Permatang Pauh Kecoh!.AMK Dan Penduduk Cuba Menghalang Ceramah Pro UBN Dari Menyalah Gunakan Sekolah Sebagai Medan Politik Fitnah Dan Kotor!!!

Satu kekacauan tercetus apabila sekumpulan penyokong PKR dan penduduk kampung cuba menghentikan satu ceramah pro-BN yang dijalankan di Sekolah Menengah Guar Perahu, Penanti di Pulau Pinang pada malam tadi.

Kumpulan berkenaan memasuki kawasan sekolah tersebut untuk menghentikan acara berkenaan – yang memfokuskan isu pencerobohan Lahad Datu dan penggunaan kalimah Allah dalam Bible bahasa Melayu.NONE

Difahamkan, kumpulan berkenaan membantah ceramah berbentuk politik itu diadakan di sekolah memandangkan premis seperti itu tidak boleh digunakan oleh ahli politik.

Ratusan penyokong berkenaan, termasuk ketua AMK negeri Amir Ghazali – berhimpun di sekeliling kawasan sekolah sejak jam 9 malam, namun dihalang kira-kira 100 orang polis yang berkawal.

Acara berkenaan antara lainnya menampilkan MP Kulim-Bandar Baru Zulkifli Noordin dan pemimpin NGO anti-PKR, Muhammad Zahid Md Arip.

Kedua-dua pemimpin berkenaan bagaimanapun berjaya menyampaikan ucapan walau dengan keadaan bising di luar kawasan itu.

Sementara itu, polis menahan seorang warga emas yang didakwa cuba mencetus kekacauan, dan dibebaskan kemudian.

Ketua polis daerah Seberang Perai Azman Abd Lah berkata tiada penahanan dibuat memandangkan keadaan itu “normal semasa musim pilihan raya”.

“Tiada huru-hara, hanya sedikit kekacauan,” katanya yang menambah polis turut mengerahkan unit tindakan ringan (LSF).

Azman menafikan bahawa majlis berkenaan merupakan satu ceramah dan mendakwa ia hanya satu “mesyuarat dan taklimat”.mk

Tinggalkan komen

Tiada komen.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s