Gempar! Lepas 48 jam, NGO India mahu ‘langgar’ Zul Noordin

Selepas didedahkan PKR semalam, sekumpulan aktivis NGO India terus membuat laporan polis terhadap anggota parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin atas dakwaan menghina agama Hindu.

Setiausaha Agung Persatuan Progresif India Malaysia (Mipas) S Baradidathan membuat laporan itu di Petaling Jaya tengah hari semalam.

NONEBaradidathan menyifatkan, kenyataan Zulkifli, yang rakaman videonya boleh ditonton di Youtube sebagai penghinaan amat besar dan hasutan yang boleh menjejaskan ketenteraman awam.

“Kami memohon supaya siasatan dan tindakan terhadap yagn berhormat ahli parlimen bebas Kulim-Bandar Baharu dimulakan dengan segera,” laporan polis yang salinannya dihantar kepada pihak media itu dipetik.

Sementara itu, Mipas juga memberikan 48 jam, bermula semalam kepada Zulkifli untuk memohon maaf secara terbuka kepada masyarakat Hindu atau bakal berdepan bantahan besar-besaran di seluruh negara.

Naib Presiden PKR N Surendran semalam mendesak Zulkifli yang juga naib presiden kumpulan pendesak Melayu PERKASA disiasat bawah Kanun Keseksaan ekoran kenyataannya itu.

Dalam video itu Zulkifli kelihatan seperti menyampaikan ceramah agama di surau dan menceritakan perbualannya dengan seorang penjual berhala Hindu berhampiran di Kuala Lumpur yang kedainya baru dilanda banjir.

Perbualan itu antaranya memuatkan persoalan sekitar kenapa tuhan di kedai itu tidak menahan air daripada memasuki kedainya itu.

Malaysiakini semalam cuba menghubungi Zulkifli bagi mendapat komennya tetapi tidak berjaya.

NONESementara itu, Pasukan Bertindak India Nasional (NIAT) yang dipengerusikan oleh Datuk Thasleem Mohd Ibrahim (kiri) juga membuat laporan polis di IPD Dang Wangi berhubung perkara itu semalam.

“Sebagai seorang Islam, saya malu dengan kenyataan Zulkifli kerana Islam melarang seseorang dariapda menghina agama dan bangsa lain,” katanya.

Sementara itu, Presiden Hindu Sangam RS Mohan Shan pula berkata, video yang dipercayainya diucapkan pada 2011 itu mendapat kecaman menyeluruh pelbagai pihak, justeru Zulkifli patut dikenakan tindakan.

“Kenyataan yang nakal dan merosakkan itu telah mencetuskan perasaan tidak puas hati masyarakat Hindu dan jika tidak dibendung akan merosakkan hubungan damai pelbagai kaum dan agama di negara itu,” kata Mohan semalam.

Sementara itu, kumpulan persaudaraan untuk hak asasi manusia AsSajjad Movement dalam kenyataannya menyifatkan Zulkifli sebagai melampaui batas sivil dan “terang-terangan mempersendakan agama Hindu”.
“AsSajjad Movement berharap seseorang Muslim yang komited untuk menjadi insan bertakwa dapat menghormati hak-hak kaum minoriti.

“Sesungguhnya dalam era akhir zaman ini, tidak ada satu peradaban dapat berdiri sendiri tanpa berdialog dengan peradaban lainnya,” kata kumpulan itu dalam kenyataannya hari ini.MK

3 Komen

  1. You can work at home to make easy money online fast in the next 5 minutes.

    Thanks to the internet you have many options from which to choose.
    adsense_ad_unit += ” +.

  2. Hello would you mind letting me know which hosting company
    you’re working with? I’ve loaded your blog in 3 completely
    different browsers and I must say this blog loads a lot faster then most.
    Can you suggest a good web hosting provider at a reasonable price?
    Many thanks, I appreciate it!

  3. Good day I am so thrilled I found your weblog, I really found you by error, while I was researching on Aol for something else, Regardless I am here now and would just like to say kudos for a marvelous post and a all round exciting blog (I also love the theme/design), I don’t have time to look over it all at the moment but I have bookmarked it and also included your RSS feeds, so when I have time I will be back to read a lot more, Please do keep up the awesome work.


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s