan buat penduduk dan kita bernasib baik kerana mereka menerima cadangan Kerajaan Negeri.

“Setelah berunding, seramai 24 keluarga bersetuju untuk menerima pampasan yang diberikan namun sembilan lagi tidak mahu menerimanya. Mereka mengatakan kita buat janji kosong dan menipu,” katanya.

Sementara itu, seorang penduduk, Annie Rose Micheal, 75, berkata, dia lega penantian selama dua tahun akhirnya berbaloi apabila diberikan sebuah rumah teres dua tingkat yang selesa untuk didiami bersama anak-anak.

“Selama ini saya hanya menyewa di sebuah rumah berdekatan kawasan ini selepas rumah saya dirobohkan dua tahun lalu,. Saya gembira dengan pemberian ini,” katanya.

Pada majlis berkenaan, Guan Eng menyampaikan kunci rumah kepada semua penduduk kampung itu termasuk sembilan keluarga Melayu.

Woi!!!hebat rumah aku pun tak macam ni Der..Cai-cai Umnobend mana hangpa p kah.kah.kah..Pasai apa tak salak..Tv3 suku pasai apa hangpa tak buat liputan..Mana Utusan Meloya.

Tiada Peri Kemanusiaan.. Video bapa tiri dera kanak-kanak.KEJAM!!!

Binatang pun pandai sayang anak..

Rakyat PP Selesa Di Bawah PR..

Aku teringat cerita najib tentang rumah kos yang berharga lebih tiga ratus ribu yang dia janji kepada rakyat PP Selain meneruskan projek Monorel dari peninggalan Mantan PM Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi sekiranya dapat balik PP…Tapi der aku bukan nak ulas pasai janji Najib dan Umnobend yang sering tidak di tepati..Sebaliknya isu yang pernah panas suatu ketika dulu di PP..Aku rasa ramai yang ingat dan tau mengenai Kg Buah Pala heboh di perkatakan Tv Media kerajaan dan pihak Umnobend menghentam Pentakbiran Ketua Menteri PP Lim Guan Eng dan PR tidak sensetif dengan isu penduduk Kg Buah Pala biar pun taik itu di tinggalkan oleh pihak pentakbiran sebelum ini Umnobebd.Isu dan fakta yang sebenarnya telah di sembunyikan oleh Media pro umnobend kepada pengetahuan rakyat…Kebenarannya Kerajaan PP bersama PR telah berusaha mencari cara dan makenisma yang terbaik untuk membantu penduduk Kg Buah Pala…Kata sepakat dan jalan penyelesaian di ambil dengan mengantikan Penduduk Kg Buah Pala dengan rumah yang lebih baik kepada mangsa yang terlibat,Rata-rata mangsa yang menerima rumah tidak menyangka akan mendapat rumah sebegitu mewah.selesa dan mahal…Harga sebiji rumah yang di miliki oleh penduduk Kg buah Pala lebih RM 500.000 seorang…Ok der Kita balik kepada janji Najib kepada rakyat PP dengan menghidangkan dengan janji yang tak riellistik harga rumah yang sebegitu mahal..Jadi manpukah rakyat PP untuk membelinya lebih-lebih lagi Melayu yang rata-rata berkerja di dalam Industri perhotelan,kilang dan nelayan…Satu lagi,mangsa sunami Di Tanjung bunga adakah Umnobend menggantikan rumah seperti mana penduduk Kg Buah Pala dapat kalau betul Umnobend di katakan memperjuangkan nasib Melayu di PP..Tidak juga mula-mula di tekan dengan rumah transit atau rumah panjang sementara menunggu rumah yang di janjikan kepada Mangsa sunami siap..Alkisahnya penduduk merasakan kerajaan PP zaman pemerintahan Umnobend Gerakan masa tu akan membina rumah terres dan selesa,Akhirnya apa yang di idamkan musnah mereka di hadiahkan rumah kotak atau sarang burung Flat la tu!!!tu pun ada conpang-canping di sana-sini…Masaalah Kg Tg Tokong dah berapa lama tidak dapat di selesaikan oleh kerajaan Umnobend….Kah.kah.kah..Najib hang tak payah dok mai Penang kalau nak menyusahkan dan menipu rakyat Penang lebih baik tak payah mai..Lagi pun Rakyat PP dah tak mau hang dan kak Mah serta geng hang Umnobend…