Tun Musa Hitam:Negara Tak Akan Bankrap Sekiranya PR Mengambil Alih Putra Jaya!!!

 Tun Musa pertahan dasar Buku Jingga PR

SHAH ALAM: Bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam menepis dakwaan bahawa ekonomi negara akan bankrap sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan Pusat selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU 13).

Musa berkata, perkara itu tidak akan berlaku sekiranya Pakatan Rakyat mampu menjaga kestabilan sektor pelaburan yang menjadi asas dalam struktur ekonomi negara.

Katanya, spekulasi itu hanya kenyataan politik berkepentingan sebelah pihak sahaja yang sengaja dijaja untuk menakutkan rakyat.

“Jika sekali pun pembangkang memerintah negara mereka tidak akan sebegitu bodoh mahu membiarkan ekonomi negara muflis seperti yang lain sangkakan.

“Saya tak fikir ekonomi negara akan musnah, sama seperti apa yang pernah saya jelaskan kepada beberapa sektor perbankan dan pelabur asing.

“Perkara asasnya kita kena menjaga komuniti pelaburan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. selepas menghadiri Bicara Minda ‘Survival Ekonomi Melayu’ di Kompleks Karangkraf.

Wujud spekulasi

Wujud beberapa spekulasi yang meramalkan hutang negara akan bertambah sehingga menyebabkan muflis sekiranya Pakatan mengamalkan dasar ekonomi yang dijanjikan dalam Buku Jingga.

Antaranya penghapusan tol, pengurangan harga minyak, pendidikan percuma serta  menurunkan harga kereta.

Musa berpendapat tidak ada pihak yang sanggup dan  sengaja membiarkan ekonomi jatuh kerana ia tanggjungjawab selepas diberi mandat oleh rakyat untuk memerintah negara.

“Hasrat mereka (Pakatan) sama seperti yang lain iaitu untuk berkhidmat kepada rakyat.

“Sebab itu mereka bersaing untuk menang dalam PRU dan untuk membuktikan siapa lebih layak,” katanya.

Bekas Menteri Dalam Negeri itu juga berkata, semua pihak perlu menerima hakikat tidak mustahil perkara ini akan berlaku dalam realiti dunia politik demokrasi.

Enggan ulas lanjut

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut  mengenai perincian dasar ekonomi yang ditawarkan Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat kini giat turun padang memberi penjelasan kepada rakyat tentang tawaran dasar ekonomi yang dirangka bagi meraih sokongan undi semasa PRU 13 nanti.

Manakala di pihak Barisan Nasional (BN) termasuk pemimpinnya menganggap tawaran Pakatan itu mampu menggugat kestabilan ekonomi.

Malah, wujud perang siber di media sosial yang menyiarkan video dan menggelarkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ‘Mr Mansuh’.

Sementara itu, Musa dalam ucapannya menyelar sikap sesetengah ahli politik yang gemar memainkan sentimen perkauman sebagai modal politik.

Beliau menyifatkan tindakan tersebut sebagai langkah terdesak yang akhirnya boleh memusnahkan negara.

Bangkrap politik

“Barang siapa guna isu perkauman dia adalah ahli politik yang bankrap.

“Banyak isu yang boleh dibahaskan untuk pembangunan negara selain hanya nak takutkan rakyat dengan isu perkauman,” tegasnya.

Sementara itu, beliau yakin Dasar Ekonomi Baru (DEB) berjaya mencapai matlamat apabila kemiskinan tegar semua kaum dapat dikurangkan.

Malah beliau berpendapat 30 peratus penglibatan Bumiputera dalam sektor ekonomi juga turut tercapai.

Musa yang juga bekas Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) itu turut menepis persepsi survival ekonomi Melayu kini terancam.

Katanya, perasaan rendah diri  boleh berubah sekiranya pemimpin tidak menyalahgunakan peluang yang ada untuk kepentingan politik.FMT

Dengan kenyataan Tun Musa Hitam ini jelas UBN hanya mencipta propaganda murahan supaya rakyat percaya negara akan bankrap sekiranya PR mengambil alih Putra Jaya…Kini persoalan bankrap atau tidak Tun Musa dah jawab…yang jawab pun bukan calang-calang orang Mantan PM Malaysia,Aku ingat kalau ada lagi pemimpin tertinggi UBN yang mengatakan Negara akan Bankrap dan huru-hara sekiranya PR ambil alih Pentakbiran Putra Jaya nampak sangat la kurang cerdik atau bahasa kasar dia BANGGANG namanya tu!!!…Sekarang ni Najib UBN semakin hampir kepada KO semacam doa rakyat dah di makbulkan oleh ALLAH,Apa taknya setiap kali apa jua kenyataan yang keluar dari mulut Najib atau UBN acap kali pasti kantoi…

Apa pun kalau boleh atikel ini di share sebanyak yang boleh biar semua faham atau sampaikan maklumat ini dengan cara apa sekali pun supaya rakyat faham dan sedar yang selama ini UBN memang pembohong!!!

HANGPA PIKIAQ LA SENDIRI!!!

Advertisements

Tinggalkan komen

Tiada komen.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s