Edisi Terdesak UBN!!!.Peralat warga Thailand berlakon sertai Umno..Apa Punya Teruk Dah Tak Ada Modal…

RANTAU PANJANG: Tanpa mengira seseorang itu berasal dari mana, Umno di sini terpaksa memperalatkan pihak berkenaan bagi menjayakan program penyokong PAS menyertai Umno baru-baru ini.

 

Itulah yang berlaku kepada beberapa penama yang didakwa kononnya bekas penyokong PAS, menyerah borang menyertai Umno kepada ketua bahagian Umno Rantau Panjang, Datuk Abdullah Mat Yasin.

 

Noraini Dollah kini menetap di Kampung Tasik Bakong yang disebut menyertai Umno sebenarnya berasal dari Thailand dan tidak berdaftar sebagai pengundi.

Begitu juga Rahmah Che Noh kini tinggal di Kampung Tok Pelandok juga berasal dari Thailand.

Penghulu Mukim Padang Licin, Tasik Bakong, Wan Mohd Zain Wan Jaafar berkata, kedua-dua wanita berkenaan yang disebut media dan televisyen kononnya bekas ahli PAS adalah tidak benar.

 

Katanya, mereka tidak berdaftar sebagai pengundi kerana berasal dari negara jiran.

 

“Dakwaan Noraini kononnya dia keluar PAS kerana kesal dengan kenyataan Tok Guru Nik Abdul Aziz mengenai pemberian BR1M tidak betul sama sekali.

”Percakapannya seperti disiarkan televisen malam 22 Februari diajar seseorang yang berada di sebelahnya. Semua orang kampung tahu lakonan itu dibuat tergesa-gesa bagi menutup kemelut dalaman Umno Rantau Panjang sekarang,” katanya di sini.

 

Baru-baru ini media tajaan Umno melaporkan seramai 78 ahli dan penyokong PAS menyertai Umno selepas kecewa dengan kenyataan Mursyidul Am PAS berkaitan BR1M.

 

Wan Mohd Zain berkata, warga dari negara jiran itu diperalatkan oleh Umno semata-mata bagi menghodohkan Menteri Besar dan kerajaan PAS Kelantan.

Menurutnya seorang lagi yang didakwa ahli PAS iaitu Zulkepli Mohd Don berasal dari keluarga Umno di kawasan Felda di Johor.

 

Kata beliau Zulkepli tidak pernah berdaftar sebagai ahli PAS dan tidak terbabit dengan sebarang aktiviti PAS di sini.“Dia berasal dari keluarga Umno di Johor baru berhijrah ke sini,” ujarnya.HD

Advertisements

2 Komen

  1. This allows adequate handicapping when those players play each other.
    61-62)He also points out that, “In every country of Europe, and the same in America, there is at present something which makes an abuse of this name (free spirit): A very narrow, prepossessed, enchained class of spirits, who desire almost the opposite of what our intentions and instincts prompt–not to mention that in respect to the new philosophers who are appearing, they must still more be closed windows and bolted doors. Also, there is no paper work or faxing involved online.

  2. toilet learning
    Edisi Terdesak UBN!!!.Peralat warga Thailand berlakon sertai Umno..Apa Punya Teruk Dah Tak Ada Modal… | Cafe74′s Blog


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s