Masih Ada Makhluk Perosak Dalam PR Rupanya!!!

Nik Aziz
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

KOTA BHARU – Tindakan seorang anggota Pas yang mahu menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon Bebas di Dewan Undangan Negeri
(Dun) Guchil adalah tindakan yang boleh memecahbelahkan pembangkang, kata Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Nik Abdul Aziz nyata kecewa dengan tindakan Ketua Pas cawangan Guchil Hulu, Kuala Krai, Muhamad Bustaman Yaacob yang mahu bertanding menentang calon PKR, di samping calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Dun itu.

“Kalau orang sini tanding Bebas, DAP jugak akan tanding Bebas kalau dia tak setuju bagi kerusi kepada orang Pas. Kawasan yang diberi kepada Pas tapi DAP tak setuju maka dia bertanding Bebas. Tak jahanam habis.

“Kerusi bagi kepada Pas tapi DAP tak setuju. Apa erti kita berjemaah,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Pulau Melaka di sini.

Akhbar Sinar Harian hari ini melaporkan tindakan Muhamad Bustaman itu kerana tidak puas hati dengan Adun Guchil ketika ini, Tuan Zamri Ariff Tuan Zakaria
yang dikatakan gagal menepati semangat Pakatan Rakyat.

Muhamad Bustaman dilaporkan berkata keputusan itu dibuat selepas ramai anggota Pas di peringkat akar umbi yang mahukan dia bertanding dalam situasi di
Dun itu ketika ini.

Tindakan Muhamad Bustaman itu dilihat sebagai pergolakan gabungan itu terutama di Kelantan yang kini kian serius sehingga Pas dilaporkan akan
melakukan Bai’ah (aku janji) agar penyokong parti itu tidak berpaling tadah untuk mengundi selain calon Pas, PKR dan DAP.

Pada pilihan raya umum 2008, Tuan Zamri Ariff menang di Dun Guchil apabila menewaskan calon BN Dr Shamsul Ikhwan Ashaari Azmi dengan majoriti 1,000 undi.

Dun Guchil merupakan satu-satunya kerusi yang dimenangi PKR di Kelantan daripada keseluruhan 45 kerusi Dun.Sementara itu Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan meminta Minda Pondok yang dianggotai seramai 18 guru pondok di Kelantan yang mendakwa menjadi satu dosa bagi umat Islam mengundi Pas pada pilihan raya umum akan datang, supaya memberi dalil dan hujah yang bernas.

“Saya pun boleh kata jugak haram sokong Umno, wajib sokong Pas. Cakap boleh tapi biar ada hujah. Kalau cakap depan ALLAH hujah yang boleh diterima,”
katanya.

Semalam Minda Pondok itu mendakwa adalah berdosa bagi umat Islam memberi undi kepada Pas pada pilihan raya umum itu kerana konsep ‘tahaluf siyasi’
(muafakat politik) antara PKR dan DAP tidak berpaksikan kepada kehendak Islam terutama dalam perkara membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah. – Bernama

Admin:

Salah seorang ahli PAS dan juga mempunyai jawatan sebagai Ketua Pas cawangan Guchil Hulu, Kuala Krai, Muhamad Bustaman Yaacob yang mahu bertanding menentang calon PKR, di samping calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Dun itu.Kalau aku kata kurang cerdik rasanya tak betul,Ini bukan kurang cerdik tapi bodoh namanya..Kenapa sampai menjadi calon bebas,bukan kah baik bantu calon yang telah di sepakati pimpinan tertinggi PR…Sekarang bukan masanya untuk berbalah sesama sendiri berebut kawasan atau siapa yang bertanding,Tetapi kita harus fokus menyusun startegic mengatur langkah menanam tekad untuk tumbangkan UBN,Bukannya serang dan menyerang sesama kita…Bertanding berlawan sesama sendiri walau pun di atas tiket bebas,tolong jangan jadi makhluk perosak,Masih belum terlambat untuk menarik balik niat tersebut..Ingat UBN sedang menanti kehancuran PR,Oleh itu jangan memberi ruang kepada musuh untuk menyerang lebih-lebih lagi UBN…

HANGPA PIKIAQ LA SENDIRI!!!!

Tinggalkan komen

Tiada komen.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s