Pengaliran Wang Haram ..Najib Hang Kena Jawab Jangan Buat Bodoh!!!

Pemantau kewangan yang berpangkalan di US, GFI, dalam laporan terbaru, mendapati Malaysia berada di tangga kedua daripada 150 negara-negara membangun yang dikaji, mencatatkan kerugian sebanyak USD64.38 bilion (RM196.84 bilion) wang haram bagi tahun 2010 sahaja.Pendahulu senarai adalah China, yang mencatatkan kira-kira RM1.3 trilion kerugian pada tahun 2010.Secara kumulatif, Malaysia menduduki tempat ketiga, di belakang China dan Mexico, dengan sejumlah USD285.2 bilion (RM871.4 bilion) setelah disalurkan keluar daripada ekonomi negara melalui jenayah, rasuah, pengelakan cukai dan lain-lain aktiviti haram antara 2001 dan 2010.Tahun lalu, laporan GFI yang dikeluarkan menunjukkan membimbangkan trend yang bsama dalam aliran keluar wang haram di Malaysia, mendedahkan bahawa negara ini telah meningkat dalam kedudukan keempat dalam negara membangun dengan pengaliran modal yang dicatatkan pada tahun 2009 bernilai RM150 bilion.

Advertisements

Zainudin Mydin Ego Dan Buta Sejarah..

Cerita tentang Zainudin Mydin semakin terbongkar orang yang mengangap dirinya cerdik rupanya bangang..Apabila tersiarnya tulisan beliau tantang Habibi.Di atas ketidak perihatinan Zainudin Mydin yang menyebabkan Malaysia di keritik sehinggakan Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia (parlimen) membuat bantahan rasmi dan memohon Zainudin memohon maaf,Tapi cerita tentang Zainudin ni dah berlarutan aku rasa tak ada sorang pun Menteri kabinet Kerajaan Malaysia memohon maaf di atas keterlanjuran Zainudin Mydin berkenaan Tulisan beliau yang bertajuk ‘Persamaan BJ Habibie dengan Anwar Ibrahim’ (UM 10 Disember 2012)..Kenapa susah sangat nak minta maaf..Cerita Zainudin Mydin aku nak panjangkan sikit semasa beliau masih lagi memengang jawatan sebagai pengarang di utusan dan beliau di pecat oleh Mahathir daripada Utusan Melayu pada 1992 kerana hendak menjaga hubungan baik Malaysia-Indonesia.Seorang wartawan kanan Utusan yang membuat liputan Persidangan Pergerakan Berkecuali (NAM) di Jakarta pada tahun itu telah menulis sebuah rencana menuduh Mahathir menghina media Indonesia apabila beliau bercakap bahasa Ingeris ketika ditemubual wartawan Indonesia.Takan Zainudun dah lupa kot tentang cerita tu..Ketika itu Tun Mahathir di katakan amat marah dan meminta Dsai mencari orang yang lebih cerdik dari Zainudin Mydin bagi mengantikan tempat beliau,Akhirnya Dato Johan Jaafar di lihat cerdik sikit dari Zainudin dan seterusnya menggantikan tempat Zainudin Mydin…Kah.kah.kah kan aku dah kata Zainudin tak cerdik tara mana pun Inglish pun jahanam…Tarikh Habibie menjadi Presiden Indonesia Zainudin tulis pun tak betoi,Apa punya bengap la Mantan Menteri Penerangan Malaysia ni sapa la lantik dia jadi Menteri ni kah.kah.kah.Tapi aku tak hairan sebab Umno memang banyak orang bodoh duduk dalam tu bukan aku kata tapi Tun Mahathir yang cakap…Kepada cai-cai umno hangpa pi tanya Tun M,,Tarikh sebenar adalah Habibie menjadi presiden Indonesia pada Mac 1998 bukannya 20 Oktober 1999 seperti yang Zainudin tulis,,Zainudin aku rasa hang jangan serbu selidik dulu nanti orang yang tau akan kata hang buta Fakta Sejarah bila menuduh Habibie dan Anwar sebagai anjing imperialis. Tuduhan ini adalah fitnah yang amat jahat.

“Keadaan Di Sungai Petani Adalah Aman Dan Tenteram Serta Terkawal,”

Timbalan Ketua Polis Kedah Datuk Abdul Ghafar Rajab berkata tiada sebarang pergaduhan atau apa-apa insiden kematian atau bakar masjid yang berlaku di Sungai Petani.

Katanya apa yang tersebar melalui laman sosial dan blog semuanya palsu dan khabar yang disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Keadaan di Sungai Petani adalah aman dan tenteram serta terkawal,” katanya pada sidang media di sini lewat malam tadi. — Bernama

Isu Dan Propaganda Mainan Umnobend!!!

Malam tadi, berita tentang pergaduhan antara dua kumpulan yang membabitkan remaja Melayu dan India telah berlegar dalam banyak blog-blog pro UMNO dan PR.Dari apa yang aku lihat erita berkenaan sememangnya menyemarakkan sentimen perkauman jika dibiarkan tanpa penjelasan pihak yang berwajib.Bagi aku sebelum aku siarkan dalam Blog ini, lebih baik aku dapatkan kepastian dari beberapa orang sahabat aku yang tinggal di Sungai Petani sendiri.. pasal aku nampak lain macam saja cerita tu..Tambahan pula paling awal menyiarkan cerita ini ialah blog pro UMNO..Sebelum korang baca apa jawapan dari dua orang sahabat aku di Sungai Petani tu, baca dulu apa yang kebanyakkan blog siarkan semalam..”Info Paling Terkini: Kejadian pergaduhan teruk di antara puak pelampau Extreme India dari Geng Kongsi 35 & Melayu Islam kita yang ditetak dengan parang, dibelasah dengan kayu besbol dan dicampak ke dalam longkang sehingga membabitkan orang-orang yang tiada kaitan bermula di Paya Nahu seterusnya melarat ke Taman Ria apabila motosikal dibakar di depan masjid, seterusnya melarat ke Taman Keladi & terkini jam 3 petang tadi di Bandar Sg. Lalang, Sg. Petani Kedah… mangsa Melayu dari anggota Melayu Islam kita dari PDRM pula yang dibelasah habis habisan kerana cuba menggari salah seorang daripada anggota kumpulan kongsi Geng 35 mereka yang terlalu bertindak agresif.”Sekarang, di Sg Petani, Kedah, sudah penuh dengan polis & FRU serta roadblock… ugutan menyerang orang Islam ketika berjemaah di Masjid, bakar masjid & Surau serta mangsa dari orang Islam yang dicampak ke dalam longkang setelah dibelasah dengan parang & kayu besbol mengundang kemarahan orang2 Islam di situ… perintah darurat dikeluarkan oleh PDRM & FRU…”Harap semua pejuang-pejuang — 30 dalam mood ‘Standby’ kerana apa2 sahaja boleh berlaku… buat masa sekarang, biarkan pihak polis & FRU jalankan tugas mereka kerana keadaan memang dah terlalu tegang… kita cuba elakkan rusuhan kaum kerana dikhuatiri akan membabitkan pihak-pihak yang tiada kaitan & membahayakan nyawa orang2 Melayu Islam kita di situ sendiri dari kaum wanita & kanak-kanak dan bimbang merebaknya rusuhan kaum ini ke kawasan lain… yang penting dinasihatkan kita sentiasa bersatu, mood standby & jangan bertindak terlalu membabi buta… tetapi lebih kepada langkah berjaga-jaga, BERSEDIA & BERSATU seandainya perkara yang tidak diingini berlaku… umat Islam dinasihatkan berwaspada & jangan bertindak mengikut emosi… ~ (Sumber Maklumat: Ayahanda-Ayahanda Sg)Ini jawapan seorang sahabat yang tinggal di Sungai Petani apabila ditanya tentang apa yang berlaku semalam..”Hang pun percaya?.. mana ada apapun.. aku ada dalam Pekan Sungai Petani tu semalam, aku p makan..tok sah dok percaya la propaganda Barisan Nasional tu..”

“Kalau ada kes sampai berparang bertetak tu.. takkan Polis nak biar.. lagipun.. kalau jadi rusuhan tak payah lah nak ada pilihanraya.. selamat sikit depa tu…”Jawapan lagi sorang pulak..”Memang ada gaduh.. tapi bukanlah macam yang orang dok cerita tu, gaduh pasai curi motor.. biasalah la ni bila gaduh.. kalau bukan Melayu dengan Melayu, Melayu gaduh dengan Cina, kalau bukan dengan Cina.. Melayu gaduh dengan India.. kalau bukan Melayu dengan India.. India gaduh dengan India””Dah dalam negara kita ni ada berbilang kaum takkan nak gaduh dengan orang Hawaii kot?” “Yang depa kata merebak tu… apa yang merebak aku tak tau la.. pasai aman saja pagi ni… Hang tok sah percayala propaganda puak-puak tu….”Ceh Propaganda Barisan Nasional rupanya….Dan ini adalah kenyataan dari PDRM tentang isu pergaduhan di Sg Petani..Semalam berlaku kekecohan di laman sosial Facebook dan juga blog yang mengatakan berlaku pergaduhan diantara kaum India dan juga Melayu di Sungai Petani Kedah.Berikutan dengan kekalutan yang ditimbulkan, Timbalan Ketua Polis Kedah iaitu YDH SAC Dato Abdul Ghaffar bin Rajab telah mengadakan satu sidang akhbar di IPD Kuala Muda bagi menjelaskan perkara sebenar.Menurut beliau, memang ada pergaduhan antara beberapa pemuda melayu dan pemuda india yang berlaku dikawasan berkenaan pada awal pagi 16/12/2012 yang lalu.

Namun keadaan keselamatan dan ketenteraman awam di daerah kuala muda adalah selamat dan terkawal serta kesemua yang terbabit di dalam kes tersebut telah ditangkap (seramai 13 orang terdiri dari melayu dan india ).
5 orang diberitakan telah cedera didalam pergaduhan berkenaan dan mangsa yang cedera juga telah dirawat dan hanya tinggal seorang sahaja yang masih mendapat rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim.Menurut Datuk Abdul Ghaffar, ekoran insiden tersebut, pihak PDRM telah mengambil tindakan awal dengan menempatkan kawalan keselamatan seperti FRU, LSF, MPV, JSJ, Narkotik, SB serta melakukan sekatan jalan di semua lokasi di dalam daerah Kuala Muda bagi menjamin keselamatan orang awam khususnya.Ini gambar semasa sessi taklimat..

Jangan Jual Harga Mufti Sehingga Menjadi Murah

Nik Aziz
Nik Aziz

SHAH ALAM – Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat membidas mufti-mufti yang mendesak Presidennya, Datuk Abdul Hadi Awang menarik balik “Amanat Haji Hadi” sambil menegaskan mufti tidak harus “bermain politik.”

Menurutnya, Presiden Pas memiliki ilmu yang lebih tinggi berbanding mufti kerana mempunyai kelulusan Madinah yang cemerlang.

Sehubungan itu katanya, para mufti tidak harus menganggap Hadi tidak mengetahui hukum-hakam agama Islam semasa mengeluarkan amanat itu.

“Saya membaca kenyataan beberapa orang mufti yang mendesak agar Presiden Pas menarik balik apa yang didakwa sebagai Amanat Haji Hadi.

“Saya kira, ilmu yang dimiliki oleh Presiden Pas tidak lebih rendah dari ilmu yang dimiliki oleh para mufti, bahkan beliau merupakan lulusan Madinah yang cemerlang.

“Jadi saya menyeru kepada para mufti, jangan beranggapan Presiden Pas sebagai orang yang tidak tahu hukum hakam,” kata beliau dalam reaksinya diperoleh dari laman sosial Facebook.

Kelmarin, dua orang mufti termasuk Tan Sri Harussani Zakaria menggesa Abdul Hadi  menarik balik amanat mendakwa Umno kafir, yang dikeluarkan lebih tiga dekad lalu.

Mengulas lanjut, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, mufti boleh berbincang dengan cara yang elok dan tidak perlu bermain politik.

“Mufti boleh berbincang jangan bermain politik partisan di dalam jubah mufti,” katanya.

Beliau juga mengingatkan mufti supaya tidak menjual harga seorang mufti sehingga menjadikannya “murah”.

“Jangan jual harga mufti dengan murah…,” katanya/SH.

Panas!!!..Harun Sani Mufti Perak Berkempen Untuk Umnobend..Membangkitkan Isu Amanat Tuan Guru Haji Hadi..

Harussani Zakaria

Harun Sani Mufti Perak yang baru saja di anugerahkan bintang oleh Perkasa sehinggakan syok sendiri  kenyataan Ibrahim Ali yang mempersoalkan dan memperkecilkan hukum haram halal dalam islam pun Pak Mufti tak dengar..Tapi aku bukan nak komen pasai Ibrahim Katak tapi Amanat Haji Hadi yang cuba di bangkitkan semula oleh Mufti yang Pro Umno Harun Sani,,Apa motif dia kalau bukan senjata yang di gunakan untuk menyerang PAS dan PR dalam kehangatan gelombang Pilihan Raya yang semakin hampir…Harun Sani dan seorang lagi Mufti cuba menpertikaikan amanat Tuan Guru Haji Hadi supaya di tarik balik kononnya Itu tindakan Tuan Guru Haji Hadi melulu dan tidak berasas..Kepada Mufti yang sanggup menjadi pecacai kepada Umno Ini pernah kah hang teliti dan tengok skrip Yang kononnya yang hang kata amanat Tuan Guru Haji Hadi tu..Tetapi kenapa hang tak sentuh tentang Amanat Tun Mahathir ketika tu..Jangan Marah der kalau kata-kata Tuan Guru Haji Hadi http://1.bp.blogspot.com/-SExo_pciy6Q/UM_WZOmZkAI/AAAAAAAANFo/8KOZ5vajaDg/s320/amanat+hadi+(rumi).jpgDalam Ceramah sebuah majlis  pada tahun 1981 (ada versi yang menyebut 1979) di Kampung Benggol, Peradong, Kuala Terengganu Hangpa kaum Umnobend panggil sebagai Amanat..Tak salah kalau aku juga nak katakan Kenyataan Tun Mahathir juga sebagai amanat kepada seluruh rakyat Malaysia nah hangpa tengok amanat Tun Mahathir yang bagi aku lebih hina dan jijik kalau nak di bandingka dengan Tuan Guru Haji Hadi.. amanat Mahathir tentang hukum hudud yang mencetuskan kontroversi sedari dulu lagi. Tidakkah Mahathir pernah mengatakan pada 14 Julai 1992 bahawa ‘apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan?” Tidakkah Mahathir juga yang menyebut pada 3 Mac 1994 bahawa ‘hukum rejam kepada penzina adalah primitif?’ Dan Terbaru Hukum Hudud Tiada dalam Al-Quran.Hanyalah rekaan Ahli150244_122608677800233_100001533053584_1 fekah..”Saya nak tahu siapakah di antara ahli-ahli Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti” – Tun Dr. Mahathir, 30 April 1992 dalam ucapannya di perjumpaan ketua-ketua UMNO Bahagian Johor.”Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik.” – Tun Dr. Mahathir, 3 Mac 1994, dalam ucapannya di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan.Dan banyak lagi kalau aku nak tulis tentang Amanat Tun Mahathir yang tak ada seorang pun yang di katakan ulamak di zaman Tun yang berani menegur beliau..Kerana sesiapa yang cuba melawan amanat Tun pasti soru miss..Kenyataan Tuan Guru Haji Hadi hanya terpakai pada masa tu atau zaman itu..Takan tu pun Harun Sani tak tau..Rasanya kalau nak sangat komen atau cuba nak jadi jurucakap kepada Umnobend LETAK JAWATAN MASUK UMNO”itu kan lagi baik..Harun sani tak payah la nak tunjuk cerdik kalau hang sendiri pun tak berlaku adil..Nampak sebelah PR saja kalau Umnobend semuanya ok..Apa pun Amanat Tun Mahathir hang kena teliti balik kitab kot-kot Mufti macam hang pun telibat sama