Seorang Pemberontak Dibunuh Hari Ini,Mayat Belum Di Temui….

Hanya seorang pemberontak bersenjata Sulu ditembak mati awal pagi ini dalam kejadian berbalas tembakan diantara pasukan keselamatan dengan 200 orang pengikut kesultanan Sulu. – Gambar Reuters

LAHAD DATU, 6 Mac – Disebalik serangan udara dan menghantar lima batalion ke dalam kampung semalam, pihak berkuasa Malaysia mengatakan hari ini mereka masih lagi belum menemui mayat Militan Filipina.

Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Ismail Omar mengatakan hari ini hanya seorang pemberontak bersenjata Sulu ditembak mati awal pagi ini dalam kejadian berbalas tembakan diantara pasukan keselamatan dengan 200 orang pengikut kesultanan Sulu.

“Penceroboh bergerak ke kawasan tertentu,” kata Ismail dalam sidang akhbar di sini hari ini, tetapi enggan memberitahu secara spesifik.

“Operasi pembersihan dan mencari masih diteruskan… Kami bergerak secara berhati-hati,” tambah beliau.

“Puteri” Sulu Jacel Kiram dilaporkan oleh akhbar Filipina pagi ini mengatakan pemimpin militan Sulu Agbimuddin Kiram dan kumpulannya terselamat dari serangan dan operasi semalam.

Ismail juga enggan untuk memberitahu kekuatan angkatan bersenjata dan pasukan polis dalam operasi semalam untuk melawan militan Filipina di Kampung Tanduo di sini.

Kumpulan bersenjata Sulu telah menduduki kampung tepi pantai Sabah selama hampir sebulan, terselamat dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan di Lahad Datu, Semporna dan Kunak yang telah menyebabkan lapan anggota polis Malaysia dan kira-kira 20 militan Sulu mati.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata semalam tiga pesawat F-18 dan lima pesawat Hawk telah digunakan dalam serangan pagi semalam terhadap militan yang bersembunyi di Kampung Tanduo.

Ismail mengatakan hari ini pasukan keselamatan secara berhati-hati memperluaskan lagi pencarian ke empat kilometer persegi untuk mencari pemberontak Sulu.

Jacel, anak kepada Jamalul Kiram, salah seorang daripada sembilan yang mendakwa memegang takhta Sultan Sulu, mengatakan pakciknya bersedia untuk melepaskan empat orang Malaysia ditawan, akan tetapi, mahu melakukannya dihadapan media antarabangsa dan Pertubuhan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah antarabangsa bagi membuktikan keselamatan tawanan.

Selepas beberapa pertempuran minggu lepas dengan polis Malaysia, militan bersenjata Filipina mendakwa mereka telah menangkap seorang anggota polis, dua anggota tentera dan seorang pegawai kerajaan sebagai tebusan.

Dakwaan mereka walau bagaimanapun, masih belum disahkan.

Media Filipina melaporkan semalam mendakwa Agbimuddin menerima bantuan daripada 10,000 penduduk Sulu dari rumah mereka di Basilan, Sulu, Tawi-Tawi dan Zamboanga di Filipina untuk membantu saudara-saudara mereka di Lahad Datu.

Hanya seorang pemberontak bersenjata Sulu ditembak mati awal pagi ini dalam kejadian berbalas tembakan diantara pasukan keselamatan dengan 200 orang pengikut kesultanan Sulu. – Gambar Reuters Dalam laporannya semalam, agensi berita dari Perancis AFP berkata jika benar penceroboh itu terlepas kawalan ketat, pasukan keselamatan Malaysia berkemungkinan akan mendapat cemuhan kerana ketidakcekapan dalam berhadapan dengan 200 lelaki bersenjata, dan khuatir kumpulan tersebut masih dalam pelarian.

Kumpulan, yang mendakwa menjadi pengikut Kesultanan Sulu, menegaskan bahawa Sabah adalah milik mereka kerana ia telah diberikan kepada keluarga Kiram oleh Sultan Brunei pada abad ke-17.
Sabah, walau bagaimanapun menyertai Malaysia pada tahun 1963. Malaysia mengatakan pembayaran tahunan RM5,300 kepada kesultanan Sulu dibayar kerana penyerahan hak negeri Borneo itu.

Akhbar Utusan Malaysia melaporkan jumlah militan Sulu yang maut dalam serangan besar-besaran tersebut adalah 30 orang tetapi status Agbimuddin masih menjadi tanda tanya, walaupun terdapat khabar mengatakan beliau terbunuh.

Jumlah tersebut menjadikan keseluruhan pengganas Sulu yang berjaya ditumpaskan ATM dan PDRM sehingga kini ialah 49 orang, manakala di pihak anggota keselamatan negara tiada sebarang kecederaan mahupun kemalangan jiwa berlaku dalam operasi itu, tambah akhbar berbahasa Melayu itu lagi.MI

Advertisements

1 Komen

  1. You can also verify newest updates of DS, DSI, WII accessories and also pertaining
    to micro sd cards. Apple finally discontinued the Wireless Apple Mouse, changing it with the Wireless Mighty
    Mouse.


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s