Utusan Dah Spin (Putar -Belit) Kenyataan Saya. Saya Akan Saman Mereka,”..Utusan Bakal Di Saman Lagi!!!

Bekas pegawai tertinggi tentera Leftenan Jeneral (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid berkata, beliau tidak pernah menghina pasukan keselamatan dengan menyifatkannya tiada misi jelas sehingga perlu “duduk di bawah rumah orang dan reban ayam”.NONE

Bekas timbalan panglima Angkatan Tentera Darat itu sebaliknya berkata, kenyataannya pada 12 Mac lalu di sebuah forum di Kuala Lumpur itu diputar belit oleh akhbar Umno Utusan Malaysia.

“Apa yang saya kata sebelum ini ialah, jika tentera tidak membuat risikan dengan proper, maka tentera terpaksa cari musuh di tepi rumah orang, tepi reban ayam.

“Saya menyentuh kegagalan perisikan.Utusan dah spin (putar -belit) kenyataan saya. Saya akan saman mereka,” kata Ghafir ketika ditemuiMalaysiakini dalam sebuah ceramah di Seremban malam tadi.

Utusan Online pada 13 Mac lalu melaporkan Ghafir sebagai memperleceh cara polis dan tentera menangani pengganas sehinggakan “hanya duduk di bawah rumah orang dan di reban ayam”.

Beliau juga dilapor menyifatkan seolah-olah pelaksanaan Ops Daulat gagal danmembuatkan pasukan keselamatan dalam keadaan keadaan terkejut menyelesaikannya.

‘Tengok dia punya jamban’

Sementara itu, Ghafir turut menyelar tindakan kerajaan membeli senjata mahal secara tender rundingan terus dan bergantung kepada satu pertender semata-mata, sehingga mewujudkan perbezaan harga yang ketara berbanding pembelian negara lain.

“Banyak kos-kos tersembunyi. Kita boleh tanya apa dia kos tersembunyi? Termasuklah komisyen. Kalau orang kaya dipanggil komisyen, kalau mata-mata di tepi jalan dipanggil rasuah,” katanya.

Menurut beliau lagi, beliau sudah banyak kali menimbulkan situasi yang merugikan duit rakyat itu tetapi belum mendapat respon daripada Kementerian Pertahanan.

NONE“Satu lagi apabila membeli senjata yang kita sentiasa kita balik kepada pembekal untuk dapatkan alat ganti. Apabila senjata itu rosak kena hantar ke London, Perancis atau sebagainya.

“Jadi benda itu makan duit yang banyak. Disebabkan itu kalau kita perhati, sektor-sektor yang penting tidak dibangunkan.

“Umpamanya kalau kita tengok berek. Berek tentera Kem Rasah (Seremban), tak usah pergi jauh lah kan. Sehingga hari ini menjadi bukti bagaimana baik atau tak baiknya Kem Rasah. Kalau tengok dari luar memang cantik. Masuk dalam, tengok dia punya jamban!

“Ada bekas tentera sini tak? Ramai?” soalnya sambil disambut laungan “ya” oleh segelintir daripada 800 orang ramai yang hadir.

Ghafir mempersoalkan kenapa keadaan kekurangan sebegitu boleh berlaku sedangkan negara Malaysia sebuah negara yang kaya.

“Kalau tidak kerana rakusnya mereka berbelanja, saya rasa keadaan rumah keluarga, dewan makan mereka (tentera) boleh dimodenkan.

Turut berceramah ialah bekas panglima Logistik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Briged Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab dan Timbalan Ketua Cabang PKR Seremban, Dr Mohamad Rafie Abdul Malek.mk

1 Komen

  1. Pretty nice post. I simply stumbled upon your blog and wanted to mention that I have truly enjoyed surfing around your weblog posts.
    After all I will be subscribing on your rss feed and I am hoping you write
    once more very soon!


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s