Terbaik!!! Muslimat Penggerak Gelombang Hijau…

Kira-kira 1,000 biji epal hijau diedarkan hari ini di sekitar Bukit Bintang oleh sebuah badan di bawah Dewan Muslimat PAS bagi memberi kesedaran kepada wanita muda agar keluar mengundi pada pilihan raya umum akan datang.

pas green apple wave 2Pengerusi Ameerah Malaysia, Fareedah Samad berkata, program yang diberi nama Gelombang Epal Hijau itu juga bertujuan untuk memberitahu masyarakat tentang lapan tawaran yang dibawa oleh Ameerah Malaysia.

Menurut Fareedah, program anjuran badan yang berada di bawah lajnah politik muslimat muda, dewan muslimat PAS itu juga dihadiri kira-kira seratus sukarelawan Ameerah Malaysia yang ditugaskan memberi epal kepada orang ramai sekitar Bukit Bintang.

Selain itu, Fareedah berkata, pihaknya juga merancang untuk membuat “flash mob” di hadapan pusat membeli-belah Pavillion.

pas green apple waveBagaimanapun, mereka telah dihalang oleh dua anggota polis bantuan pusat membeli-belah itu serta diminta bersurai segera.

Berikutan itu, Fareedah berkata, pihaknya hanya berkumpul selama 10 minit dan turut mendeklamasikan sajak sebelum bersurai.

“Program Gelombang Epal Hijau ini memberi lapan tawaran kepada wanita muda.

“Walaupun terdapat sedikit gangguan daripada pihak polis bantuan, tetapi kita ada buat deklamasi sajak bagi menghargai wanita muda supaya lebih ramai akan terlibat dan keluar mengundi pada pilihan raya umum akan datang.

“Kita memberi epal hijau kerana , epal hijau ini sinonim dengan wanita muda kerana epal hijau ini memberi kesihatan serta warnanya dekat dengan wanita muda,” kata Fareedah dalam sidang media di ibu negara hari ini.MK

Advertisements

1 Komen

  1. When I originally commented I seem to have
    clicked the -Notify me when new comments are added- checkbox and from
    now on whenever a comment is added I receive four
    emails with the same comment. Is there an easy method you can remove me from that
    service? Many thanks!


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s