Edisi Bongkar!!! Pendedahan salahguna lesen Pembalakan oleh keluarga Taib

NONE Satu siasatan oleh sebuah NGO antarabangsa telah mendedahkan bukti video yang mendakwa bagaimana ahli keluarga Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan rakan perniagaan penyalahgunaan lesen pembalakan untuk memperkayakan diri mereka.

Dua sepupu Taib, ahli keluarga kepada rakan kongsi utama Taib, dan seorang peguam yang mewakili kerajaan negeri Sarawak telah dirakam dalam video, didakwa menjelaskan mekanisme untuk mengelakkan undang-undang yang sedia ada bagi memperolehi keuntungan daripada skim itu.

Video itu telah direkodkan secara tersembunyi oleh seorang
penyiasat dengan Global Witness, sebuah NGO yang berpangkalan di London yang menyiasat dan berkempen menentang pencabulan hak asasi alam sekitar dan manusia.

Penyiasat itu telah dihantar ke Sarawak tahun lepas, dengan menyamar sebagai “pelabur asing” yang ingin membeli tanah untuk mengusahakan ladang kelapa sawit.

Penyiasat itu menemui Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (Recoda), badan kerajaan negeri yang mengendalikan pelaburan asing, dan terus dibawa kepada ahli-ahli tertentu keluarga Taib yang menjual sebuah syarikat yang dilesenkan untuk membalak dan membersihkan tanah untuk perladangan di Sarawak.

Lesen ini dikeluarkan oleh Kementerian Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Sarawak, yang diketuai oleh Taib.

Pertemuan dengan ahli keluarga dan ejen lain syarikat itu telah dirakam secara tersembunyi oleh Global Witness dan dihasilkan menjadi filem selama 15 minit yang disiarkan di lamanwebnya.SUMBER 

 Bukan sahaja penyalahgunaan lesen pembalakan oleh keluarga dan rakan niaga ketua menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud, modus operandi haram mereka untuk mengelak daripada cukai dan syarat supaya 51 peratus daripada saham terdiri daripada pegangan tempatan turut didedahkan.

Satu siasatan penyamaran yang dijalankan Global Witness, sebuah NGO berpengkalan di London yang menyiasat dan berkempen menentang pencabulan hak asasi dan dalam sekitar, merakam video secara rahsia – menunjukkan dua orang sepupu Taib serta peguamnya yang menjelaskan mekanisme tersebut.

Dengan menyamar sebagai “pelabur asing” yang berminat untuk membeli tanah untuk tanaman kelapa sawit, penyiasat yang dihantar oleh Global Witness itu mengunjungi satu badan kerajaan negeri yang bertanggungjawab menangani pelaburan asing dan terus dirujuk kepada anggota keluarga Taib yang tertentu.

Anggota keluarga ini berhasrat untuk menjual syarikat mereka yang diberikan lesen oleh Kementerian Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Sarawak – diketuai Taib – untuk menebang balak dan membersihkan tanah untuk perladangan.

Salah satu syarikat tersebut ialah Ample Agro Sdn Bhd, yang mana enam pemegang sahamnya ialah para sepupu Taib dan kesemua anak perempuan kepada bekas ketua menteri Sarawak, Tun Abdul Rahman Ya’akub (kiri).

Individu berkenaan termasuk MP Tanjung Manis Datuk Norah Abdul Rahman serta Khadijah, yang juga merupakan ipar kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Enam beradik tersebut mengawal syarikat RM2 tersebut melalui satu syarikat pegangan dinamakan Sateras Holdings Sdn Bhd. mk SUMBER VIDEO

5 Komen

  1. If you wish for to take a great deal from this piece
    of writing then you have to apply these techniques to your won webpage.

  2. I blog frequently and I truly thank you for your content.

    The article has truly peaked my interest. I’m going to book mark your blog and keep checking for new details about once per week. I opted in for your Feed as well.

  3. Spot on with this write-up, I honestly believe this web site needs far more attention.
    I’ll probably be returning to see more, thanks for the information!

  4. Interesting website, i read it but i still have several questions.
    shoot me an email and we will talk more because i
    may have a fascinating idea for you.

  5. Very good blog post. I definitely appreciate this website.
    Thanks!


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s