OH Patut La…Hangpa Kenai Ka Papa Gomo Dengan Sapa NI?

HANGPA PIKIAQ LA SENDIRI!!!

Advertisements

Rafizi Sekolahkan Umno BN..Jom Baca!

Aliran Tunai Selepas Cukai Eksais Dihapuskan Dalam Tempoh 5 Tahun

Ada segelintir yang terkeliru dengan kos untuk menurunkan harga kereta melalui penghapusan cukai eksais secara berperingkat. Kebanyakan mereka ini terpengaruh dengan beberap angka yang ditimbulkan oleh Umno, terutamanya setelah PR membentangkan bagaimana dasar ini akan dibiayai dan kesannya kepada rakyat.

Sebelum saya ulas lanjut, untuk memastikan pembaca benar-benar faham hubungkait di antara cukai eksais, cukai import, cukai jualan dan AP dengan harga kereta, wajarlah membaca panduan yang telah saya sediakan untuk menjawab kenyataan Dato’ Mukhriz Mahathir suatu ketika dahulu:

Panduan Harga Kereta Untuk Dato’ Mukhriz

Apabila pembaca menghadam panduan itu, barulah boleh memahami bahawa AP tidak mempengaruhi kereta terbanyak yang 90% tidak dikenakan AP kerana dipasang di Malaysia. AP ini adalah cukai untuk kereta mewah yang dibawa masuk ke Malaysia.

Sistem AP diteruskan oleh Barisan Nasional untuk memberi keuntungan kepada kroni tertentu walaupun bertentangan dengan peraturan perdagangan bebas yang ditandatangani dengan WTO dan AFTA. Sebab itu, AP hanya boleh dilaksanakan sehingga 2015 seperti yang dipersetujui oleh Barisan Nasional sendiri.

Bertitik tolak dari sinilah, maka kesempatan ini digunakan untuk memaksimakan pendapatan negara dalam tempoh tiga tahun, agar peruntukan tahunan untuk mengimbangi kekurangan hasil apabila cukai eksais dipotong adalah rendah.

Saya telah membentangkan kos program-program PR ini sejak setahun yang lepas dan menulis di pelbagai penerbitan. Contohnya, saya pernah membidas YB Khairy Jamaluddin dalam satu penulisan yang disiarkan oleh akhbar ekonomi The Edge lewat 2012 seperti berikut (petikan di bahagian yang membabitkan potongan cukai eksais):

I had also recently presented a cashflow breakdown of PR’s scheme to phase out hefty excise duty on cars in order to reduce car prices. If such a policy is carried out on a straight-line basis over 5 years and coupled with the extra revenue from the auction of APs, I anticipate the following cashflow:

 

2013

2014

2015

2016

2017

Loss of revenue from reduced excise duties on cars

(1.4)

(2.8)

(4.2)

(5.6)

(7.0)

Additional revenue from auctioned APs

2.0

2.0

2.0

Additional tax revenue from spurred domestic consumption

0.28

0.56

0.84

1.12

1.40

Average allocation reserved to cover for shortfall in 2016 onwards

2.0

2.0

1.0

1.0

1.0

Cashflow excess/shortfall c/f

2.88

5.20

5.68

3.32

0.12

A phased reduction in excise duty will gradually pump in extra cash into the economy in the form of higher public spending that translates to higher direct tax revenues for the government. The federal government only needs to set aside RM2 billion in 2013-2014 to fund the scheme. By 2017, PR’s economic policies to cut wastages and liberate the economy from the shackles of rent seeking and cronyism are expected to bear fruit with the economy growing at its potential of 6% annually. This will bring enough additional tax revenue to make up for the loss of RM7 billion annually from the phased out excise duties on cars.

 

Oleh yang demikian, rancangan PR adalah:

1) memotong cukai secara berperingkat 20% setiap tahun

2) menambah pendapatan antara tahun 2013-2015 dengan lelongan AP

3) memperuntukkan RM2 bilion antara tahun 2013-2014 dan RM1 bilion antara 2015-2017 agar aliran tunainya berimbang menjelang 2017, kerana menjelang 2017 ekonomi yang dijana akan berjaya mengatasi jumlah RM7 bilion cukai eksais yang dihapuskansumber

Demo Protes Zul Noordin Hina Hindu,UBN Dah Tak Releven Untuk Menjadi Tempat Bergantung Semua Kaum!!!

ImageBerberapa NGO india hari ini telah mengadakan demo protes terhadap Zulkifli Noordin berkenaan tersebarnya video menghina hindu,Dan mereka juga mendesak supaya pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap naib Presiden Pekasa itu.

Aku rasa Zul yang di gelar peguam separuh masak  ni dah kecut t***q sejak tersebarnya video beliau menghina hindu berberapa wartawan cuba menghubungi beliau tetapi gagal,Sehingga kehari ini Zul belum lagi membuat penjelasan..

Zul Noordin Perkasa akan lagi menambah derita Umno BN menjelang pru13,Kaum india yang berada di dalam kompenen UBN pasti akan marah dengan penghinaan terhadap agama mereka oleh Zul Noordin yang juga naib Presiden Perkasa NGO yang pro Umno ini,Selagi Najib berdiam diri tidak mengarahkan Polis bertidak terhadap Zul lagi parah kerana kemunkinan demo ini akan berlanjutan dan juga akan menjadi lebih besar.

MIC.PPP nampaknya menjadi bisu dan tidak mampu bersuara bagi pihak india di Malaysia,Perkasa pula sering memainkan isu-isu panas seperti rasis dan keugamaan sering menghangatkan keadaan.Umno BN seperti mempersetujui segala tindakan NGO Perkasa ini sehinggakan pihak polis juga tidak berani menyentuh mereka..Apakah perkasa juga memakai tangkal kebal Umno..

Umno BN yang di pimpin oleh Najib sepatutnya mengambil satu tindakan tegas mengharamkan NGO seperti Perkasa yang mencetuskan kebencian antara kaum di Malaysia..Bukannya menyokong dan berdiam diri tanpa menegur tindakan mereka yang selama ini tidak di senangi oleh masyarakat malaysia.Atau Umno BN menunggu terjadinya rusuhan kaum baru nak kawal,dah terhantuk baru nak berfikir dah terlambat..Kerana mencegah lebih baik dar berubat.

Umno BN dah semakin celaru dengan berbagai slogan yang mereka sendiri tidak memahami..1Malaysia yang di salak saban hari sehingga kehari ini hanya menjadi retorik Najib pelaksanaan hampeh!Apa ertinya 1Malaysia kalau Zul Noordin masih bebas tak di ambil tindakan kerana menghina hindu..Kalau Najib Umno BN faham dengan slogan yang mereka sendiri cipta tak munkin timbul pekara seperti menghina agama dan kaum lain di Malaysia..

NAMPAK SANGAT NAJIB UBN HANYA PANDAI MENCIPTA SLOGAN.tETAPI BUKAN UNTUK DI LAKSANAKAN..

KEPADA KAUM CINA DALAM MCA,GERAKAN,KAUM INDIA MIC,PPP APA LAGI YANG HANGPA HARAP DENGAN SLOGAN SATU MALAYSIA BN..TINGGALKAN BN JOM BERI SOKONGAN KEPADA PAKATAN RAKAT,MEMBAWA INPIRASI RAKYAT YANG BERBILANG KAUM DI MALAYSIA.

HANGPA PIKIAQ LA SENDIRI!!!

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop Tak Di Terima Di Parlimen Tasek Gelugor,

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yakin Barisan Nasional (BN) mampu menguasai semula beberapa negeri termasuk Pulau Pinang yang dimenangi pembangkang pada pilihan raya umum ke-13 ini.

Katanya, keyakinan itu berdasarkan tindak balas positif rakyat terhadap kesemua program transformasi negara selain mereka mula menyedari kesungguhan kerajaan meningkatkan taraf hidup rakyat.     

“Kita harap pengundi di Pulau Pinang sudah tahu tentang keikhlasan kerajaan pusat. Kita masih meneruskan pelbagai projek pembangunan di negeri ini sungguhpun diperintah pembangkang.

“Kita tidak anaktirikan negeri ini. Kita yakin sebahagian dari penduduk Pulau Pinang mula sedar tentang kelebihan kita mempunyai kerajaan yang sama di peringkat pusat dan negeri…sebab penyelarasan semakin berkesan, lebih mudah melaksanakan dasar-dasar yang baik,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Jom Karnival Belia 2013 di Georgetown hari ini.

Beliau mengulas kenyataan pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh yang mengulangi keyakinannya bahawa pembangkang dapat menawan antara tujuh dan lapan negeri termasuk Negeri Sembilan, Perlis dan Johor pada pilihan raya umum kali ini.

Mengulas kenyataan itu, Nor Mohamed berkata: “Kita tak boleh halang orang yang ada cita-cita. Tapi dari segi politik yang realistik saya yakin kita (BN) dapat menang, bukan saja Putrajaya malah dapat balik negeri-negeri yang kita kalah pada 2008.”

Sementara itu, mengulas mengenai sepanduk yang tidak mahu beliau bertanding di Parlimen Tasek Gelugor, Nor Mohamed yang juga Anggota Parlimen Tasek Gelugor berkata perkara itu tidak memberi kesan kepadanya dan ia tidak seharusnya menjadi isu.    

“Mereka ni nak keluarkan sepanduk tak apa la. Kita tak rasa apa-apa. Kita pun tahu mereka dan mereka juga tahu yang kita tahu. Tak jadi isu langsung, pihak yang buat tu pun tak ada pengaruh…(perkara itu) cuma ‘mosquito bite’ (seperti gigitan nyamuk) saja la,” katanya.

Beliau berkata tindakan itu jelas menunjukkan satu amalan yang tidak sihat dan ia juga menggambarkan sikap tidak hormat kepada Perdana Menteri.

Ditanya sama ada beliau akan bertanding di Parlimen Tasek Gelugor, Nor Mohamed berkata: “Bagi saya siapa yang akan bertanding itu akan ditetapkan oleh perdana menteri. Mungkin bukan saya, mungkin orang lain. Saya terima keputusan perdana menteri dan jika beliau pilih siapa pun saya akan sokong 100 peratus.”

Bernama

PANAS! Pengganas Sulu Mengaku Islam,Tetapi Tak Tau Mengucap!!!

SEMPORNA – Rata-rata pengganas Sulu yang ditahan oleh pasukan keselamatan sepanjang 25 hari Ops Daulat didapati tidak tahu mengucap dua kalimah syahadah walaupun mereka mengakui beragama Islam.

Menurut sumber, perkara tersebut terbongkar apabila anggota keselamatan melakukan soal siasat terhadap pengganas-pengganas terbabit yang ditahan di daerah ini dan Lahad Datu sepanjang operasi itu.

“Soal siasat yang dijalankan mendapati rata-rata pengganas tersebut mengaku diri mereka beragama Islam.

“Bagaimanapun, apa yang mengejutkan, ada dalam kalangan mereka yang tidak tahu mengucap dua kalimah syahadah.

“Tindakan itu membayangkan seolah-olah mereka yang terlibat ini tidak mempunyai asas dalam ilmu agama Islam,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Selain itu, anggota kumpulan pengganas tersebut yang ditahan dan terbunuh juga didapati memakai tangkal pada anggota badan mereka yang dipercayai boleh menjadikan mereka kebal ketika berdepan dengan pihak keselamatan.

Sebahagian besar pengganas Sulu yang maut dan diberkas pihak berkuasa didapati memakai pelbagai tangkal yang tertulis ayat khurafat di leher, lengan, tangan dan pinggang masing-masing yang dikatakan boleh menjadikan mereka kebal.

MAYAT pengganas Sulu yang di kumpulkan di Hospital Lahad Datu baru-baru ini.

 

Mengulas lanjut, sumber itu memberitahu, berdasarkan soal siasat, anggota pengganas yang ditahan itu mendakwa mereka sanggup berperang dengan pasukan keselamatan Malaysia kerana ia dianggap jihad kepada ketua kumpulan pengganas Sulu, Jamalul Kiram III.

Sumber itu menjelaskan, seorang tahanan pengganas yang berusia 25 tahun bertindak membunuh diri di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau pada 15 Mac lalu didakwa bertindak demikian atas alasan sama iaitu jihad.

“Kita telah menahan bapa si mati di balai yang sama dan dia tidak sedih dengan tindakan anaknya itu malah berbangga dan kematian anaknya itu selain membuatkan dia lebih kuat,” katanya.

Difahamkan, bapa si mati merupakan seorang berpangkat panglima dalam kumpulan pengganas tersebut dan ditugaskan melakukan keganasan di daerah ini bersama anaknya.

Punca kematian suspek yang ditahan di bawah Seksyen 130(c) Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama dengan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) tidak didedahkan.

Untuk rekod, setakat semalam, seramai 68 anggota pengganas Sulu terbunuh dalam Ops Daulat yang dilancarkan awal bulan ini manakala jumlah yang ditahan di bawah SOSMA ialah seramai 103 orang.

sumber

Gempar! Lepas 48 jam, NGO India mahu ‘langgar’ Zul Noordin

Selepas didedahkan PKR semalam, sekumpulan aktivis NGO India terus membuat laporan polis terhadap anggota parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin atas dakwaan menghina agama Hindu.

Setiausaha Agung Persatuan Progresif India Malaysia (Mipas) S Baradidathan membuat laporan itu di Petaling Jaya tengah hari semalam.

NONEBaradidathan menyifatkan, kenyataan Zulkifli, yang rakaman videonya boleh ditonton di Youtube sebagai penghinaan amat besar dan hasutan yang boleh menjejaskan ketenteraman awam.

“Kami memohon supaya siasatan dan tindakan terhadap yagn berhormat ahli parlimen bebas Kulim-Bandar Baharu dimulakan dengan segera,” laporan polis yang salinannya dihantar kepada pihak media itu dipetik.

Sementara itu, Mipas juga memberikan 48 jam, bermula semalam kepada Zulkifli untuk memohon maaf secara terbuka kepada masyarakat Hindu atau bakal berdepan bantahan besar-besaran di seluruh negara.

Naib Presiden PKR N Surendran semalam mendesak Zulkifli yang juga naib presiden kumpulan pendesak Melayu PERKASA disiasat bawah Kanun Keseksaan ekoran kenyataannya itu.

Dalam video itu Zulkifli kelihatan seperti menyampaikan ceramah agama di surau dan menceritakan perbualannya dengan seorang penjual berhala Hindu berhampiran di Kuala Lumpur yang kedainya baru dilanda banjir.

Perbualan itu antaranya memuatkan persoalan sekitar kenapa tuhan di kedai itu tidak menahan air daripada memasuki kedainya itu.

Malaysiakini semalam cuba menghubungi Zulkifli bagi mendapat komennya tetapi tidak berjaya.

NONESementara itu, Pasukan Bertindak India Nasional (NIAT) yang dipengerusikan oleh Datuk Thasleem Mohd Ibrahim (kiri) juga membuat laporan polis di IPD Dang Wangi berhubung perkara itu semalam.

“Sebagai seorang Islam, saya malu dengan kenyataan Zulkifli kerana Islam melarang seseorang dariapda menghina agama dan bangsa lain,” katanya.

Sementara itu, Presiden Hindu Sangam RS Mohan Shan pula berkata, video yang dipercayainya diucapkan pada 2011 itu mendapat kecaman menyeluruh pelbagai pihak, justeru Zulkifli patut dikenakan tindakan.

“Kenyataan yang nakal dan merosakkan itu telah mencetuskan perasaan tidak puas hati masyarakat Hindu dan jika tidak dibendung akan merosakkan hubungan damai pelbagai kaum dan agama di negara itu,” kata Mohan semalam.

Sementara itu, kumpulan persaudaraan untuk hak asasi manusia AsSajjad Movement dalam kenyataannya menyifatkan Zulkifli sebagai melampaui batas sivil dan “terang-terangan mempersendakan agama Hindu”.
“AsSajjad Movement berharap seseorang Muslim yang komited untuk menjadi insan bertakwa dapat menghormati hak-hak kaum minoriti.

“Sesungguhnya dalam era akhir zaman ini, tidak ada satu peradaban dapat berdiri sendiri tanpa berdialog dengan peradaban lainnya,” kata kumpulan itu dalam kenyataannya hari ini.MK

Kak Jat Kain Penuh Berlumuq Taik Lembu,Dah Tak Laku Pru13 tak di Calonkan

Ketibaan Datuk Seri Shahrizat Jalil ke Majlis YKN Bersama Warga Perumahan PDRM Desa Tasik Sempena Sambutan Hari Polis ke-206 “Komuniti Sejahtera Komitmen Kami”. — Gambar oleh Choo Choo MaySUNGAI BESI, 30 Mac — Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengesahkan dirinya tidak bertanding pada Pilihan Raya 2013, tetapi mengulangi pendirian menyokong Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin untuk merampas kerusi Parlimen Lembah Pantai.

Shahrizat yang ditemui wartawan juga mengkritik MP Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar sebagai tidak menunaikan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat dikawasan tersebut dan banyak janji semasa mereka berkempen yang tidak ditepati.

“Tidak, tidak saya tidak bertanding,” apabila ditanya wartawan sama ada beliau akan bertanding atau tidak semasa ditemui dalam majlis bersama warga perumahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Sungai Besi disini hari ini.

“Macam di Lembah Pantai, tanyalah kepada pengundi-pengundi prestasi ahli parlimen yang ada pada hari ini. Hanya gah sahaja pada masa berkempen… tapi lepas tu habis,” kata Shahrizat.Seterusnya

ADMIN:

Sharizat bercakap macam dia baik sangat..Kah.kah.kah,Nak kritik Nurul Izah aku sarankan Sharizat tengok kain sendiri sudah lah..tak payah sibuk-sibuk jaga tepi kain orang pi jaga lembu NFC lagi bagus kerana Sharizat pun dah tak laku…Pru13 pun tak di calonkan bukan apa Najib dan Umno takut mengambil resiko letak saja tokeh lembu ni pasti kalah kerana Najib maukan calon menang bukan yang boleh menjahanamkan Umno BN macam Sharizat..Woi! sendiri mau ingat orang Umno sendiri pun dah tak percaya kat hang jadi tak payah la nak kritik orang yang lebih bersih dari kak Jat ye…Kak Jat dari sekarang apa yang perlu hang pikiaq bukan politik kerana hang pun dah tak laku tapi ada baiknya bagaimana cara hang nak bayaq balik duit lembu NFC kan lebih baik,Sebab selepas ni Umno BN dah jadi sejarah..Stanby ya kak Jat..kah.kah.kah

HANG PIKIAQ LA SENDIRI!!!