Saksikan! Artis Masuk Politik: Kredibiliti Atau Pancing Undi

Wacana Sinar: 'Kredibiliti atau Pancing Undi’
Prof Madya A Razak Mohaideen menjadi moderator wacana Sinar Harian siri ke-18 yang mengundang, Zed Zaidi, Bob Lokman, Datuk Paduka Shuhaimi Baba, Hairie Othman sebagai panelis.

PENGLIBATAN artis tempatan dalam dunia politik sudah bermula sejak dahulu lagi. Namun akhir-akhir ini kelibat mereka dilihat semakin ‘menjadi-jadi’ apabila dijadikan aset sebagai peraih undi rakyat menjelangnya Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Ada berpendapat, populariti mereka adalah faktor utama untuk menarik minat rakyat terhadap parti pilihan mereka.

Sejauh manakah kebenaran dakwaan tersebut.

Sinar Harian mendapatkan reaksi empat panel Datuk Paduka Shuhaimi Baba, Zed Zaidi, Hairie Othman dan Bob Lokman bersama moderator Prof Madya A Razak Mohaideen menerusi Wacana Sinar Harian siri ke-18; Artis dan Politik, Kredibiliti atau Pancing undi.

MODERATOR: Artis Malaysia dikatakan melukut di tepi gantang, kerana di negara luar artis bukan sahaja menjadi ikon tetapi turut terlibat secara langsung dalam politik, di Malaysia artis dikatakan melukut di tepi gantang kerana menjelang pilihan raya umum (PRU) parti-parti politik dilihat menggunakan artis untuk memancing undi.  Apakah benar artis Malaysia melukut di tepi gantang?

Hairie: Saya berpandangan, ketika ini artis sepatutnya lebih prihatin dan faham tentang hak dan tanggungjawab untuk mengundi. Pada saya tidak timbul isu dipergunakan pada PRU atau digunakan untuk pancing undi.

Artis itu sendiri perlu faham tanggungjawab mengundi dan artis itu juga ada hak pilih pemimpin untuk kesejahteraan  dan keadilan kita. Seorang artis atau rakyat itu tidak mengundi, sekiranya pemimpin atau mereka  terpilih  dan memerintah itu tidak sepatutnya terpilih, artis atau rakyat perlu dipertanggungjawab, saya kira itu tanggungjwab kita semua, dalam suasana PRU tidak timbul, tetapi ini tanggungjawab kita ambil berat isu politik dan semasa.

Moderator: Artis ada pengikutnya sendiri, pada pandangan saudara, adakah peluang untuk artis dalam bidang politik negara kerana kita tahu setakat ini jawatan tertinggi yang pernah disandang artis cuma sebagai senator (Ahli Dewan Negara)?

Hairie: Mungkin yang kita lihat sebelum ini pada peringkat pemerintah sebelum ini, walaupun saya tidak ada jawatan apa-apa kita diberi peluang untuk mendedahkan kepada masyarakat kenapa kita memilih bersama Pakatan Rakyat (PR).

Walaupun sudah menang dan tidak menang keseluruhannya, tetapi kita diberi peluang untuk berkongsi pentas dengan jawatankuasa tertinggi PR, dan diraikan dan berkongsi pengalaman.

Shuhaimi Baba: Artis dalam politik dah lama berlaku, seperti di negara lain juga. Sekarang kita tidak boleh pisahkan mana politik atau tidak politik. Hari ini tiada yang peribadi.

Saya sebagai pembikin filem orang yang ada di belakang pentas itu bukan hanya bersuara pada PRU sahaja, saya bersuara sebelum PRU mengenai perkara yang berlaku dalam negara yang melibatkan negara saya.

Tidak ada apa yang luar biasa kalau kita berusaha untuk bersuara di dalam politik. Kami buat filem dengan penuh kasih sayang, ada bajet atau tidak kita akan siapkan juga, mesej kita tema kita adalah kasih sayang, bayangkan filem yang ada tidak ada filem yang tidak ada kasih sayang, kalau Bollywood tidak ada kasih sayang panggung wayang dibakar. Apa yang saya mahu katakan, apa yang kita buat perlu ada integriti kita patut redakan kebencian.

Politik kini meracun fikiran dengan kebencian, kebencian itu satu tema dalam mulut mereka. Artis boleh main peranan untuk seimbangkan kebencian itu, dengan sampaikan apa yang penting untuk kita, negara, dan beritahu hak mengundi, tidak kiralah orang itu tidak sependapat dengan kita, apa yang kita buat integriti itu penting.

Peranan artis itu kalau banyak kebencian, mereka perlu masuk dan redakan kebencian, dengan akhirnya kita boleh bersaudara masih boleh cakap Assalamualaikum, tapi hari ini saya takut lihat kebencian itu. Seolah-olah tidak dapat lihat apa yang betul atau tidak, sebagai contoh sandiwara, pembunuhan polis dan tentera di Lahad Datu, boleh dipanggil sandiwara?

Tidak tahulah berapa orang di sini, saya ada saudara dalam polis dan tentera dan ada yang terkorban sebelum insiden ini.

Bob Lokman: Saya sebenarnya sudah terkeluar dari tajuk ini tiga tahun lalu, tetapi selepas bersara saya sudah buang semuanya. Tetapi kerana saya pernah terlibat dengan artis dengan apa yang kita bincang hari ini, antara kredibiliti dengan pancing undi artis itu.

Memang kredibiliti artis itu untuk pancing undi, sememangnya, dia masuk sebagai artis, tidak perlu tunjuk diri dia pandai sebagai ahli politik, tidak perlu dia bercakap banyak pun, contoh pada satu ceramah ini, ramai orang lain, tetapi saya orang letak akhir sekali bila berucap sebab saya umpan.

Orang akan tunggu, bila Bob Lokman akan bercakap, sebelum, Bob Lokman bercakap orang lain akan bercakap dengan maklumat politik, dan kerja politik memang begitu, untuk beritahu kepada orang apa hasrat parti masing-masing.

Kalau saya bercakap dulu, orang lain (ahli politik) biasanya semua orang dah dengar, maknanya kalau saya bercakap dulu, saya cakap baik ke tidak baik ke, cakap pandai ke bodoh ke lepas saya balik, orang pun balik. Jadi kredibiliti saya terbukti di situ bahawa saya memancing undi.

 

 

 

1 Komen

  1. Suhaimi Baba sebelum nak bercakap tentang islam tengok diri tu dulu…cai UBN memang mangkuk..


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s