Kak Jat Dah Kantoi Beb!!!

Sharizat dulu sampai sinting tangan-tangan tak mengaku,tak tahu tapi sekarang ni dah terbalik tau pulak..”Saya difahamkan bahawa, disebabkan NFC satu syarikat yang baru dimulakan, mengikut undang-undang Singapura ia tidak boleh memohon pinjaman di negara itu.Kan dah kantoi !!!..Lepas ni nak sinting apa pulak?

 menteri Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mempertahankan pembelian kondominium mewah di Singapura oleh anggota keluarganya, didakwa menggunakan dana kerajaan yang sepatutnya dilabur dalam projek National Feedlot Centre.

Beliau yang disoal balas semasa perbicaraan kes samannya ke atas pengarah strategi PKR Rafizi Ramli dan ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin berkata, keluarganya menggunakan nama mereka untuk membeli kondominium berkenaan memandangkan syarikat terbabit – National Feedlot Corporation – tidak dapat membuat pinjaman.

“Saya difahamkan bahawa, disebabkan NFC satu syarikat yang baru dimulakan, mengikut undang-undang Singapura ia tidak boleh memohon pinjaman di negara itu.

“Maka mereka terpaksa melakukannya (membuat pembelian) menggunakan nama peribadi,” katanya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Shahrizat bagaimanapun tidak mengesahkan sama ada wang yang digunakan untuk membeli kondominium tersebut adalah daripada pinjaman mudah NFC sebanyak RM250 juta dari kerajaan, walaupun pelaburan itu dibuat untuk syarikat tersebut.

Beliau juga tidak pasti berapa banyak kondominium di Singapura yang dibeli dengan nama keluarga berkenaan untuk NFC namun mengesahkan bahawa sekurang-kurangnya sebuah kondominium telah dibeli.

PKR pada Disember 2011 mendakwa suami Shahrizat Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail dan anaknya Wan Shahinur Izran dan Wan Izzana Fatimah Zabedah membeli kondominium mewah seluas 2,282 kaki persegi di Anthony Road, Singapura.

Rafizi seterusnya mendakwa keluarga Shahrizat membeli dua lagi kondominium bernilai RM34.6 juta di Marina Bay Suites.mk

 Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengumumkan di mahkamah tinggi hari ini beliau adalah seorang yang garang dalam mempertahankan tindakan beliau ketika ucapan mengenai skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) pada persidangan Wanita Umno tahun 2011.

Peguam Rafizi Ramli, Ranjit Singh berkata pengarah strategi PKR memberitahu Shahrizat perlu menunjukkan rasa malu selepas bekas menteri Kabinet tersebut menunjukkan “gaya mahu bergaduh” dengan menggulungkan lengan baju kurungnya dan menaikkan sedikit kainnya dalam persidangan tersebut.

“Saya memang wanita yang garang. Saya dari Pulau Pinang,” kata Shahrizat(gambar) dalam Mahkamah TInggi hari ini.

“Saya tak ‘angkat kain’. Saya angkat sampai paras buku lali saya sahaja,” kata ketua Wanita Umno itu, dimana seluruh dewan gelak ketawa.

Shahrizat juga mempertahankan pembelian tiga unit kondominium mewah di Marina Bay Sands dan Orchard Scotts Residences di Singapura berjumlah RM42 juta yang digunakan dari National Feedlot Corporation (NFCorp).

“Dia (suaminya) memberitahu ia adalah sebahagian dari portfolio pelaburan mereka,” kata Shahrizat, merujuk kepada Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, pengerusi eksekutif NFCorp.

“Kerana masa itu, penganalisis kewangan berkata Singapura adalah tempat yang baik untuk melabur. Hartanah mereka baik. Ia adalah situasi menang-menang. Suami saya kata beliau tidak berjudi dengan wang tersebut. Beliau pelabur yang baik,” katanya lagi.

Shahrizat berkata NFCorp perlu membayar kadar faedah RM17 juta ke RM18 juta setahun dari pinjaman RM250 juta dari kerajaan, dan berkata rumah sembelihan untuk ladang penternakan tersebut masih belum siap.

“Pelaburan dalam hartanah dapat membayar semula hutang pinjaman tersebut,” katanya lagi.

Beliau bersetuju pembelian kondominium di Singapura bernilai RM42 juta adalah bertujuan pelaburan, ditambah dengan dua unit di Bangsar yang berjumlah RM30 juta, mewakili 20 peratus dari pinjaman RM250 juta pinjaman dari kerajaan.

Shahrizat berkata pembelian kondominium di Singapura dengan nama ahli keluarganya kerana NFCorp, sebagai syarikat baru, tidak boleh mendapatkan pinjaman.

Beliau memberi keterangan hari ini bahawa unit-unit kondominium itu dibeli dengan harga RM500,000, dan ia dipindahkan dari NFCorp ke Meatworks (Singapore) Private Limited, yang dimiliki sepenuhnya oleh keluarga beliau.

Beliau juga berkata semalam beliau tidak menyedari jika RM81 juta – yang dipindahkan dari NFCorp kepada National Meat Livestock Corporation (NMLC), juga dimiliki keluarganya, untuk membeli unit kondominium di Bangsar – datangnya dari pinjaman kerajaan kepada syarikatnya.

Bekas menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat itu berkata awal hari ini NFCorp membeli sebuah kereta Mercedes Benz CLS350 yang berjumlah RM500,000 pada 2009 sebagai kereta syarikat yang diletakkan di rumahnya.

Shahrizat mempertahankan pembelian tersebut, dan berkata pembelian kereta mewah itu dikongsi oleh empat pengarah syarikat – suami dan tiga anak beliau – untuk pelawat asing yang melawat NFCorp.

Shahrizat juga mengatakan Rafizi tidak mempunyai hak untuk memberitahunya untuk insaf.

“Sebagai umat Islam, insaf adalah perkataan yang serius. Ia bermaksud untuk tidak lagi melakukan dosa, siapa beliau, selepas apa yang beliau lakukan untuk memberitahu saya untuk ‘insaf’?” katanya lagi.

Ketua Audit Negara dalam laporan 2010 mengatakan projek NFC gagal untuk mencapai sasaran 8,000 ekor lembu pada 2010, disamping menerangkan beberapa kegagalan pengurusan NFCorp.

Perbicaraan saman fitnah RM100 juta Shahrizat ke atas Rafizi dan ketua wanita PKR Zuraida Kamaruddin akan disampung pada 10 April.MI

1 Komen

  1. It’s going to be finish of mine day, however bbefore end I am reading this impressive
    article to increase myy knowledge.


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s