Tengok Sendiri Penjelasan Tunku Tentang Bertapa Jahatnya Tun Mahathir!!!

Listen,Listen,Listen,Listen,,,Tun Mahathir Pengkianat Bangsa Dan Negara!!!

Akhirnya Tun Mengaku dia yang menjadi dalang dalam memberi IC dan kewarganegaraan kepada rakyat asing..Tun dengan selamba mengucapkan dengan muka yang tidak merasa kekesalan kerana kianat kepada Negara sendiri..Seperti yang Tun katakan  Tun bertindak mengikut Undang-undang dalam memberi Kewarganegara kepada rakyat asing kerana beliau waktu itu seorang Perdana Menteri dan berhak serta berkuasa dalam menentukan dasar-dasar Negara….

Tun memang seorang yang busuk,korap dan rakus kerana sanggup menggadaikan negara kerana beliau waktu itu berkuasa,dan inggin terus kekal berkuasa memengang tampuk kepimpinan negara..Tun juga mengatakan yang di beri IC dan menjadi warganegara terpilih dan mengcukupi syarat..Tun masih lagi cuba memutar fakta sebenar…Syarat yang Tun maksudkan adalah memenangkan setiap kerusi yang di pertandingkan oleh BN di Sabah itulah maksud sebenar,Sanggup menggadai negara demi kebelangsunggan Politik kotor Tun dan Umnobend waktu itu…

Kalau betul Tun Mengikut Undang-undang kenapa pula ada yang di tahan di bawah ISA,Adakah kerana beliau bukan PM Malaysia..Kenapa bapak pengkianat Negara tidak di tangkap lahanat!!!…Kalau betul tak salah dari segi undang-undang memberi kerakyatan kepada pendatang asing,kenapa Tun tidak umumkan di waktu itu biar rakyat Malaysia sebenar tahu,kalau tak salah dan ada kuasa…Dasar Manusia Putar alam syah,Lidah bercabang.Orang lain yang di kambing hitamkan demi menyelamatkan diri…kah.kah.kah.

Selepas tak boleh nak spin dan pusing orang lain di salahkan,Nah hangpa baca kenyataan Tun ni “Dia (Tunku Abdul Rahman) beri sejuta kewarganegaraan kepada mereka yang tidak layak. Jadi kenapa apa yang dia (Tunku Abdul Rahman) buat tak salah dan apa yang saya buat ini salah?

TUNKU waktu itu memberi kerakyatan sebelum Merdeka,dan dari situlah kontrak sosial iaitu perlembagaan persekutuan dibuat dengan pekara2 berkaitan ugama islam, hak istimewa raja dan orang melayu dan lain2..sebagai persetujuan dengan ingeris dan syarat ingeris untuk beri kemerdekaan.Dasar Pengkianat Negara dan bangsat Ptuuuuihh!!! Memang hang salah bangang jangan dok tegak benang yang basah bahlol betoi..Macamana puak Umnobend dan pecacai boleh sayang orang yang macam ni..KAH.KAH.KAH..Tu sebabnya Tun kata Umno bodoh.kah.kah.kah,Di perbodohkan oleh Tun selama ini..Wey!! Umno dan pacainya selepas segala tebelang pecah tunggulah saat kehancuran Umnobend.Tidakkah Tun terfikir yang dia telah mengkianati Bangsa dan Negara?……………KLIK SINI

HANGPA PIKIAQ LA SENDIRI!!!

RCI Skandal X-Files

Berkata Benar Walau pun pahit!!…2+2=5?

Edisi Gempar Panas!!!..Najib Dan Timbalannya Muhydin Bakal Di Saman!!!

Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa dua peguam mempunyai locus standi atau hak di sisi undang-undang untuk menyaman perdana menteri, timbalan perdana menteri dan kerajaan berhubung permohonan mereka bagi mendapatkan pengisytiharan kesemua 523 sekolah rendah Tamil di negara ini di beri bantuan penuh.Panel tiga hakim diketuai Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus membuat keputusan sebulat suara selepas membenarkan rayuan M.Manoharan dan P.Uthayakumar bagi menghidupkan semula saman mereka terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib TunRazak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran serta kerajaan.”Kami berpendapat perayu (Manoharan dan Uthayakumar) mempunyai locus standi KLIK SINi

HANGPA PIKIAQ LA SENDIRI!!!

Edisi Bongkar!!!….Bekas pegawai JPN dedahkan terima arahan Megat Junid benarkan pendatang mengundi

KOTA KINABALU, 16 Jan —  Bekas pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menuduh arwah Tan Sri Megat Junid Megat Ayub memberi arahan kepadanya untuk mengeluarkan resit membenarkan pendatang haram di Sabah mengundi dalam pilihan raya negeri pada tahun 1994.

Bekas pengarah JPN Sabah Ramli Kamarudin memberitahu, Megat Junid yang pada ketika itu timbalan menteri dalam negeri memberitahu dirinya resit JPN perlu sama dengan nama dan kad pengenalan pengundi berdaftar.

“Kami beri mereka (pendatang) RM20,” kata Ramli kepada Suruhanjaya Di Raja (RCI) berkenaan dengan pendatang haram disini hari ini.

“Kami ajar mereka bagaimana untuk mengundi. Kami kumpulkan mereka di dalam rumah. Kami menghantar mereka menggunakan bas ke tempat mengundi. Kemudian kami hantar mereka balik dan kutip resit tersebut. Resit tersebut hanya untuk mengundi. Kami tak beri mereka kad pengenalan,” tambah beliau.

Ramli berkata lebih kurang 200 resit JPN dikeluarkan di lima atau enam kerusi dewan undangan negeri di Sabah yang dianggap sebagai “kawasan hitam yang sukar bagi kerajaan untuk menang.”

“Satu kawasan mungkin 400,” katanya.Tun Dr Mahathir Mohamad, perdana menteri paling lama berkhidmat dari 1981-2003, telah dituduh menerajui “Projek IC”, di mana kewarganegaraan didakwa diberikan kepada pendatang sebagai ganti kepada undi mereka.

Akan tetapi bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Harris Salleh, yang mentadbir negeri dari 1976 ke1985, menafikan kewujudan “Projek IC” semalam.

Pilihan raya negeri Sabah 1994 menyaksikan Parti Bersatu Sabah (PBS) menang 25 daripada 48 kerusi dewan undangan negeri.

Akan tetapi tidak lama selepas itu beberapa ahli dewan undangan negeri PBS menyertai Barisan Nasional (BN) menyebabkan kerajaan PBS jatuh.

Ramli memberitahu hari ini beliau ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dari 1995 hingga 1997.

Beliau juga menafikan menerima imbuhan.

“Ini adalah arahan langsung dari timbalan menteri dalam negeri sendiri walaupun saya akui ianya salah,” kata Ramli.

Beliau menambah arahan tersebut diberikan dalam mesyuarat dengan Megat Junid, pemimpin Umno Datuk Seri Osu Sukam (yang kemudiannya menjadi ketua menteri Sabah pada tahun 1999) dan pegawai pendaftar JPN bernama Asli Sidup di Hyatt Hotel dua minggu sebelum pilihan raya 1994.

“Resit tersebut hanya untuk mengundi. Selepas itu, kami akan kutip resit dan musnahkannya,” kata Ramli.

Asli memberitahu kemudian 200 resit JPN digunakan di dewan undangan negeri Kawang pada pilihan raya negeri 1994 dimana Osu menang dengan 64 undi.FMT

Wanita Umno Menghina Kaum India