Pengesahan Sultan Sulu Agbimuddin Kiram Pernah Berkhidmat Di Sabah Sebagai ADO..

Jamalul Kiram III, yang mengaku dirinya Sultan Sulu di Taguig, Filipina. — KUALA LUMPUR, 20 Mac — Agbimuddin Kiram adalah bekas penjawat awam di pejabat daerah di Sabah, kata jurucakap Jamalul Kiram III yang mendakwa dirinya Sultan Sulu, tetapi menafikan  menerima kewarganegaraan Malaysia selepas dakwaan dari PKR.

Abraham Idjirani, setiausaha agung ‘kesultanan’ tersebut, memberitahu media Filipina di Manila bahawa Agbimuddin pernah bekerja selaku pembantu pegawai daerah di Kudat, menyokong kenyataan PKR pagi ini, berdasarkan pencarian dari slip gaji kerajaan Sabah dari arkib negeri.

Idjirani bagaimanapun mengatakan Agbimuddin — adik kepada Jamalul Kiram III — sebagai warga Filipina dan tidak pernah menjadi warga Malaysia seperti didakwa PKR.

“Semasa itu mereka berkata ‘bigyan nyo kami ng IC, sabi ng Sabah authorities kahit hindi kayo bigyan, kayo ang may-ari ng Sabah’ [berikan kami kad pengenalan, tetapi pihak berkuasa Sabah berkata jika tidak beri kad pengenalan pun, kamu memiliki Sabah juga],” kata Idjirani dalam portal berita InterAksyon tengah hari tadi.

Beliau berkata keluarga Kiram, yang mahu menuntut semula hak mereka sejak abad ke-17 terhadap negeri utara Borneo yang kini menjadi milik Malaysia, tinggal di Sabah sejak pembunuhan beramai-ramai Jabidah 1968.

Peristiwa Jabidah dilaporkan ialah pembunuhan 27 orang Islam Moro yang pada mulanya dilatih untuk misi rahsia menawan Sabah, dan dibunuh oleh tentera Filipina semasa pentadbiran Ferdinand Marcos, menurut laporan akhbar The Philippine Daily Inquirer hari ini.

Idjirani turut berkata beliau bercakap dengan Agbimuddin pagi ini di mana beliau terselamat dari terbunuh dalam pertempuran terbaru dengan pasukan keselamatan Malaysia hari ini.

“Raja Muda” yang mengetuai 200 orang puak bersenjata ke Lahad Datu sejak 9 Februari, yang kini menjadi pertempuran ganas dalam usaha mereka menuntut wilayah mereka.

Idjirani berkata beliau hanya berdoa dan tidak bersenjata apabila serangan pada 10:30 pagi tetapi dua orang militan terbunuh dalam serangan pasukan keselamatan Malaysia itu.

Jacel Kiram, yang merupakan anak perempuan Jamalul, turut dalam sidang media bersama Idjirani, yang melaporkan dua orang tersebut melindungi Agbimuddin dalam pertempuran tersebut.

“Noong nagkaroon ng encounter, close daw, masyadong malapit, nakita ng tao n’ya [Apabila serangan tersebut berlaku, ia sangat dekat] untuk membunuh Raja Muda tetapi orangnya melindunginya dalam serangan tersebut,” kata Jacel dalam kenyataannya.

Idjirani berkata cuma 166 dari 235 pengikutnya yang ke Sabah bersama Agbimuddin yang tinggal dan mengulangi permintaan sultan kepada Presiden Filipina Benigno Aquino III mengambil pendirian tegas ke atas konflik Sabah dan “menangguhkan sementara kempen pilihan rayanya. MI

1 Komen

  1. I needed to thank you for this great read!!

    I definitely enjoyed every little bit of it. I have you bookmarked
    to check out new stuff you post…


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s