Awat Sampai Lagu Tu Sekali! Metro Takut Untuk Menerima Dan Menjual Iklan Dari Kerajaan Negeri PP !

Hasrat kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang untuk menyiarkan iklan program pembasmian kemiskinan di negeri itu ditolak oleh sebuah akhbar utama berbahasa Melayu.

Difahamkan bahawa akhbar Harian Metro tidak mahu menjual ruang iklan kepada parti pembangkang.

“Kerajaan negeri mahu membeli iklan bagi program pembasmian kemiskinan untuk menghapuskannya pada tahun ini dan untuk mendaftar keluarga yang berpendapatan rendah.

“Kami pergi ke Harian Metro dan mereka berkata sekiranya iklan daripada kerajaan pembangkang Pakatan Rakyat, mereka tidak menerimanya,” kata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam sidang medianya pagi ini.

Bercakap selepas merasmikan saluran internet DAP Ubahtv, Lim berkata Harian Metro kekal dengan pendiriannya itu sekalipun dimaklumkan iklan tersebut tidak bersifat politik dan ia adalah daripada kerajaan negeri.

“Ini satu yang perkara yang pelik di Malaysia… Kami mahu memberi duit, tapi mereka tak mahu,” katanya.

Malaysiakini telah menghubungi bahagian pengiklanan NSTP, tetapi gagal mendapat penjelasan lanjut daripada mereka.MK

ADMIN-

Aku rasa pihak Media telah di larang untuk menyiar apa-apa juga bahan atau cerita tentang PR sekali pun ia berbentuk iklan yang lansung tidak berkaitan dengan politik kepartian..Larangan pastinya datang dari kementerian kalau tidak mana munkin Metro menolak dari berurusan dengan kerajaan Negeri PP yang di pimpin oleh PR…Jangan kata aku fitnah pula, kalau tak ada angin tak munkin pokok bergoyang kan simple.Kalau melibatkan kementerian tentu dari UBN sebab sekarang ni yang mentakbir negara adalah UBN tak gitu?Kenapa harus menyekat demokrasi media kalau melibatkan PR tak boleh di siarkan,yang melibatkan UBN fitnah dan cerita prono boleh pulak di siarkan..tak haram jadah ka namanya…Demokrasi dan kebebasan Media apa yang di amalkn oleh UBN..

HANGPA PIKIAQ LA SENDIRI!

Advertisements

1 Komen

  1. I’ve been browsing online more than 3 hours today, yet I never found any interesting article
    like yours. It’s pretty worth enough for me. Personally, if all web owners and bloggers made good
    content as you did, the web will be much more useful than ever before.


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s