Mai Tengok Apa Kata UAI Tentang Hukum Menari GANGNAM STYLE

Advertisements

Pengakuan Bekas Tahanan ISA Mereka Yang Terlibat Dalam Projek IC Segera Sabah Tidak Akan Ditangkap.

PETALING JAYA 28 FEB:  Bekas tahanan ISA, Siti Aminah Mahmud diberi jaminan oleh Tun Datu Mustapha Datu Harun bahawa mereka yang terlibat dalam projek IC segera Sabah tidak akan ditangkap.

“Mula-mula saya takut ditangkap. Saya kata ini salah.Tapi Datu Mustafa kata projek ini diketuai oleh Dr Mahathir sendiri,(Tan Seri) Megat Junid. dan Aziz Shamsuddin.Takkan ditangkap,” katanya kepada pemberita di ibu pejabat KEADILAN di Tropicana, hari ini.Siti_Aminah

Siti turut diberitahu Datu Mustafa, bekas pemimpin Parti Kebangsaan Sabah Bersatu (Usno) itu akan dilantik sebagai Tuan Yang Terutama Sabah sekiranya menang dalam pemilihan Umno.

“Kita ada dengar dalam taklimat, di pejabat Umno di Simbulan pada awal tahun 1990-an dulu,” katanya.

Siti Aminah ditahan dibawah ISA pada 20 September 1995 selama 60 hari di Johor sebelum disambung perintah tahanan selama dua tahun di Kem Kamunting.

Menurut Siti, pertuduhan dan sebab penanan ISA keatasnya adalah kerana memalsukan kad pengenalan, bersubahat dengan pegawai Jabatan Pendaftarn Negara (JPN) dan memalsukan borang JPN.

“Saya ditahan di Bukit Aman. Megat Junid menandatangani surat dan melanjutkan penahanan saya. Sedangkan saya tak pernah tengok dimana IC palsu dibuat…dan borang JPN diambil di pejabat Umno di Simbulan,” dedah Siti.

Siti memaklumkan, kad pengenalan tersebut boleh dikenalpasti melalui kod khas di bahagian belakang dokumen tersebut.

https://i2.wp.com/www.keadilandaily.com/wp-content/uploads/2013/02/Madey.jpg“Kod IC projek Mahathir ialah 04 dan 05. Kod ada di belakang kad pengenalan dan horang JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) boleh tahu,” katanya.

Tambah Siti, ada antara mereka yang terlibat dengan prjek IC segera Sabah menjadi jutawan, berbanding dirinya yang hanya dibiaya tambang perjalanan hingga tiket perjalanan ‘penuh satu beg plastik’

“Bila diingat semula, sanat menyakitkan hari,” kata Siti.KD

HANGPA PIKIAQ LA SENDIRI!!!!!

Pendedahan Berani PI Bala,Siapa Arah Bunuh Altantuya…SAKSIKAN!!!!

Akhirnya Salih Yaacob Umum Bersara Selepas Dikritik Hebat.!!!

 

KUALA LUMPUR: Penyampai radio, pelawak serta pengacara terkenal, Salih Yaacob (gambar) mengejutkan peminatnya apabila mengumumkan untuk bersara dari dunia hiburan.

Pengumuman itu dibuat disaat beliau dikritik hebat oleh peminat dan juga pihak penyokong politik ekoran tersebarnya video pendek lakonannya dalam siri video Bangkang dari Longkang di Youtube sejak beberapa hari lalu.

“Saya sangat kecewa dan meminta maaf kepada peminat.

“Saya mengambil keputusan untuk tidak lagi terlibat di dalam bidang hiburan selepas ini. Soal kerjaya sebagai penyampai radio pula saya serah semuanya kepada pihak pengurusan,” katanya yang dipetik Utusan Malaysia semalam.

Dalam video pendek tersebut, Salih membawa watak seorang wakil rakyat dan seorang pembantu yang dilakonkan oleh rakan pelawaknya, Nabil Ahmad.

Dalam dialognya Salih dan Nabil didakwa secara sinis dilihat mempersendakan Pakatan Rakyat kononya tidak menunaikan janji di empat buah negeri.

Kesannya, Salih mendapat kritikan meluas, bahkan stesen radio Sinar FM turut diugut untuk diboikot.

Harakahdaily sebelum ini turut melaporkan laman Facebook Sinar FM turut dihujani kritikan peminat yang kecewa dengan tindakan Salih dan Nabil itu.

Boleh dikatakan di setiap status yang dinaikkan di laman rasmi radio itu, terus menerima komen-komen negatif daripada pendengar mereka termasuk menyerang Salleh Yaakob sendiri.

Isu kritikan dan boikot ini bukan kali pertama malah sebuah rangkain restoran ikan bakar tekemuka juga pernah menerima nasib sama apabila secara terbuka menganjurkan tarian punggung di hadapan rumah Pengerusi Bersih 2.0 Datuk S Datuk Ambiga Sreenevasan.HD

Tun Mahathir Mulut Busuk!!!!

Manifesto PR negara akan bankrap kata Tun Mahathir…Tun bercakap lain kali gunakan otak bukan kepala lutut..Di zaman Tun Jadi penasihat Proton apa jadi?Proton asyik menanggung kerugian,jadi penasihat Petronas kontrak anak Tun sapu..Lebih baik Tun diam dari bercakap,Kerana mulut Tun busuk-sebusuknya,kalau nak bercakap juga gunakan fakta rialiti bukan fantasi,Tun dulu pun hang pernah cakap kalau PAS perintah Malaysia habis semua makan ubikayu negara akan miskin kah.kah.kah masa tu munkin rakyat boleh percaya dengan hang kerana maklumat masa tu terhad,tapi sekarang rakyat dah cerdik boleh menilai dan buat perbandinggan dengan kata-kata bangang Tun Mahathir…4 negeri di bawah pentakbiran PR yang berkonsepkan negara berkebajikan lebih cermelang dari negeri yang di takbir UBN…Ini telah di buktikan oleh Audit negara,Jadi apa yang Tun kata hanya untuk menipu rakyat dan menyelamat UBN dari di tolak pada pru13..Rakyat yang cerdik dapat menilai lebih-lebih yang berada di negeri-negeri yang ditakbir PR,seperti Selangor bina jalan dengan spesifikasi sama dengan jalan dibina Kerajaan Pusat, tetapi kos Kerajaan Negeri jimat lebih 30 peratus”,“Setelah empat tahun kerajaan memberikan air percuma dengan peruntukan sebanyak RM 150 juta setahun, bermakna sudah RM 600 juta dibelanjakan untuk air percuma ini.Begitu juga Pulau Pinang yang memberikan macam-macam insentif kepada rakyat yang sebelum ini tidak dapat di nikmati di bawah pentakbiran UBN seperti insentif kepada warga emas,ibu tunggal,oku,anak emas,dll,begitu juga dengan negeri-negeri lain di bawah PR..Ekonomi lansung tidak terjejas malah menunjukan peningkatan yang amat ketara..jadi Tun tak payah nak tunjuk pandai ajaq dulu peminpin UBN mentakbir ekonomi supaya negara tidak bankrap hutang negara di bawah Kerajaan UBN sekarang sudah mencecah sebanyak RM456 billion, tidak termasuk RM96.9 billion “liabiliti luar jangkaan”. Sehingga kini, hutang kerajaan persekutuan telah mencecah 53.8 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding 53.1 peratus pada tahun 2010 dan 44.6 peratus pada tahun 2006.Ini fakta bukan Auta!!!!

Tun jangan menakut-nakutkan rakyat dengan auta hang negara akan bankrap..Dan jangan ingat hang sorang saja pandai,Lagi pun hang pernah kata dalam,kes PKFZ hang sendiri tak faham apa erti tunai dan menyamakan diri hang yang dah tua bangka dengan budak-budak..Zaman hang dah habis Tun lebih baik tutup mulut..kerana ramai lagi orang cerdik kalau nak di bandingkan dengan hang…Tun lagi hang becakap lagi orang benci..Kalau nak bagi kepada rakyat negara bankrap..bagi kepada anak,adik beradik kroni tak bankrap boleh pulak!!!!…Kali ini rakyat akan menghukum UBN…HANGPA PIKIAQ LA SENDIRI!!!!

Mampukah Pakatan pertahankan Pulau Pinang?

PRU13 Pakatan Rakyat Pulau Pinang akan kekal berpegang pada formula agihan kerusi pada 2008 di mana DAP bertanding 19 kerusi negeri, PKR (16) dan PAS (5) untuk berdepan Umno yang bakal bertanding 15 Umno, Gerakan (13), MCA (10) dan MIC dua kerusi.

NONEIa bagi mengelak sebarang kemungkinan konflik dalam gabungan  tersebut, sebagaimana yang berlaku dalam Pakatan
di Johor baru-baru ini di mana pemimpin DAP dan PKR bertelagah secara terbuka kerana berebut kerusi yang bertindih.

“Kami akan kekalkan status quo di Pulau Pinang,” kata . Pengarah  Pilihan raya DAP Pulau Pinang, Ng Wei Aik (kanan), sambil menambah bahawa keputusan itu adalah muktamad dan menolak sebarang kemungkinan berlaku konflik berkaitan dengannya.

Bagaimanapun, DAP tidak mengambil mudah pilihan raya umum kali ini, dengan Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berterusan mengingatkan semua pihak supaya bersiap sedia untuk berdepan dengan serangan lawan.

Kebimbangan Lim adalah munasabah, terutama dengan laporan penilaian dalaman BN yang menunjukkan ia sudah 90 peratus bersiap sedia untuk merebut kerusi yang majoriti pengundi Melayu.

Terdapat 40 kerusi Dewan Undangan Negeri di Pulau Pinang, di mana 29 dimenangi Pakatan. Sekiranya DAP dapat mengekalkan semua 19 kerusi yang dimenanginya sebelum ini, maka Pakatan memerlukan PKR dan PAS menyumbang dua lagi kerusi untuk kekal berkuasa di negeri itu.

Persoalan yang lebih besar ialah sama ada Pakatan akan dapat mengekalkan majoriti dua pertiga, iaitu sekurang-kurangnya 27 kerusi.

penang state seat 2008 breakdownDifahamkan, kajiselidik dalaman Pakatan juga menunjukkan bahawa ia mungkin mampu meraih hanya 25-30 peratus undi Melayu yang diharapkannya, meletakkan ia pada risiko kehilangan kerusi majoriti Melayu dan kerusi pengundi bercampur, yang kebanyakannya dipegang oleh PKR dan PAS.

“Ini adalah kerana (BN) sedang memainkan isu perkauman di Pulau  Pinang,” kata Lim. merujuk kepada dakwaan Umno bahawa kerajaan negeri dan DAP telah meminggirkan orang Melayu dan kedudukan Islam terancam oleh kewujudan mereka.

PKR Pulau Pinang gugur penyandang bukan Melayu?

BN melihat peluangnya untuk menawan semula Pulau Pinang melalui kawasan majoriti Melayu yag dikuasainya sejak Merdeka.

Bagi Pakatan, menurut spekulasi, PKR merancang untuk  menggugurkan atau memindahkan semua penyandang bukan Melayu di Pulau Pinang – sesuatu yang dilihat sebagai merugikan gabungan itu.

Kerusi terbabit ialah Tambun (dipegang oleh timbalan ketua PKR negeri dan exco kerajaan negeri, Law Choo Kiang), Bukit Tengah (Liew Chee Wen), Kebun Bunga (Jason Ong Khan Lee), Pantai Jerejak (Sim Tze Tzin), Batu Uban (S Raveentharan) dan Machang Bubuk (Tan Hock Leong).

NONELaw mungkin dipindahkan ke Bukit Tengah untuk menangani
“cabaran terbesar” dari BN, yang dilaporkan merancang untuk membariskan pengerusinya, Teng Chang Yeow (kiri) di situ, manakala ia Sim, seperti yang pernah diperkatakan sebelum ini, akan bertadning kerusi Parlimen Bayan Baru.

Dengan kerusi Pantai Jerejak ditawarkan kepada ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Mohd Rashid Hasnon, maka “kuota” bagi kerusi DUN bukan Melayu untuk PKR Pulau Pinang akan
berkurang dari lima kepada empat.

Selain isu-isu kurang prestasi dan peribadi yang dihadapi mereka yang akan digugurkan, bukan Melayu disasarkan selepas satu kumpulan menghadiri mesyuarat dalaman pada Mac tahun lepas, di mana minitnya mendedahkan pengerusi PKR negeri, Datuk Mansor Othman telah melabelkan Lim  sebagai “Tokong yang sombong, bongkak “- dibocorkan kepada blog dan kemudian dipaparkan di TV3.MK

Ter Hot!!!..Maklumat Dalaman Umno Mahathir Kata UBN Sudah Kalah?

Mahathir: Sudah takut.

Semalam seorang kawan dari Sarawak memberi tahu beberapa hari lepas Mahathir Mohamad telah bertemu dengan para setiausaha politik perdana menteri dan menteri di Putrajaya dalam rangka memberi taklimat dan ‘arahan-rahan’ khusus berhubung pilihan raya. Katanya hampir semua setiausaha-setiausaha politik hadir.

Menurut kawan itu yang mengakui maklumat itu diperolehi dari salah seorang setiausaha politik yang hadir, antara apa yang dijelaskan oleh Mahathir ialah mengenai kedudukan UBN hari ini yang dalam keadaan kritikal dan kalah.

Jelas Mahathir buat masa ini UBN kalah dengan kekurangan 20 kerusi untuk mendapat majoriti mudah 112 kerusi. Ini bererti kerusi yang dimenangi UBN kini hanya sekitar 80 atau 85 kerusi saja manakala Pakatan Rakyat meraih sekitar 130 hingga 135 kerusi.

Angka itu meletakkan UBN kehilangan sebanyak 60 kerusi termasuk di Sabah dan Sarawak.

Pertemuan itu katanya amat-amat sulit sekali.

Kawan itu tidak menyebut pula dari mana Mahathir mendapat angka ini atau pun apakah perkiraannya, tetapi khabarnya ia memeranjat mereka yang hadir. Mahathir sendiri serius dengan angka itu lalu lantas membuat beberapa arahan untuk dibuat tindakan segera.

Menariknya di sini inilah pertama kali Mahathir membuat pengakuan mengenai kedudukan sebenar UBN merosot begitu teruk sekali. Apakah pula tujuan pendedahan maklumat yang boleh melemahkan UBN itu tidak diketahui. Yang pastinya menurut kawan itu seperti mana diberi tahu kawannya, Mahathir kecewa degan perangkaan itu dan membayangkan sesuatu yang tidak mahu disaksikan berlaku dalam pilihan ke -13 itu.

Pendedahan Mahathir ini seakan menyamai dengan apa yang disebut oleh bekas Penglima Tentera Darat, Abdul Gafir Abdul Hamid pada majlis perlancaran manifesto Pakatan Rakyat di Shah Alam semalam. Ghafir memjelaskan sambil meminta rakyat tidak perlu bimbang dengan peralihan kuasa yang berlaku selepas pilihan raya nanti.

Katanya peralihan kuasa akan berjalan dengan selamat dan aman kerana beliau percaya Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sangat profesional dan taat kepada raja dan perlembagaan. Penjelasan dan pengakuan Ghafir sebagai bekas anggota tertinggi tentera itu seolah-olah beliau sudah dapat merasai apa yang berlaku nanti.

Mungkin perasaan samalah yang dialami Mahathir sehinggakan beliau berkongsi kesedihan dan bimbang dengan para setiausaha menteri. Namun dalam pada itu boleh jadi tujuan Mahathir berbuat begitu bagi mencabar setiusaha politik itu berkerja lebih kuat lagi bagi memastikan kemenangan UBN lebih besar. [wm.kl.6:44 am 26/02/13]

HANGPA PIKIAQ LA SENDIRI!!!