Bala Bersumpah SD1 yang benar…..Najib Amacam Bala Sudah Mari!!!!

Penyiasat persendirian P Balasubramaniam bersumpah bahawa pengakuan berkanun pertamanya bertarikh Julai 2008 yang mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu adalah pengakuan sebenar.
Balasubramaniam yang mengalirkan air mata ketika tiba di KLIA petang ini menyatakan sumpah tersebut sambil memegang satu kitab Hindu Bhagavad Gita dan menegaskan bahawa pengakuan berkanun yang dibuat untuk membatalkan pengakuan pertama adalah tidak benar.

“Saya mengaku dengan kitab suci ini bahawa SD pertama adalah benar dan tiada yang benar melainkan yang benar. Saya meminta maaf kepada anda semua bahawa SD kedua adalah tidak benar,” katanya.

SD pertamanya mengandungi butiran mengenai interaksinya dengan beberapa personaliti menjelang hari kematian Altantuya.

Antaranya, beliau mendakwa Najib mempunyai hubungan rapat dengan Altantuya.

Sehari selepas itu, beliau bagaimanapun menarik balik SD tersebut dan mendakwa beliau membuat pengakuan berkanun pertama itu dalam keadaan dures.

Beliau kemudiannya meninggalkan Malaysia dan mendakwa pengakuan pertama adalah pengakuan sebenar dan SD kedua pula dibuat dalam keadaan dures.

Balasubramaniam kini kembali ke Malaysia untuk berkempen untuk Pakatan Rakyat.

Katanya, beliau akan mendedahkan lebih banyak maklumat mengenai pembunuhan Altantuya sedikit masa lagi.

Balasubramaniam ketika ditanya berkata beliau tidak akan cuba mendapatkan kerjasama Deepak Jaikishan, ahli perniagaan yang terlibat dalam menyediakan SD kedua.

Beliau sedia untuk bekerjasama sekiranya Deepak datang mencarinya, namun beliau tidak akan mencari Deepak, katanya.MK

Advertisements

1 Komen

  1. Great post. I will be facing a few of these issues as well..


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s