Gerakan:Perkasa Rasis!,Perkasa:Gerakan Lemah Dan Gagal Dalam Menarik Sokongan Rakyat PP Menyokong BN..Perkasa Dan Gerakan Sama-Sama Akan Hilang Selepas Pru13…

PETALING JAYA: Wira Perkasa  membidas kenyataan ahli politik Gerakan Baljit Singh yang melabelkan Perkasa sebagai rasis terbesar Melayu dan rasis dan dibenci oleh bangsa bangsa lain.

Ketuanya, Irwan Fahmi Ideris  berkata,  sayap Perkasa itu  merasakan kenyataan tersebut tidak patut keluar daripada seorang ahli politik yang bijak kerana boleh diklasifikasikan sebagai isu sensitif dalam ambang pilihan raya.

Wira Perkasa membantah keras kenyataan Baljit  dalam  isu pembabitan pemimpin BN berdemonstrasi bersama Perkasa dan mahu beliau memohon maaf dan menarik balik kenyataan tersebut.

Baljit dilaporkan mengeluarkan kenyataan bahawa pemimpin pemimpin BN yang menyertai Himpunan Rakyat Bersatu Pulau Pinang bersama sama Perkasa di Padang Esplanade pada Ahad lalu sebagai mengiktiraf dan mengakui bahawa Perkasa adalah sebagai kuasa yang disegani dan meminjam kredibiliti pertubuhan tersebut.

Bajlit merupakan ketua biro undang-undang hak asasi manusia  Gerakan Pulau Pinang.

Irwan Fahmi berkata, sepatutnya Gerakan perlu memainkan peranan sebagai ‘pembangkang’ yang aktif di Pulau Pinang  kerana kekuatan awal parti tersebut bermula di negeri itu.

`Gerakan mudah patah semangat’

“Bukan membangkitkan isu isu yang tidak releven dan menjadi hero keadaan. Sikap yang ditunjukkan oleh Parti Gerakan yang dilihat mudah patah semangat, terlalu selesa  dan menerima apa sahaja tanpa ada usaha yang lebih dan bersunguh sunguh.

” Adalah terlalu sukar untuk BN menawan kembali Pulau Pinang,” kata pemimpin muda Perkasa itu dalam kenyataan media hari ini.

“Di sini kami ingin menegaskan bahawa beliau dan Parti Gerakan perlu berusaha dan bekerja lebih berkerja keras  membantu jentera BN dalam usaha menawan semula Pulau Pinang.

“Pada PRU 12 (pilihan raya umum) yang lalu, ketika Umno kehilangan 4 kerusi, Gerakan gagal membantu BN untuk terus menjadikan Pulau Pinang sebagai pangkalan utama Gerakan.”

Menurut Irwan Fahmi, sebaliknya Pulau Pinang kini menjadi pangkalan utama DAP dan Gerakan diperuntukan 13 kerusi DUN gagal memenangi sebarang kerusi.

Katanya, apakah kekecewaan Gerakan sudah terubat  dan sudah dapat melupakan dengan apa yang terjadi pada PRU 12 yang lalu dan amat selesa dengan yang ada sekarang sehingga dapat mempertikaikan apa yang dilakukan oleh Pengerusi BN Pulau Pinang, Timbalan Pengerusi Umno Pulau Pinang, Timbalan Ketua MIC Pulau Pinang dan wakil rakyat Teluk Bahang dalam penglibatan mereka dalam demonstarsi tersebut.

Beliau menambah, Perkasa mempunyai keahlian yang ramai di seluruh Pulau Pinang dan sebahagiannya adalah pengundi pengundi berdaftar.

“Undi ahli kami juga perlu diambil kira. Dalam masa yang sama kenyataan Baljit Singh boleh mengganggu gugat undi ahli ahli Perkasa. Walaupun satu undi nampak sedikit tapi impaknya sangat besar,” katanya.FMT

Tinggalkan komen

Tiada komen.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s