Tindakan Terdesak Pecacai Umno Ganggu Ceramah PAS Di Bukit Katil Melaka

Orang ramai mendengar penerangan PAS di Bukit Katil, malam tadi.

MELAKA: Program ceramah sempena jelajah treler Negara Berkebajikan PAS di Bukit Katil, malam tadi diganggu oleh Umno menjadi sedikit tegang apabila provokasi demi provokasi dilakukan oleh penceramah Umno terhadap PAS.Ahli-ahli dan penyokong PAS yang berada kira-kira 20 meter dari tempat ceramah Umno mula menyorak dan menghampirinya.Berlaku tolak menolak antara penyokong kedua-dua kumpulan.Akhirnya insiden itu berjaya dikawal dengan baik oleh anggota Unit Amal dan polis yang berada di lokasi tersebut.Enam buah kereta peronda polis dengan 20 anggota tiba untuk mengawal keadaan.

Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Adly Zahari dalam ucapannya menyifatkan tindakan Umno mengganggu ceramah PAS membuktikan sikap tidak bertamadun yang semakin tidak senonoh.”Kita buat ceramah dia buat ceramah mengganggu kita. Kita ceramah di padang sebab kita tak ada dewan. Mereka ada Dewan Tun Ali tetapi hendak buat atas padang juga, hanya untuk ganggu kita.”Saya ajak Datuk (Seri) Ali (Rustam) debat, dia tak berani, dia hantar macai-macai dia ganggu ceramah kita,” ujar Adly dengan nada sinis.Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat, Cikgu Normala Sudirman pula menyifatkan tindakan Umno mengganggu ceramah PAS itu menunjukkan mereka semakin terdesak.”Tindakan mereka ganggu kita membuktikan Umno semakin terdesak, tidak tentu arah. Inilah sifat seseorang bila mereka hampir menemui ajal.”Umno sudah tidak mampu untuk berhujah dengan fakta dan hujah yang baik dengan kita sebab itu mereka ganggu kita,” ujar Normala yang sering diganggu dengan kata-kata kesat oleh penceramah Umno.Ceramah sempena jelajah treler tersebut mendapat sambutan yang baik walaupun tiada pemimpin utama yang hadir dan ia diadakan secara mengejut dengan notis yang singkat.Turut berceramah pada program malam tadi ialah Adun Bachang, Lim Jak Wong; AJK Dewan Himpunan Penyokong PAS Perak, Richard Wong; AJK Angkatan Muda Keadilan, Ginie Lim; Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Melaka, Kamaruddin Sedik dan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Melaka, Raja Shanmugam dan Penyelia Dun Bukit Baru, Dr Khalid Kassim.Treler PAS yang menjelajah Melaka pada 4 dan 5 Mac telah bertolak ke Johor sebaik sahaja program tersebut selesai.Pada petang semalam, Umno Bahagian Bukit Katil didapati menceroboh tanah milik bekas Yang Dipertua PAS Bukit Katil, Md Yassin Abdul Ghani.Kira-kira jam 6.00 petang, petugas-petugas Umno yang diupah mendirikan khemah di atas tanah tersebut yang terletak bersebelahan Dewan Tun Ali.Setelah khemah itu didirikan, Md Yassin dan beberapa penduduk kampung sampai dan meminta petugas-petugas Umno supaya mengalihkan khemah tersebut kerana ia didirikan tanpa kebenaran beliau.”Ini tanah saya harta persendirian, harap alihkan khemah ini ke tempat lain, saya tidak benarkan.

“Saya kesal dengan tindakan mereka yang langsung tidak menghormati rakyat, mereka boleh buat sesuka hati sahaja tanpa menghiraukan siapa tuan tanah ini,” ujarnya yang juga bekas Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Melaka.

(Gambar: Para petugas Umno mengalihkan khemah.)

Khemah tersebut didirikan oleh Umno untuk mengadakan ceramah bagi mengganggu program jelajah treler Negara Berkebajikan PAS di seberang jalan yang jaraknya hanya 150 meter sahaja dari lokasi khemah tersebut didirikan.Dengan rasa malu ketua petugas Umno itu dan rakan-rakan mengalihkan khemah tersebut betul-betul di hadapan Dewan Tun Ali dan jaraknya lebih dekat dengan lokasi ceramah PAS iaitu hanya 100 meter sahaja.HD

HANGPA PIKIAQ LA SENDIRI!!!!

Advertisements

Tinggalkan komen

Tiada komen.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s