Tuan Guru Haji Hadi Minta 1 Jam Siaran Secara Lansung Menjelas Isu AMANAT HAJI HADI!!!

Tuan Guru Haji Hadi minta Kerajaan dan media bagi sejam untuk beliau perjelaskan tentang Amanat Haji Hadi,“Saya minta supaya diberi peluang secara langsung sejam oleh RTM dan TV3. Beri satu jam biar saya jelas, lepas itu masyarakat boleh nilai,” kata beliau,,Amacam ada bran ka puak-puak Umno sahut cabaran Tuan Guru Haji Hadi..Kalau boleh Ulamak dan Mufti Umno ambil bahagian sama selepas tu di siarkan secara siaran lansung supaya rakyat dapat menilai apa yang di katakan dengan amanat Haji Hadi..Biar seluruh rakyat faham,Seterusnya biar rakyat buat penilaian dan membuat keputusan,,Jangan pandai komen dan suruh tarik balik Amanat tu tanpa memberi peluang kepada Tuan Guru Haji Hadi untuk menjelaskannya.Nah dia dah minta untuk buat penjelasan apa kata Kerajaan suruh la TV3 dan RTM beri ruang kepada Presiden PAS itu menerangkan kedudukan sebenar Amanat beliau,Adakah benar seperti di mainkan oleh Mufti,ulamak,Menteri,Exco Umno yang memfitnah dengan mengatakan Amanat Haji Hadi mengkafirkan orang Umno..HANGPA PIKIAQ LA SENDIRI

Advertisements

‘Hadi Tak Pernah Murtadkan Sesiapa’ Kata Tuan Guru Nik Aziz

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat

SHAH ALAM – Di sebalik polemik mengenai isu Amanat Haji Hadi yang berterusan termasuk desakan Umno mahu ia ditarik balik, Murysidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan, Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak pernah “memurtadkan sesiapa.”Sebaliknya kata Nik Aziz, Hadi hanya menjelaskan batasan iman dan kufur sahaja.”Tuan Guru Haji Hadi tidak pernah memurtadkan sesiapa, beliau hanya menjelaskan batasan iman dan kufur sahaja,” kata beliau antara entri terbaru laman sosial Facebook.Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, seseorang Muslim tetap murtad apabila terbatal syahadahnya sekalipun tanpa Amanat Haji Hadi.”Dalam perjalanan ke Seremban dari KLIA, membaca akhbar hari ini (semalam) masih menyebut tentang Amanat Haji Hadi. Perlu diketahui bahawa seorang pesakit tetap sakit sekalipun tidak diberitahu oleh doktor.”Seorang Muslim tetap jatuh murtad apabila terbatal syahadahnya sekalipun tanpa Amanat Haji Hadi,” kata beliau yang malam tadi menghadiri majlis kutipan dana Pas menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13./SH

Dr Marza Tentang Kalimah Allah..

Bible di negara-negara Arab yang berbahasa Arab memang menggunakan perkataan الله merujuk kepada Tuhan yang sebenar..begitulah di gereja-gereja Arab..cumanya Bible dalam English memilih perkataan God ataupun Lord..

Photo: ‎..Bible di negara-negara Arab yang berbahasa Arab memang menggunakan perkataan الله merujuk kepada Tuhan yang sebenar..begitulah di gereja-gereja Arab..cumanya Bible dalam English memilih perkataan God ataupun Lord..‎Al-Imam Muslim dalam sahihnya meriwayatkan hadis mengenai perjanjian Hudaibiah antara Nabi s.a.w dengan Quraish Mekah, seperti berikut: “Sesungguhnya Quraish membuat perjanjian damai dengan Nabi s.a.w. Antara wakil Quraish ialah Suhail bin ‘Amr. Sabda Nabi s.a.w : barangkali aku boleh tulis Bismillahirrahmanirrahim. Kata Suhail: Adapun Bismillah (dengan nama Allah), maka kami tidak tahu apa itu Bismillahirrahmanirrahim. Maka tulislah apa yang kami tahu iaitu BismikalLahumma (dengan namaMu Ya Allah!)”. Dalam riwayat al-Bukhari, Nabi s.a.w menerima bantahan tersebut.~Sumber DrMAZA.com‘s status.

PAS PP Tak Terlibat Dengan Demo Di Komtar..Umno Kantoi Lagi!!!

Hebat lakonan UMNO Pulau Pinang yang menggunakan 4 helai bendera PAS untuk demo bantah LGE… entah bila masa la penyokong PAS pakai topi sudu…hahahaha… bendera pun gaya rembat kat tepi jalan…. muka tak siap semua…..huhuhuhuhuhu… muka depan UTUSEX lagi

MOHAMED Hafiz Mohamed Nordin (ahli UMNO yang dulunya ahli pas memegang pembesar suara) menyampaikan ucapan kepada ahli-ahli pelbagai NGO dan anggota Pas yang menyertai perhimpunan aman membantah kenyataan Lim Guan Eng menuntut kalimah Allah digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu di hadapan Komtar, Georgetown, Pulau Pinang, semalam.


PULAU PINANG 28 Dis.
– Marah dan rasa terhina dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mendesak kerajaan membenarkan penggunaan perkataan Allah dalam Bible versi bahasa Melayu, hampir 100 umat Islam termasuk ahli Pas hari ini mengadakan perhimpunan membantah tindakannya.

Diketuai Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP), perhimpunan itu diadakan selepas solat Jumaat di Masjid Jamek Simpang Enam, Jalan Macalister di sini sebelum berarak ke Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) yang menempatkan pejabat pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang, kira-kira 500 meter dari situ.

PAS P.Pinang nafi terlibat demo berhampiran Komtar

PAS Pulau Pinang menafikan sebarang penglibatan mereka dalam demonstrasi yang diadakan berhampiran Komtar hari ini.

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Datuk Saleh Man, berkata pihaknya tidak ada kena-mengna dengan sebarang penganjuran demonstrasi tersebut.

Malah, beliau tidak tahu menahu mengenai demonstarsi tersebut yang diadakan di Masjid Simpang 6, selepas solat Jumaat tadi.

Saya tidak tahu-menahu tentang demo ini. Tiada sebarang penganjuran daripada PAS Pulau Pinang untuk berbuat demikian,” kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily.

Difahamkan sekumpulan pemuda mengadakan demonstrasi di Masjid Simpang 6 bagi dipercayai membantah Ketua Menteri, Lim Guan Eng, berkaitan isu penggunaan kalimah Allah.

Selain membawa kain rentang mengecam DAP dan Guan Eng, kumpulan itu juga dilihat membawa bendera PAS.

Mengulas lanjut Saleh berkata PAS mempunyai saluran tertentu jika mempunyai perbezaan pendapat dengan mana-mana rakan di dalam Pakatan Rakyat.

“Kita ada saluran kita sendiri,” katanya yang juga Adun Permatang Pasir.

Ditanya tentang kehadiran bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Nordin pada demonstrasi tersebut, Saleh enggan mengulas lanjut, bagaimanapun berkata ramai mengenali ‘siapa’ Hafiz.

Justeru, beliau berharap tidak ada pihak yang sengaja mencetuskan kekeliruan di kalangan rakan Pakatan Rakyat dengan mengatakan demonstrasi tersebut adalah anjuran PAS. ~harakahdaily

 



 

Perhimpunan Bersama Pemandu-Pemandu Teksi

KALENDAR TAHUN 2013 HINA HUDUD!!!

KALENDAR TAHUN 2013 HINA HUDUD,Der mana puak-puak yang suka menyalak pacai-pacai Umno Perkasa,Jati dan NGO dari kem syaitan yang di kenali,Dah jadi bisu ka atau tak ada teloq nak teguq..Ulamak,Mufti Umno pun dah macam tak jumpa dalil kalau puak haramjadah MCA hina islam..Umno merelakan islam di hina,Tak pa MCA kalau DAP kita lanyak la..Inilah sikap islam Wasatiah Umno dan peminpinnya..Semasa persidangan tahunan MCA bukankah Suwey sex hina islam dan hukumnya di depan Najib..PM Najib cuma mampu tersenyum dan menghadiahkan kepada Suwey sex RM30 juta..DER jangan harap Umno nak bela islam,DULU KINI DAN SELAMANYA PEMBOHONG!!!HANGPA PIKIAQ LA SENDIRI.

Ketua Umno Pandan, Abd Ghani Ismail Di Hukum Penjara 8 Tahun Kerana Rasuah

Ketua Umno Pandan, Abd Ghani Ismail

Umno tak dapat di pisahkan dari rasuah..kah.kah.kah.- Ketua Umno Pandan, Abd Ghani Ismail dihukum penjara lapan tahun dan denda hampir RM1 juta oleh Mahkamah Sesyen hari ini selepas didapati bersalah terhadap 10 tuduhan menerima rasuah RM193,512 enam tahun lalu.Ikan bilis yang di cekup jerung Umno bila lagi.APA-APA PUN HANGPA PIKIAQ LA SENDIRI.