Agenda Pembodohan Mahasiswa Kini Menular Dan Bersarang Di Setiap Universiti!!!

Satu lagi projek membodohkan rakyat, kali ini mahasiswa jadi mangsa ketakutan politik jahat Umno dan Barisan Nasional (BN).

Universiti Teknologi MARA (UiTM) Seri Iskandar, Perak dilaporkan telah disalahgunakan sebagai tempat indoktrinisasi yang berunsur politik kepartian.

Merujuk kepada laman sosial Facebook rasmi Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), pengisian yang berbentuk ceramah yang disampaikan kepada mahasiswa antaranya menyentuh berkenaan pendirian Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang disebut kononnya mengancam agama Islam serta hak keistimewaan orang Melayu.

Mohamed Razali Bin Abdul Rahman, bekas Pegawai Khas Ahli Parlimen Jelutong selaku penceramah jemputan bagi program tersebut dipercayai turut memberi ceramah berbaur hasutan ini di beberapa kampus lain.

Antara inti pati kandungan propaganda yang disebar adalah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng setiap minggu terbang ke Singapura bertemu bekas perdana menteri republik itu, Lee Kuan Yew tanpa menjelaskan sebab dia berbuat demikian.

Berikut sedutan daripada propaganda dan fitnah yang disebarkan:

Kita sudah tahu yang Parti Tindakan Demokratik (DAP) sentiasa menjadi musuh kepada umat Islam di bumi Malaysia ini.

Dimaklumkan, seorang pemimpin kanan DAP pernah mengeluarkan kenyataan dalam satu ucapannya, yang berbaur hasutan terhadap agama Islam. “Kita mesti memastikan Kristian menjadi agama rasmi Malaysia dan juga Perdana Menteri seterusnya beragama Kristian.”

Razali pernah ke Balai Polis untuk membuat laporan polis tentang pengumuman Kristian sebagai agama rasmi. Tetapi Mat Sabu mengarahkannya supaya laporan tersebut ditarik balik. Guan Eng pula menawarkan RM 1Juta dan bercuti di Melbourne dan minta beliau menarik balik laporan polis tersebut.

Usaha demi usaha dilakukan sehinggakan isteri beliau juga turut dilibatkan. Paderi datang di tempat kerja isterinya dan membuat tawaran yang lumayan untuk menarik balik laporan polis tersebut.

Segala ugutan bunuh juga banyak kali dilakukan tetapi beliau tetap bertegas dengan keputusan untuk tidak menarik balik laporan tersebut.

Senarai rancangan besar DAP yang diberitahu oleh Mohamed Razali adalah seperti berikut:

1. Kristian sebagai Agama Rasmi.

2. Malaysia akan dijadikan negara republik. Dimaklumkan, Guan Eng mempunyai pejabat mewah di Singapura dan setiap minggu berjumpa dengan bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew. Kekayaan DAP kini lebih daripada UMNO/BN.

3. YDP Negeri Pulau Pinang akan ditukar kepada Cina.

4. Sudah tentunya, sistem monarki negara akan dibubarkan, berdasarkan kenyataan Lim Kit Siang bahawa raja berketurunan lanun.

5. Isu azan, baru-baru ini, hanya untuk menilai tahap sensitiviti orang Islam. Tidak mustahil nanti azan akan diharamkan.

6. Pertandingan tilawah Al Quran akan dihapuskan.

7. NGO Melayu akan dihapuskan. Contohnya PEKIDA dan PERKASA.

8. Perkahwinan Antara-Agama akan digalakkan, Insentif RM 5,000 akan diberikan atas alasan human rights (penghapusan etnik Melayu).

9. Bahasa Inggeris dijadikan bahasa Rasmi. Bahasa kedua adalah Mandarin.

10. Mata pelajaran Agama Islam akan dimansuhkan.

11. Chin Peng akan diberi pengampunan dan diberi gelaran Tun.

12. MARA yang dianggap rasis akan dibubarkan.

Banyak sangat fitnahnya.. keseluruhan fitnah sil abac di ( SINI )

Sementara itu di USIM juga dilaporkan telah berlangsung agenda pembodohan Mahasiswa oleh talibarut UMNO..

Mahasiswa USIM telah dijemput kononnya bagi mendengar taklimat mengenai isu Lahad Datu, tetapi sebaliknya mereka ditayangkan dengan video BERSIH, gambar-gambar himpunan, mengutuk pembangkang serta perjuangan gerakan-gerakan mahasiswa.

Taklimat disampaikan oleh ‘ PEGAWAI BESAR’ dari IPD Bukit Aman.Taklimat juga dihadiri Naib Canselor dan Timb Naib Canselor.

Dalam sesi yang pertama diceritakan tentang keburukan student movement seperti KAMI, SMM dan lain-lain. disertakan juga apa yang berlaku semasa Bersih 3.0 tempohari dan seperti biasa, wajah Safwan Anang, Ahmad Syukri Abd Razab dan Khalid Mohd Ismath turut dipaparkan.

Semuanya dipaparkan saat ketika Bersih 3.0 yang katanya ‘kotor’ sehabis kotor.

Manakala dalam sesi ke dua pula menambah lagi kebobrokan perangai pegawai di HEP dengan menceritakan tentang YB Tian Chua dan YB Nurul Izzah dalam hal dan isu di Lahad Datu.

SUMBER

HANGPA PIKIAQ LA SENDIRI!!!

1 Komen

  1. Hello, after reading this amazing paragraph i am as well happy to share my experience here with colleagues.


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s