Tun Mahathir Menyindir Najib…Dah Tak Boleh Nak Tunggu Lama Lagi Nak Kuis Najib…

Mahathir berkata beliau tidak mengetahui bilakah parlimen akan dibubarkan. – Gambar fail

KUALA LUMPUR, 23 Mac — Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan akan membubarkan Parlimen tahun lalu sekiranya beliau adalah perdana menteri, apabila ditanya bilakah masa yang paling sesuai untuk melakukan perkara tersebut.

Menurut bekas perdana menteri yang memerintah selama 22 tahun itu, beliau tidak mengetahui bilakah parlimen akan dibubarkan.

“Saya tidak ada kuasa untuk bubar parlimen, jadi saya pun tak tahu bila.

“Kalau saya jadi perdana menteri, dah lama saya bubar dah. Tapi, saya tak ada kuasa, jadi saya pun tak tahu bila nak dibubarkan,” kata Dr Mahathir kepada wartawan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini..”Tunggu sebulan…dua bulan…tiga bulan..kita hanya ternanti-nanti. Saya menjangkakan pilihan raya berlangsung tahun lalu, tapi kerana saya bukan perdana menteri, ia tidak berlaku,” kata Dr Mahathir lagi.

April tahun lalu, bekas perdana menteri itu berkata Najib seharusnya menggunakan pandangan positif dari orang ramai apabila melaksanakan pemberian tunai dan meningkatkan gaji penjawat awam dengan mengadakan pilihan raya pada masa itu.

Pada masa itu, terdapat khabar angin bahawa pilihan raya akan berlangsung pada awal Jun dengan Parlimen dibubarkan pada pertengahan Mei.

Tetapi Najib menerima kritikan hebat apabila Putrajaya merespon dengan ganas pada perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April tahun lalu, yang berakhir dengan pertempuran antara peserta demonstrasi dan polis, dan ramai pegawai polis dan wartawan tercedera.

Kajian dari Merdeka Center menunjukkan sokongan terhadap Najib menurun 4 peratus kepada 65 peratus pada Mei daripada 69 peratus pada Februari.

Ini menyebabkan Najib terpaksa menangguhkan pilihan raya untuk mandatnya yang pertama selaku perdana menteri.

Parlimen akan dibubarkan secara automatik pada 28 April dan pilihan raya mesti diadakan 60 hari selepas pembubaran.MI

Tinggalkan komen

Tiada komen.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s