Betul Ka Rakyat PP Bencikan Datuk Sri Anwar Ibrahim?

Jalan berliku Umno Pulau Pinang

 

Jika Umno lemah, BN akan tumbang. rakan komponen, Gerakan, MCA dan MIC pun kehilangan banyak kerusi.

Spekulasi PRU 13

PETALING JAYA: Di Pulau Pinang, negeri berbilang kaum yang diterajui DAP itu jatuh bangun Barisan Nasional dalam pilihan raya akan datang terletak di bahu Umno.

Jika Umno lemah, BN akan tumbang. Rakan komponen, Gerakan, MCA dan MIC pun kehilangan banyak kerusi. Ini yang berlaku pada 2008.

Senario 2008 ialah semua kaum di Pulau Pinang menolak BN. Melayu menolak Umno, Cina menolak MCA dan Gerakan manakala India menolak MIC.

Pilihan raya Pulau Pinang 2008 adalah antara Umno dengan DAP – dua musuh seteru sejak sekian lama. Peranan PKR lebih besar berbanding PAS yang dianggap penumpang sahaja.

Sebab itu apabila kerajaan negeri pimpinan Gerakan tumbang, orang menganggap negeri itu telah jatuh kepada ‘orang’ Cina. Stigma orang Umno dan orang Melayu takut kepada DAP masih belum dihapuskan sepenuhnya.

Tetapi pada 2008, Umno tidak kalah sepenuhnya kerana masih menang 11 kerusi negeri. MCA dan Gerakan serta MIC tidak menang satu kerusi pun.

Serah kuasa, serah negeri

Akibat kekalahan itu Gerakan terpaksa menyerahkan kuasa dan negeri Pulau Pinang kepada DAP.

Masa berlalu, BN negeri tetap berdepan masalah dalaman sesama mereka dengan yang terbesar ialah tuntutan Umno terhadap kerusi ketua menteri kerana parti orang Melayu itu lebih banyak kerusi berbanding Gerakan dan MCA.

Orang Melayu menganggap Gerakan semasa memerintah gagal membela nasib mereka menyebabkan ramai yang berhijrah ke kawasan luar bandar seperti Balik Pulau. Sesetengah mereka langsung meninggalkan negeri kosmopolitan itu.

Namun Umno bertekad untuk bangkit dalam pilihan umum ke 13. Jatuh bangun Umno negeri kini terletak kepada Datuk Seri Zainal Abidin Osman sebagai penegrusi dan Datuk Musa Sheikh Fadzir sebagai timbalannya.

Tetapi sama sekali tidak boleh mengenepikan peranan dan keazaman MCA, Gerakan dan MCA merampas semula negeri itu.

Tetapi tidak banyak kerusi Melayu yang boleh dimenangi oleh Umno selain yang sedia ada. Untuk kerusi parlimen hanya dua kerusi iaitu Kepala Batas dan Tasek Gelugor yang dianggap selamat.

Kepala Batas diwakili oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi, bekas presiden dan bekas perdana menteri sejak tahun 1978. Manakala Tasek Gelugor oleh Datuk Nor Mohamed Yackop, menteri di jabatan perdana menteri.

Tetapi Abdullah disebut-sebut akan melepaskan kerusi itu kepada calon baru,  mungkin kepada ketua penerangan Pemuda Umno, Datuk Reezal Merican Naina Merican yang berasal dari Pulau Pinang.

Masalah sendiri

Mungkin yang memberi sedikit kelebihan kepada Umno beberapa polisi kerajaan negeri yang membebankan orang Melayu bandar. Harga  rumah yang melampau antara yang mendapat bantahan dan tentangan sebahagian orang Melayu bandar.

Bagaimanapun, Umno tetap mempunyai masalah sendiri. Antara yang hangat diperkatakan ialah dalam isu pemilihan calon.

Adun Pulau Betong, Muhammad Farid Saad meminta pucuk pimpinan tinggi Umno mengambilkira kehendak rakyat bawahan dalam membuat keputusan memilih calon untuk PRU 13.

“Jika perkara ini tidak diperhalusi, kita bimbang rakyat tidak puas hati dengan calon Umno dan menyebabkan mereka menolak parti ini.

“Walaupun calon yang dikehendaki oleh bahagian dan cawangan tidak selari dengan pemimpin tinggi, kehendak rakyat wajar diambil kira dan diutamakan.

“Jadi pemimpin tinggi perlu mendapatkan maklumat dan pandangan dari pelbagai pihak mengenai calon di sesuatu kawasan,” katanya kepada FMT.

Manakala, Ketua Umno Bukit Gelugor, Datuk Omar Faudzar berkata, Umno negeri sudah menghantar senarai nama kepada ibu pejabat tetapi belum diberitahu siapa yang akan dipilih bertanding.

Menghalang sabotaj

Bagaimanapun, beliau menyifatkan tindakan itu ada baiknya kerana boleh menghalang rasa  tidak puas sehingga melakukan sabotaj di kalangan sesama sendiri.

“Kita tidak mahu nama calon diumumkan terlalu awal kerana kemungkinan berlaku sabotaj sangat besar tetapi saya percaya Umno tidak akan mengalami sama dengan pilihan raya lalu.

“Umno lebih kuat…,” katanya bersemangat.

Omar berkata, dalam pemilihan calon, kuasa menentukannya tidak boleh diberikan sepenuhnya kepada Umno bahagian kerana bakal terdedah kepada amalan kronisme.

“Apa akan berlaku jika ketrua bahagian pilih kroni mereka sahaja. Dan ketua bahagian tidak semua boleh bertanding. Kalau mereka dimahukan rakyat, baru bertanding,” tambahnya.

Omar juga memberitahu, petanda baik kepada Umno dan Barisan Nasional ialah semakin rakyat negeri ini yang menunjukkan `kebencian’ kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Walaupun, DAP yang menjadi kerajaan negeri tetapi Anwar yang lebih berkuasa atas sifatnya sebagi ketua pemimpin pembangkang, katanya.FMT

Tinggalkan komen

Tiada komen.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s