Nur Misuari: Amaran Situasi Huru Hara Jika Sultan Sulu Sultan Jamalul Kiram III Ditangkap…

Misuari juga mendakwa telah memberikan amaran kepada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak bahawa penentangan kumpulan penceroboh Sulu di Sabah ‘dianggap sebagai sebuah peperangan’. – Gambar ReutersKUALA LUMPUR, 6 Mac—Presiden Benigno Aquino III tidak akan dimaafkan kerana bersikap lepas tangan semasa Malaysia  mengebom bertali-arus rakyat Filipina di Sabah, kata ketua pemimpin pemberontak Nur Misuari yang juga memberi amaran situasi  huru hara jika Sulu Sultan Jamalul Kiram III ditangkap dan pengikutnya diberkas.

Misuari merupakan ketua Barisan Pembebasan Nasional Moro (MNLF), sebuah gerakan politik Islam yang bertukar menjadi  pemberontak pada 1969 berkata Aquino perlu lebih tegas dan menghentikan serangan Malaysia keatas pengikut Jamalul, bukannya  menyebelahi negara jiran mereka tersebut.

“Apa yang beliau lakukan sangata buruk,” kata pemimpin tersebut yang dipetik dalam The Philippine Daily Inquirer.

“Beliau bukan seorang mengetuai negara ini apabila menyebelahi musuh kepada orangnya sendiri.”

“Atas alasan apa beliau (Aquino) bekerjasama seiring dengan Malaysia, sebuah kuasa penjajah yang menduduki tanah orang kita?  Saya menentangnya, sangat menentangnya dengan seluruh jiwa saya. Saya harap Presiden mendapat nasihat dengan baik. Saya  harap beliau akan sedar. Jika tidak kami tidak akan memaafkannya,” kata beliau semasa sidang media semalam di kediaman Jamalul  di bandar Taguig, Filipina.

“Dan terdapat cubaan untuk menangkap Sultan, saya difahamkan. Biarkan mereka buat, negara ini akan dalam huru-hara jika  mereka meneruskannya. Saya janji kepada anda.”

Misuari juga mendakwa telah memberikan amaran kepada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak bahawa penentangan  kumpulan penceroboh Sulu di Sabah “dianggap sebagai sebuah peperangan”.

Beliau menambah kesediaannya utuk menyuruh cucu lelakinya yang tinggal di Malaysia dan sesiapa sahaja yang dikatakan saudara  Najib untuk bercakap dengan perdana menteri tentang sebarang kemungkinan jalan perdamaian untuk menghentikan ketegangan.

Pegawai kerajaan Filipina berulangkali mengulangi kritikan yang keras keatas pentadbiran Aquino kerana kegagalannya untuk  melindungi  nyawa rakyatnya sendiri, yang mana kebanyakkan rakyat Filipina percaya tuntutan mereka keatas tanah di Sabah adalah  munasabah.

Laporan The Inquirer juga berkata Misuari bersetuju dengan Kesultanan Sulu yang mendakwa Sabah “adalah tanahair kami”, tetapi  menafikan beliau mencetus pencerobohan mereka di Sabah ataupun pengikutnya dalam MNLF menyertai pertempuran di Lahad Datu  dimana kebanyakkan mereka dilapor mendapat latihan ketenteraan di Malaysia.

Menurut beberapa laporan di media Filipina, Misuari menyifatkan ia sebagai “gila” dengan membuat kesimpulan beliau  bertanggungjawab dalam insiden pencerobohan tersebut.

“Untuk sesiapa membuat spekulasi bahawa saya terlibat dengan pencerobohan (Sabah) adalah sesuatu yang gila,” kata beliau yang  dipetik dalam laman mikro Twitter milik saluran media Filipina, ABS-CBN.

“Misuari juga menafikan membiayai kumpulan Kiram di Sabah.

“Ia bukan cara saya untuk melakukan sesuatu perkara,” lapor saluran tersebut yang menggunakan penggendali @ANCALERTS.

Menteri Pertahanan Malaysia Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga menyokong kenyataan Misuari tersebut semasa sidang media  semalam apabila mendakwa tiada bukti mengatakan pejuang MNLF yang dilatih Malaysia menyertai kumpulan penceroboh Muslim  yang membuat tuntutan di Sabah.

“Kita hanya fokus kepada pengganas yang datang dari Sulu. Saya harap rakan-rakan kita berketurunan Sulu di Sabah dan seluruh  negara tetap bersama-sama dengan kerajaan.

“Kita harus membezakan antara pengganas Sulu dengan orang Sulu yang berada di Sabah, sama ada mereka merupakan rakyat  Malaysia berketurunan Sulu atau mereka yang mendapat taraf penduduk tetap di Sabah,” katanya.

Manila Bulletin semalam melaporkan Hadji Acmad Bayam, bekas ketua propaganda kumpulan pemisah itu, mengatakan MNLF  mempunyai senjata tersembunyi di dalam Sabah yang disembunyikan selepas latihan dan yakin pihak berkuasa Malaysia tidak akan  menjumpai senjata berkenaan.

Senjata termasuklah G1 dan FAL yang diperbuat oleh Belgium dimana bekas presiden Libya Muammar Gadafi memberikan melalui  Malaysia, kata Acmad kepada akhbar tersebut.

Acmad dilaporkan tinggal di Sabah selama satu dekad dari 1976 hingga 1986 sebelum menyerah kepada bekas presiden Filipina pada  ketika itu, Fidel V Ramos.

Bekas pemimpin militan itu memberitahu akhbar ramai komander  pemberontak lama dan ahli mereka telah memilih untuk menetap  di Sabah.

Kebanyakan mereka adalah dari Sulu, Tawi-Tawi dan semenanjung Zamboanga di selatan Filipina, katanya, sambil menambah  orang-orang MNLF termasuk dari Maguindanao, Irano dan Maranao.

Acmad memberitahu, salah seorang komander kanan yang dilatih Malaysia menghubunginya beberapa hari lalu, memberitahu beliau  sedang menyenaraikan pahlawan Tausug dan lain-lain untuk menyokong pengikut Agbimuddin Kiram dan keturunan kesultanan Sulu  yang mendakwa memiliki Sabah.

“Saya cuba menghubunginya semalam melalui telefon tetapi tidak dapat lagi.

“Saya fikir beliau gagal untuk menembusi sempadan laut Malaysia dan Filipina,” Acmad dilaporkan berkata.

Kumpulan penceroboh bersenjata tersebut telah mendarat di Lahad Datu pada 9 Februari dan menuntut hak mereka keatas  sebahagian kepulauan Borneo tersebut.

Sehingga semalam, masuk 22 hari sejak penceroboh tersebut mendarat, seramai 8 polis Malaysia dan 20 militan dilaporkan  terkorban dalam insiden yang berlaku di tiga daerah di Sabah.MI

Advertisements

Tinggalkan komen

Tiada komen.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s