Pegawai Kanan Najib Menanam Sentimen Perkauman Dan Kebencian Kepada PR!!!

Seorang pegawai kanan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak didakwa memburuk-burukkan gabungan proreformasi sistem pilihan raya BERSIH dan Malaysiakini selepas penayangan filem kontroversi Tanda Putera di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Sabtu lalu.

Pengerusi kumpulan pelajar We Unite For Islam (Wufi) UIA, Mohd Najib Abdul Rahim mendakwa, selepas tayangan filem kira-kira dua jam itu, individu itu membuat ‘ulasan’ selama 45 minit di hadapan kira-kira 400 pelajar di auditorium universiti itu.

“Di hujung slot, ada sesi ulasan filem. Dalam ulasan ada memasukkan agenda untuk memburukkan kaum lain dan menghasut dan cuba timbulkan kebencian pada orang Cina.

“Dia (pegawai itu) cakap, (ada) anasir-anasir Barat yang masuk ke dalam Malaysia untuk memburukkan Malaysia macam BERSIH dan Malaysiakini.

“Dia juga cakap, anak muda sekarang tak baca Utusan Malaysia, Berita Harian tetapi baca Malaysiakini.

“Dia juga ada tanya kepada audiens siapa yang taja Malaysiakini dan ada yang jawab Apco, ada yang jawab Yahudi dan ada yang jawab Anwar Ibrahim.

“Lepas itu muka dia terus berubah dan dia teruskan bercakap,” kata Mohd Najib ketika dihubungi Malaysiakini.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan komen pegawai terbabit.

Katanya, ketika membuat ulasan, orang kanan perdana menteri itu turut didakwa menanamkan sentimen perkauman serta kebencian kepada pembangkang.

MenurutMohd Najib, turut hadir pada sesi tayangan itu Rektor UIA Profesor Datuk Seri Dr Zaleha Kamaruddin, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar Prof Madya Datuk Dr Mizan Hitam serta pengarah Tanda Putera Datuk Shuhaimi Baba.

Sementara itu, mengulas kandungan filem itu, Mohd Najib secara peribadi berkata, babak dalam 20 minit pertama yang menyentuh insiden 13 Mei kalau ditayang pada umum akan memberikan perasaan kurang senang.mk

2 Komen

  1. Ҭhisѕ is a topic that’s close to my heart…
    Thahk you! Exactly where aare your contact details
    though?

  2. Greetings! Quick question that’s completely off
    topic. Do you know how to make your site mobile friendly?
    My blog looks weird when viewing from my iphone4. I’m trying to find
    a theme or plugin that might be able to fix this problem.
    If you have any suggestions, please share. Thank you!


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s