Kit Siang Munkin Bertanding Pru13 Guna Lambang PAS…

Pemimpin popular DAP Lim Kit Siang berkata, beliau mungkin bertanding menggunakan lambang PAS dalam pilihan raya umum akan datang sekiranya Pendaftar Pertubuhan (ROS) membatalkan partinya ekoran kesilapan dalam pemilihan pada tahun lalu.

NONEDalam beberapa siri tulisan di Twitter, Lim berkata, walaupun tiada sebab untuk ROS mengantung pendaftaran DAP, tetapi kebimbangan terhadap “konspirasi” untuk mengelakkan partinya menggunakan lambang sendiri itu ada.

“(Jika berlaku), calon DAP akan bertanding sebagai bebas atau meminjam lambang PAS atau PKR.

“Jika BN salah guna kuasa (batalkan pendaftaran DAP), saya mungkin guna lambang PAS untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat,” tulisnya.

Lim mengulas gesaan bekas naib presiden DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim supaya ROS bertindak terhadap DAP kerana gagal mengadakan semula pemilihan partinya selepas berlaku kesalahan dalam pengiraan undi.

NONEROS semalam dilaporkan menghadapi kesukaran menyelesaikan siasatan berhubung kesilapan yang berlaku dalam pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP berikutan tidak mendapat kerjasama daripada pemimpin tertinggi parti itu.

Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Rahman Othman (kanan) dilapor sebagai berkata, pihaknya telah menghantar notis memanggil seorang pemimpin tertinggi DAP baru-baru ini untuk memberi keterangan bagaimanapun beliau memberi pelbagai alasan seperti tiada masa.

Menurut beliau, berikutan berlakunya kelewatan dalam proses mengambil keterangan, maka kerja-kerja siasatan turut tergantung selain melambatkan proses siasatan secara keseluruhannya.

Tinggalkan komen

Tiada komen.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s