Jom Tengok Ulasan Dua Tokoh Ulamak Tentang Pengakuan Bapak Saiful Mengenai Konpirasi Liwat II DSAI…

Nik Aziz
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat percaya dakwaan terhadap tuduhan liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diselesaikan satu persatu selepas ini susulan  pengakuan bapa Mohd Saiful Bukhari Azlan, Azlan Mohd Lazim semalam.

Semalam, Azlan mendedahkan bahawa anaknya itu diperalatkan oleh pihak tertentu bagi menjatuhkan Anwar menerusi kes liwat kedua.

“Pendustaan satu masa akan terbongkar menteri berdusta pun akan terbongkar. Takkan Anwar  upah bapa Saiful sedangkan menteri lebih banyak duit dari dia (Anwar).

“Alhamdullilah semakin hari, nama Anwar semakin bersih sekarang dan insya-ALLAH selepas ini dia akan bebas dari sebarang tuduhan dan fitnah yang dilemparkan terhadapnya,” kata beliau kepada media selepas menghadiri majlis bersama veteran Pas di Jalan Dato Lundang di sini pagi tadi.

Forum bersama MB dan Dato' Haron din di Masjid Negeri 01

SHAH ALAM, 9 MAC : Pengakuan bapa Saiful Bukhari bahawa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah atas tuduhan liwat dan menjadi mangsa fitnah merupakan suatu tindakan yang wajib dilakukan beliau.

Ini kerana seseorang Islam hendaklah insaf dengan tidak meneruskan kebatilan untuk kembali kepada kebenaran apabila menyedari kesilapan mereka.

Demikian menurut Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din dalam sidang media di Masjid Shah Alam di sini.

“Dia (Azlan Mohd Lazim) melaksanakan kewajipannya sebagai seorang Islam.

“Merujuk kepada kebenaran adalah lebih baik dari meneruskan kebatilan,” kata beliau selepas bertindak sebagai panelis dalam forum bertajuk ‘Mengangkat Martabat Ummah: Tanggung Jawab Siapa?’ malam tadi.

Semalam, bapa Saiful, Azlan Mohd Lazim memohon maaf kepada Anwar dengan mendakwa bahawa anaknya dipergunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, yang didakwanya termasuk seorang pegawai perdana menteri untuk memfitnah Anwar dalam kes Liwat II.

Pada 9 Januari tahun lalu, Anwar dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur daripada tuduhan meliwat Saiful, yang merupakan pembantunya pada 26 Jun 2008 di sebuah kondominium di Kuala Lumpur.

Sementara itu, ketika mengulas isu sumpah laknat oleh Saiful, sambil merujuk kepada sebuah kejadian di zaman Nabi Muhammad SAW, Dr Haron berkata sumpah laknat hanya wajar dilakukan apabila berhadapan kes yang tidak boleh diselesaikan di mahkamah.

“Kaum Nasrani dakwa Allah ada anak dan oleh kerana ianya tidak dapat dibuktikan, Nabi Muhammad mengarahkan mereka bersumpah laknat untuk selesaikan perbalahan itu.

“Mengapa kita pula hendak mengundang laknat Allah sedangkan kes ini boleh diselesaikan di mahkamah,” ujar Dr Haron.

Dalam perkembangan isu calon Perdana Menteri dari Pakatan Rakyat, Dr Haron menegaskan PAS ketika ini lebih fokus kepada agenda menumbangkan Kerajaan Umno-BN dan hanya mengumumkan calon Perdana Menteri apabila misi tersebut berjaya.

Advertisements

1 Komen

  1. Excellent goods from you, man. I’ve understand your stuff previous to and you are just extremely excellent. I actually like what you have acquired here, certainly like what you are stating and the way in which you say it. You make it enjoyable and you still care for to keep it wise. I can’t
    wait to read much more from you. This is really a terrific web site.


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s