Bukti Penyelewengan Tanah Di Negeri Perak Oleh Datuk Seri Zamry Abdul Kadir

 

IPOH, 31 DIS: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir digesa membatalkan pemberian tanah primer kepada kroni UMNO dan Barisan Nasional (BN) dan menjelaskan kenapa tanah berkenaan diberi tanpa melalui proses tender terbuka.Di saat media pro-UMNO cuba mengheret Pengerusi DAP Negeri Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dengan tuduhan skandal tanah di Gua Musang bagi mengalihkan perhatian umum daripada dosa BN, beliau mendedahkan pula skandal tanah di bawah pentadbiran BN negeri itu.Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Ngeh hari ini, skandal pemberian tanah kepada syarikat kroni BN di Perak yang beliau dedahkan pada Sidang DUN negeri itu termasuk:

1. 15.0 ekar tanah di Mukim Lumut diberi kepada Reality Axis Sdn Bhd.

2. 32.07 ekar tanah di Mukim Kamunting diberi kepada YBU Holding Sdn Bhd.

3. 147.84 ekar tanah di Mukim Lumut diberi untuk dibangunkan Kinta Berkat Sdn Bhd.

4. 58 ekar tanah bandar di Bandar Lumut diberi kepada J & S Holdings Sdn Bhd.

5. 40 ekar tanah di Perak Tengah (Sri Iskandar) diberi kepada Toyo Chemicals Sdn Bhd.

Menurut Ngeh lagi, cukai tanah berkenaan masih belum dibayar, oleh itu pemberian tanah itu masih boleh dibatalkan tanpa sebarang kesan besar kepada kerajaan negeri.Beliau yang juga Ahli Parlimen Beruas menggesa pemberian itu dibatalkan supaya tanah primer itu ditawarkan secara tender terbuka untuk dibangunkan, manakala sebahagian lagi dirizab untuk pembangunan kemudahan awam pada masa hadapan.“Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir telah mengelak daripada menjawab soalan saya pada sidang Dewan Undangan Negeri mengenai pemberian tanah berkenaan,” kata Ngeh yang menuntut Zambry menjelaskan kenapa tanah itu diberi kepada syarikat terbabit.Menurut Ngeh lagi, BN telah mempersoalkan pemberian tanah seluas 1.1 ekar oleh Kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang, meskipun tanah itu diberi melalui sistem tender terbuka. Beliau kini mencabar pemimpin BN untuk turut menuntut supaya tanah primer di Perak itu diberi semula melalui tender terbuka. – Roketkini.com

Advertisements

3 Komen

  1. I’m not sure why but this blog is loading incredibly slow for me. Is anyone else having this issue or is it a issue on my end? I’ll check back later on
    and see if the problem still exists.

  2. Specific minute card areas get constraints with the number of simultaneous furniture you will get operating, even so many possess just lately permitted
    players in order to sign up for four online casino
    online games simultaneously! We are a little over a one fourth of the means with the
    important category baseball time of year, along with similar to each time of year, there possess some
    already been some terrific reports and some depressing myths so far.

  3. The 2012 japanese cars left hand drive Prius Plug-in Hybrid will have the lowest
    price in country on these japanese cars left hand drive motorcycles.
    When checking the DTC’s you will need is documentation. The Australian launch of Prius C in the first year, Acura sales rose 11 percent from the period in 1998. When one car brand comes out with an attractive price tag. The Acura RSX, especially the engines.


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s