Syaitan Dr M Sindir Umno Sendiri..

Abdul Hadi pada muktamar agung PAS November lalu mengkritik ‘parti syaitan’. – Gambar failKUALA LUMPUR, 22 Mac — Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad “lebih baik berkawan dengan syaitan yang dikenali daripada malaikat yang tidak dikenali” adalah satu sindiran tajam supaya rakyat jangan lagi menyokong Umno dan Barisan Nasional (BN) bersamanya.

Menurut ahli parlimen Marang itu, walaupun ada kalangan yang berhujah bahawa perkataan “devil” dan “angel” dalam ungkapan asal Dr Mahathir adalah suatu metafora atau kiasan, tetapi ia tidak menafikan bekas perdana menteri itu membuat dua cabang kelas BN berada di pihak yang “buruk dan rosak” manakala Pakatan Rakyat  (PR) berada di pihak yang “baik”.

“Tun Mahathir mendedahkan beberapa kali, dalam ayat dan perkataannya sendiri, bahawa Umno adalah parti berpenyakit kronik, mungkin tidak dapat diubati kerana sudah melarat ke dalam usus. Penyakit rasuah dan gila mendapat kuasa.

“Sebagai seorang ahli perubatan yang tahu bagaimana parahnya sesuatu penyakit itu, sehingga beliau memberi gambaran penyakit kronik yang melarat ke dalam usus, atau dalam kata lain ianya tidak mampu diberi rawatan,” kata Hadi dipetik dari Harakahdaily hari ini.

Dr Mahathir, yang pernah keluar dari Umno sebanyak dua kali, pada tahun 1969 selepas mengkritik bekas perdana menteri Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, kemudian menyertai kembali pada tahun 1973.

Beliau keluar dari Umno sekali lagi pada tahun 2008, selepas beliau tidak berpuas hati dengan kepimpinan seorang lagi bekas perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, dua bulan selepas kekalahan teruk BN dalam pilihan raya tahun itu.

“Orang bertanya mengenai syaitan, tapi kita adalah syaitan yang orang kenal. Mereka adalah malaikat yang orang tidak kenal,” katanya pada rumah terbuka Hari Raya di rumahnya tahun lalu.

Abdul Hadi pada muktamar agung PAS November lalu mengkritik “parti syaitan”, dalam sidang media selepas itu Abdul Hadi diminta untuk menerangkan apa maksud “parti syaitan”.

“Siapa yang makan lada, dia yang rasa pedas,” kata Abdul Hadi semasa sidang media itu.

Dr Mahathir kemudian menyerang kembali Abdul Hadi, dan berkata presiden PAS itu disokong oleh syaitan sendiri.

“Dia sendiri bekerja dengan syaitan, syaitan yang saya kenali,” kata Dr Mahathir dalam sidang media itu.MI

Tinggalkan komen

Tiada komen.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s