Jamalul Tolak Tuntutan Serah Diri, Cadang Tukar Tawanan…

Sultan Sulu Jamalul Kiram menolak tuntutan di Kuala Lumpur supaya pengikutnya menyerah diri tanpa syarat dan sebaliknya beliau mencadangkan pertukaran tawanan.

Beliau mendakwa empat anggota polis Malaysia telah ditawan pengikutnya yang sedang berdepan dengan pasukan keselamatan Malaysia di Sabah, tetapi polis Malaysia telah menafikannya.

Menurut Philippine Daily Inquirer, Jamalul, selepas mengetahui Kuala Lumpur menolak tawaran gencatan senjata, mencadang pula “pemberhentian permusuhan”, yang disampaikan dengan permintaan yang sama – menghentikan operasi pasukan keselamatan Malaysia terhadap penceroboh bersenjata di Sabah .

Beliau berkata, kesultanan itu “bersedia untuk menukar tawanan perang” jika Malaysia bersetuju menghentikan permusuhan.

Kesultanan itu sebelum ini mendakwa kumpulan bersenjata di Sabah, yang diketuai adik lelaki Jamalul – Azzimudie Kiram – menawan empat anggota polis Malaysia semasa serangan ke atas balai polis di kampung Simunul di Semporna pada malam Sabtu.

Pasukan keselamatan Malaysia menawan 10 lelaki anggota kumpulan Azzimudie, semasa pertempuran di Kampung Tanduo Jumaat lepas.

Bagaimanapun, pihak berkuasa Malaysia menafikan dakwaan bahawa empat anggota polis Malaysia telah ditawan puak militan itu.MK

Advertisements

1 Komen

  1. It’s going to be ending of mine day, however before ending I am reading this enormous post to increase my experience.


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s