Pemimpin Ikhwan al-Muslimi Doakan Kejayaan PAS Pada PRU-13

 

https://nanatanjungcafe74.files.wordpress.com/2012/12/img_6915.jpg?w=300

KAHERAH – Kemenangan kepada Islam hanya akan tiba apabila seseorang muslim itu menepati ciri-ciri seorang hamba dan menjadi menjadi hamba Allah dalam konteks yang sebenarnya.

“Jadilah seorang hamba Allah yang sebenar-benarnya, bila kita telah menepati ciri-ciri seorang hamba, Allah akan mengurniakan kemenangan kepada kita,”ujar Mantan Mursyidul Am Ikhwan al-Muslimin Sheikh Mehdi Akif.

Beliau berkata demikian ketika meraikan kunjungan rombongan Misi Yayasan Amal Malaysia ke Gaza yang singgah di Kaherah pada 15 Disember lalu.

Sheikh Mehdi Akil, 75 tahun, pernah menghadapi mehnah keluar masuk penjara dalam perjuangan dan dakwah Islam bersama Ikhwan al-Muslimin di Mesir.

Beliau adalah aktivis dan tokoh  Ikhwan yang pernah berkhidmat sebagai Setiausaha kepada empat orang Musryid Am Ikhwan antaranya Syeikh Mustafa Masyhur.

Beliau menambah, bahawa kemenangan sebenarnya adalah milik Allah, sementara tanggungjawab kita sebagai umat Islam adalah menunaikan kewajipan, melaksanakan apa yang diperintahkan dan meninggalkan apa yang dilarang.

Di dalam kunjungan itu juga, ahli rombongan misi bantuan ke Gaza telah diberikan penjelasan oleh kakitangan Ibu Pejabat Ikwan al Muslimun berkaitan dengan peristiwa serangan yang telah dilakukan oleh golongan penentang yang mengakibatkan kerosakkan dan kecederaan kepada kakitangan bertugas.

Sementara itu, rata-rata pemimpin Ikhwan yang ditemui menyatakan, mereka mengikuti secara dekat perkembangan politik di Malaysia serta mendoakan kemenangan kepada Parti Islam Semalaysia (PAS) di dalam pilihanraya umum akan datang.

Mereka menyifatkan, kedatangan rombongan Yayasan Amal dari jauh semata-mata untuk membantu saudara seagama di Gaza adalah suatu perasaan yang hebat lantaran kita adalah ummat yang satu. Dengan kesatuan kita ini di atas dasar aqidah yang satu, kita akan menjadi ummat yang hebat.

Turut sama dalam rombongan misi Yayasan mal itu adalah Pengarah Jabatan Penerangan PAS Terengganu Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah dan Setiausaha Jabatan Pilihanraya PAS Terengganu, Ustaz Mohd Soud Said/BO

Advertisements

Apa Salah Kanak-Kanak Ini!!!Bayangkan mereka anak, adik atau saudara anda (gambar)

https://fbcdn-sphotos-f-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc7/3899_517697311587275_1677453578_n.jpgharakahdaily

Ulamak Yang Menjadi Pecacai Umno Dah Mula Bukak Mulut,Busuk Macam Taik Der!!!..

Amanat Haji Hadi yang dikeluarkan pada 1981 adalah ajaran sesat yang sengaja disebarkan dan digerakkan untuk menggulingkan kerajaan.

Ketika itu penyebarannya mensasarkan institusi pengajian tinggi (IPT) dan pejabat kerajaan melalui usrah serta mengajak mereka bersama PAS menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dianggap kafir.

Menentang kerajaan yang dianggap tidak Islam

Bekas ahli Dewan Ulama PAS, Prof Madya Mohd Noor Deris yang ketika itu bersama Datuk Seri Abdul Hadi Awang menggerakkan penyebaran amanat berkenaan mendakwa peristiwa berdarah Memali tercetus akibat amanat itu kerana kumpulan yang berkumpul di kampung itu berjuang menentang kerajaan yang dianggap tidak Islam.

“Malah, beberapa gerakan berhaluan kiri dan militan juga mula digerakkan ketika itu. Bahkan, saya pernah terbabit dengan usrah di dalam hutan di Janda Baik membabitkan pelajar IPT dan kakitangan kerajaan. Kita lakukan untuk menentang kerajaan.

“Saya sudah bertaubat dan berharap Hadi juga segera bertaubat dan menarik balik amanatnya demi kepentingan Islam. Saya menyesal kerana sudah menyesatkan ramai orang dengan amanat itu.

“Bagi saya amanat itu ajaran sesat dengan kita menggerakkan semangat jihad menentang kerajaan,” katanya mendakwa terpengaruh dengan Hadi./Berita Harian

Hutang Cukai Tanah Umno Tertunggak Di Selangor

Pengbongkaran demi pengbongkaran terhadap salah guna kuasa Umnobend di selangor..Kini cerita mengenaai tanah yang di perolehi oleh Umnobend dengan harga RM1 satu kaki yang dikatakan tanah itu dimanfaatkan untuk rakyat seperti didakwa BN di Dewan Undangan Negeri sebelum ini,Umno ni memang spisis yang tak tau di untug dah dapat tanah murah cukai pula tak mau bayar apa punya Umno dasar parti tak kenang di untung semua mau buta..Tanah yang no lotnya 0073899 dan 0073900 itu mempunyai bayaran cukai tertunggak sebanyak RM26,935.50 dan RM110,869.20 Sementara, cukai taksiran kedua-duanya pula mencecah hampir RM150 ribu.Tanah ini dikatakan milik Umno Puchong yang gagal membayar cukai selama dua tahun berturut-turut ke atas tanah itu..Datuk Satim Diman ketua Umno puchung dan merangkap ADUN Seri Serdang yang juga Ketua Pembangkang di Selangor..Tunggakan Ni di bawah kawasan dia la..Satim dan peminpin Umnobend ni masuk duit depa berebut kalau nak keluar duit perit.Kenapa Najib pulak ambik sikap pekakan telinga bisukan mulut,Hangpa nak buat apa hangpa buat jangan kacau aku  sudah sebab aku pun curi duit rakyat juga beli cincin dan gelang untuk kak Mah hangpa.kah.kah.kah

Utusan Mempunyai Toleransi Yang Agak Rendah Terhadap Parti-Parti Pembangkang

Utusan Malaysia perlu berubah jika mahu terus kekal relevan dengan suasana politik dan pasaran semasa, kata mantan ketua pengarang Bernama, Datuk Seri Azman Ujang.

Menurutnya, Utusan pernah dikenali sebagai akhbar yang “meniup semangat kemerdekaan tetapi zaman kini telah berubah”.

Menurutnya, pendirian editorial Utusan yang membawakan agenda pro-Melayu tidak cocok dengan demografi Sabah dan Sarawak.

NONELiputan akhbar itu terhadap kenyataan-kenyataan NGO pendesak Melayu, PERKASA yang menyinggung sensitiviti rakyat di Sabah Sarawak dan menjejaskan sokongan rakyat negeri itu terhadap Umno dan Barisan Nasional, katanya.

“Utusan gemar mainkan kalau ada Ibrahim Ali (dan sentimen) anti-Kristian dan sebagainya tanpa mengambil kira sentimen orang Kristian di Sabah Sarawak.

“Majoritinya masih lagi tugu kuat kepada Barisan Nasional – yang menyokong Umno dan Barisan Nasional,” katanya.

“Akhbar seperti Utusan yang mirip kepada agenda Melayu – orang di Sabah Sarawak tidak begitu dapat menjiwai akhbar ini,” katanya.

Akhbar itu juga menurutnya, dilihat tidak begitu lunak terhadap ahli-ahli politik pembangkang dalam pemberitaannya.

“Pada saya Utusan mempunyai toleransi yang agak rendah terhadap parti-parti pembangkang

“Ahli-ahli politik pembangkang, kita tak perlulah sebut nama mereka, dikritik hebat oleh Utusan,” katanya sewaktu bercakap di forum ‘Utusan: Kewartawanan Dahulu dan Kini’ di Dewan Bahasa dan Pustaka semalam.

Pendirian itu, dakwanya turut menjadikan Utusan bukan pilihan utama pengiklan yang kebanyakannya mempunyai eksekutif pengiklanan bukan Melayu.

Krisis kredibiliti

Pemecatan mantan timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998 turut menjadi titik tolak penting dalam dasar beberapa akhbar yang akhirnya memberikan kesan kepada pengedaran mereka, kata Azman.

Tanpa merujuk secara langsung kepada Utusan, Azman menjelaskan sebahagian akhbar berkenaan mengalami krisis kredibiliti yang membawa kepada kemerosotan jualan.

“Setelah mereka mengambil dasar berat sebelah, mereka banyak hilang (jumlah) edaran dan sampai sekarang tidak boleh pulih semula dan dilihat oleh khalayak sebagai hilang kredibiliti,” katanya.

Seorang lagi ahli forum, pensyarah Universiti Teknologi Petronas, Profesor Ahmad Murad Merican turut mengutarakan pendapat yang senada dengan Azman.

“Setiap ahli kewartawanan dan di sini Utusan, saya sudah sebutkan lebih kurang sepuluh tahun dulu, perlu berubah dalam konteks memperbaiki persembahan, hujah dan menerima kritikan,” katanya.

Beliau turut menggesa Utusan agar menjadi akhbar nasional yang bukan sahaja mensasarkan orang Melayu tetapi juga orang bukan Melayu di Sabah dan Sarawak sebagai pembacanya.

Ahli panel ketiga, pengkritik filem Mansor Puteh pula secara umumnya menyeru agar pengamal media berwaspada dengan cubaan pihak Zionis untuk menguasai media.

Menurutnya, usaha itu tidak dilakukan melalui pemilikan saham sebaliknya melalui penyebaran elemen Zionisme yang dihidangkan sebagai budaya popular.

“Gosip Hollywood yang disiarkan setiap hari, dia (Zionis) tak paksa kita tapi kita jadi barua dia dengan rela hati beri empat muka surat dan kalau kita tak siar, kita rasa bodoh.

“Kalau kita tak siar filem Hollywood, kita rasa bodoh. Kalau kita tak sanjung Manchester United, kita rasa bebal,” katanya.

Forum itu yang berlangsung di Dewan Seminar Hassan Ahmad dimudahcara Editor Bahagian Buku Am DBP, Padilah Ali./mk