Janji Tinggal Janji..Akhirnya Di Capati

Lagi janji UBN yang di capatikan..Apa yang nak di harapkan dengan janji UBN ni,Polis yang jadi mangsa Al-Maunah di janjikan dengan bermacam-macam imbuhan akhirnya janji tinggal janji..Hangpa baca seterusnya kat bawah ni!!!

Kerajaan  Perak berjanji mahu memberi lima ekar tanah selepas sarjan R Sagadevan dibunuh pemberontak Al-Ma’unah tetapi dimungkiri.

PETALING JAYA: Persatuan Progresif India Malaysia (Mipas) berasa amat sedih dan terkejut dengan kenyataan S Malliga, balu mendiang sarjan R Sagadevan bahawa kerajaan negeri Perak telah mungkir janji dalam isu tanah lima ekar yang dijanjinya.

Dalam satu kenyataan media hari ini,  Setiausaha Mipas, S Barathidasan berkata kerajaan Barisan Nasional tidak harus memilih bulu untuk memberi bantuan kepada balu mendiang Sagadevan serta merta.

Sagadevan merupakan anggota polis bersama Trooper Matthews Anak Medan yang telah ditawan dan didera dengan kejam dan ditembak mati semasa dalam tawanan dalam insiden berdarah kumpulan pemberontak Al-Ma’unah di Bukit Jenalik, Sauk Perak pada tahun 2000.

Ketika itu Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamed telah berjanji untuk memberi bantuan pendidikan kepada anak-anak Sagadevan.

Manakala Menteri Besar Perak pada ketika itu, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali pula berjanji kerajaan negeri akan memberi lima ekar tanah kepada Malliga, balu mendiang sarjan Sagadevan.

“Sudah lebih 10 tahun, balu mendiang menderita tapi malangnya kerajaan BN negeri Perak tidak begitu serius menangani isu tersebut, malahan langsung tidak mempedulikan kesengsaran nasib balu mendiang Sagadevan,’ kata Barathidasan.

“Mengapa kerajaan negeri Perak membisu dalam isu ini ? Mipas bersimpati dengan nasib yang menimpa terhadap balu mendiang, adakah ini di kata kan janji di tepati oleh kerajaan BN?” tanya beliau.

Barathidasan juga meminta kerajaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi layanan yang sama kepada keluarga dan balu-balu perajurit yang gugur di Lahat Datu.

Malliga `ditipu’

Pada Isnin yang lalu, Malliga dalam satu temubual akhbar merakamkan rasa sedih terhadap kerajaan negeri Perak, setelah beliau ‘ditipu’ olehnya.

Menurut beliau lagi sudah berpuluh kali kena berulang-alik ke pejabat tanah negeri tapi sampai hari ini tidak ada apa-apa jaminan dan jawapan tentang lima ekar tanah daripada kerajaan negeri Perak.

Dalam pada itu, Mipas juga amat menghargai jasa dan pengorbanan anggota pasukan keselamatan negara dalam mempertahankan kedaulatan
negara.

“Kita juga cukup prihatin dengan sokongan yang ditunjukkan oleh semua pihak terhadap perajurit negara yang telah gugur di medan perang,” katanya.

Malahan kebanyakan rakyat Malaysia mengadakan upacara sembahyang khas mengikut ajaran agama masing-masing, mendoakan keselamatan wira negara kita yang sedang berjuang menentang penceroboh.FMT

1 Komen

  1. Throughout the awesome scheme of things you receive an
    A+ with regard to effort and hard work. Where you actually lost me was in
    all the specifics. You know, it is said, details make or break the argument..
    And that could not be much more accurate at this point.
    Having said that, let me reveal to you what exactly did deliver the results.
    The writing is definitely really powerful
    and that is most likely why I am making an effort
    to opine. I do not make it a regular habit of doing that.
    Second, although I can easily see a leaps in reason you come up with, I am definitely
    not convinced of how you seem to unite the points that help to
    make the actual final result. For now I shall yield to your position
    however hope in the near future you link the facts better.


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s