Penyokong Sulu ubah Wikipedia Sabah

KUALA LUMPUR, 4 Mac ― Penyokong militan Filipina memanipulasi enjin carian Google untuk mendapatkan sokongan untuk tuntutan Kesultanan Sulu ke atas negeri Sabah, menurut laporan Agence-France Presse (AFP).

Agensi berita Perancis itu melaporkan sesiapa yang mencari perkataan “Sabah” melalui Google akan terlihat keputusan petikan daripada Wikipedia bertulis “Sabah ialah negeri haram yang sebahagian dari 13 negeri di Malaysia, dan dikatakan negeri paling timur tetapi sebenarnya sebahagian dari Kesultanan Sulu. Ia terletak di bahagian utara pulau Borneo.”

Bagaimanapun di dalam laman Wikipedia tertulis: “Sabah ialah salah sebuah dari 13 buah negeri di Malaysia.”

Dalam situasi peperangan siber terbaru sejajar dengan pertempuran antara penyokong “tentera diraja” Kesultanan Sulu dan pasukan keselamatan di Sabah. Dalam beberapa hari ini, penggodam dari Malaysia dan Filipina saling menggodam laman web di kedua buah negara, termasuk dari jabatan kerajaan.

Sebahagian dari 180 pengikut Sultan Sulu, termasuk 30 orang bersenjata, mendarat di pantai Lahad Datu dan mendakwa ini kawasan mereka.

Puak bersenjata Sulu ini berulang kali berkata mereka tidak akan undur dan akan mati di Sabah, walaupun Presiden Filipina Benigno Aquino III menyeru mereka untuk pulang secara aman.

Agensi berita Reuters melaporkan Malaysia membayar sejumlah wang kepada kesultanan tersebut sebagai “sewa” di Sabah, yang dilakukan sejak zaman penjajahan British.

Sementara itu, jurucakap Google Malaysia berkata mereka menyedari perkara ini.

“Keputusan panel maklumat ini datang dari graf maklumat kami, iaitu indeks dari beratus juta entiti maklumat termasuk dari sumber terbuka seperti Wikipedia. Apabila pengguna mencari maklumat, algoritma kami mendapatkan maklumat dari graf maklumat dan mengeluarkannya ke panel.

“Kita mahu memastikan maklumat yang diberikan setepat mungkin, jadi kami sediakan ‘link’ supaya anda boleh memberitahu kami maklumat yang tidak tepat,” katanya lagi.MI

Advertisements

1 Komen

  1. I believe this is among the so much significant
    info for me. And i’m glad studying your article.
    However want to commentary on few basic issues, The site style is
    wonderful, the articles is really excellent : D. Good job, cheers


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s