13Mei Angkara Tun Mahathir Kerana Gila Kuasa!

 Rusuhan kaum 13 Mei berpunca dari percubaan untuk merampas kuasa dari Tunku Abdul Rahman yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Umno termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Tamrin Tun Ghafar.

Anak bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Ghafar Baba itu berkata, perkara tersebut diberitahu sendiri kepada beliau dan Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh bekas Menteri Dalam Negeri, Tun Ghazali Shafie.

“(Menteri Dalam Negeri ketika itu) Ghazali (Shafie) memberitahu Anwar (Ibrahim) dan saya, ketika kami berada dalam Pemuda Umno, bahawa kejadian itu adalah percubaan kecil untuk merampas kuasa yang dirancang pemimpin-pemimpin Umno dan Mahathir turut terlibat,” kata Tamrin dalam ceramahnya di Gelang Patah malam tadi.

“Tunku telah menulis dalam kolum ‘As I See It” dalam akhbar The Star, dua tahun sebelum beliau meninggal dunia, bahawa kejadian itu adalah percubaan merampas kuasa yang sengaja dilakukan pemimpin-pemimpin Umno yang kemudiannya menyalahkan DAP dan Cina,” katanya lagi.

(Tun Ghafar dan Tunku Abdul Rahman)

Pendedahan Tamrin itu sama dengan apa yang didapati oleh hasil kajian Pengarah Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Dr Kua Kia Soong tentang peristiwa berdarah 13 Mei itu.

 Menurut Dr Kua, peristiwa 13 Mei adalah akibat dari percubaan merampas kuasa dari Tunku yang dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri pada masa itu, Tun Abdul Razak Hussein yang turut disokong oleh Dr Mahathir.

Tamrin seterusnya menceritakan, Tunku telah mengusir Dr Mahathir dari Umno kerana menulis surat menuntut Tunku meletak jawatan selepas rusuhan itu.

“Selepas Tunku berundur dan Razak mengambil alih jawatan Perdana Menteri, dia membawa Dr Mahathir masuk Umno semula dan melantiknya sebagai Menteri Pelajaran.

“Perkara itu menunjukkan Razak terhutang budi kepada Dr Mahathir (kerana menuntut Tunku berundur),” kata beliau sambil menambah Lim Kit Siang tidak ada di Kuala Lumpur ketika rusuhan itu berlaku.

Tamrin berkata, tindakan Umno menakut-nakutkan orang Melayu dengan peristiwa 13 Mei membuktikan parti itu begitu terdesak kini.HD

Advertisements

UBN Nampaknya Senang Juga Di Pelembu Oleh India nI..,Orang Yang Sama Tiga Kali Berlakon Keluar PR..

(Ini kali ketiga dia umum keluar PKR)

Individu India yang mengistiharkan diri keluar parti Keadilan Rakyat (PKR) di Dewan Undangan Negeri (Dun) Seberang Jaya dua hari lepas pernah mengumumkan keluar parti dua kali sebelum ini.

Naib Ketua Cabang PKR Permatang Pauh, Abdul Jalil Che Ros dalam kenyataan berkata, N. Ponnusamy bukan Pembantu Khas kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sepertimana yang tonjolkan dalam media sebaliknya jawatan tersebut dilantik oleh beliau sendiri kononya mewakili kaum India.

“Mana mereka ambil sehingga 1,200 orang India sedangkan di bahagian Permatang Pauh sendiri hanya 440 sahaja ahli PKR keturunan India,” terangnya.

Baginya, pertama kali N.Ponnusamy istihar keluar parti ialah kerana kecewa dan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan  Datuk Seri Anwar.

Keduanya beberapa bulan lalu di mana beliau berserta 200 orang ahli PKR Permatang Pauh keluar parti dan sertai DAP kerana kecewa dengan sikap Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman kerana langsung tidak memperdulikan nasib masyarakat India.

Manakala pada 28 April sekali lagi N.Ponnusamy sekali lagi buat pengumuman keluar parti bersama 1,200 ahli PKR menerusi jurucakap kumpulan terbabit bekas Timbalan Setiausaha Agung PKR, S. Jenapala.

“Peristiwa terbabit amat memalukan.  Semua kepimpinan Umno termasuk calon BN Parlimen Permatang Pauh, Dr.Mazlan Ismail diperbodohkan begitu sahaja,” ujarnya senyum sinis melihat Umno sudah terkena perangkap N.Ponnusamy.

Dakwat Kekal Yang Tidak Kekal…Apa Muslihat SPR!

( Isteri anggota tentera menunjukkan laporan polis yang dibuatnya)

 

Ekoraan, dakwat ‘kekal’ Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hilang dalam masa beberapa jam sahaja, seorang isteri tentera membuat laporan polis hari ini.

Seorang isteri tentera di Kem Batu 3 Jalan Mersing di sini yang membuang undi awal  pagi ini terkejut apabila dakwat yang dicalit di jarinya hilang selepas beliau memasak, membuat kerja-kerja rumah dan membasuh baju sesampainya di rumah pada awal petang.

(Isteri anggota tentera menunjukkan dakwat pada jarinya yang telah hilang kepada calon DAP Kluang)

 

“Saya terkejut kerana saya ada membaca laporan akhbar yang mengatakan pengerusi SPR berkata bahawa dakwat itu boleh kekal selama lima hari. Saya terus menelefon bapa saya untuk memberitahu hal ini,” katanya kepada Roketkini.com, sambil menambah bahawa suaminya berada di luar kawasan kerana menyertai operasi.

Beliau yang enggan namanya disiarkan telah dinasihatkan oleh bapanya untuk membuat laporan polis tentang perkara itu di sini petang tadi.

Surirumah yang berusia 25 tahun dan mempunyai dua anak itu turut memaklumkan perkara tersebut kepada calon PAS bagi DUN Mahkota, Khairul Faizi dan calon DAP bagi Parlimen Kluang, Liew Chin Tong.

“Saya membuat laporan polis kerana saya bimbang berlakunya manipulasi kerana saya dimaklumkan bahawa dakwat ini tidak boleh hilang (warna) selama lima hari sepertimana yang dikatakan oleh pihak SPR,” tambah beliau.HD

PR Di Jangka Menang Peringkat Pusat Pada Pru13….Najib Pasti Dapat Darah Tinggi Lepas Tengok Kajian Dari Universiti Selangor[UNISEL]

 

 Dapatan kajian Universiti Selangor (Unisel) menunjukkan Pakatan Rakyat (PR) mencatatkan 50.6 peratus manakala BN mencatat 49.4 peratus dalam aspek jangkaan menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) di peringkat Persekutuan.

Di peringkat negeri Selangor pula, PR mencatatkan 61.4 peratus dan BN 38.6 peratus dalam jangkaan menang dalam PRU13. 

Kajian tersebut dilakukan ke atas 1,015 responden terdiri daripada pengundi berdaftar di Selangor bermula 1 Februari hingga 31 Mac lalu.

Pembentangan oleh pensyarah Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial Unisel, Dr. Muhammad Shamshinor Abdul Azzizs itu turut menunjukkan dapatan kajian berkaitan parti yang dijangka menang dalam PRU13 di peringkat persekutuan dan negeri.

Di peringkat persekutuan, responden di kalangan pengundi Cina mencatatkan peratusan tertinggi yang menjangkakan PR akan menang iaitu sebanyak 53.5 peratus manakala sebanyak 46.5 peratus menjangkakan BN akan menang.

Bagi kaum Melayu pula, sebanyak 52.3 peratus menjangkakan PR akan menang dan 47.7 peratus menjangkakan BN akan menang.

Manakala responden India cenderung meramalkan BN akan menang di persekutuan iaitu sebanyak 62.9 peratus dan 37.1 menjangkakan PR akan menang.

Sementara itu, kajian berkaitan persepsi ketokohan kepimpinan di Negeri Selangor mendapati kedudukan Tan Sri Khalid Ibrahim lebih tinggi berbanding Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Najib Razak.

Sebanyak 63.1 peratus responden meyakini kepimpinan Khalid, 58.4 peratus meyakini kepimpinan Anwar dan 51.2 peratus meyakini kepimpinan Najib.

Pembentangan kajian impak program kerajaan terhadap pola pengundian di Selangor menjelang PRU yang diadakan di Menara Yayasan Selangor itu turut turut mendapati inisiatif 20 meter padu air percuma sebulan paling disukai iaitu sebanyak 91 responden menyokongnya.

Kajian berkaitan persepsi positif terhadap program kerajaan negeri mendapati sebanyak 79 peratus menyokong program Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas), 77 peratus menyokong program baucar RM100 ‘jom shopping’ warga emas, 83 peratus menyokong hadiah anak masuk universiti RM1000 dan 83 peratus menyokong khairat kematian RM2500.HD

Bongkar! Lelaki Asal Poster Bangla Kawin Jadi Melayu Tak Puas Hati…

Kata pemilik gambar di akaun FBnya:
Gambar pengantin ini saya ambil pada 15 May 2007….. mengguna gambar ini di luar pengatahuan saya….gambar isteri telah ditukar… tak kira lah sape pon yng buat… INI KERJA TAK ELOK dan TAK BERTANGGUNG JAWAB
 Tindakan pihak terdesak ini memang tidak bertanggungjawab. Rata-rata pemberi komen mencadangkan pemilik gambar agar mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak terbabit. Tepuk dada tanya selera!
Poster kempen BN yang turut memaparkan gambar calon BN di Putrajaya Tengku Adnan ini mula heboh diperkatakan di laman sosial sejak semalam. Ada dua isu yang diperkatakan sebelum timbul isu hak milik di atas, iaitu:
BERSYUKUR KEPADA BN
ORANG BANGLA BERTUKAR MENJADI MELAYU
Sudahlah menggunakan gambar orang tanpa meminta izin, kemudian menggambarkan pula orang Bangla bertukar menjadi Melayu selepas berkahwin. Selepas itu, mesej poster itu meminta rakyat Malaysia bersyukur kepada BN seolah-olah segala macam rezeki datang daripada BN bukannya daripada Allah. Mengucap panjanglah kalau terdesak sangat pun!
Betullah kata Faizal Tahir:
Kah kah kah!sumber

Umno BN Dah Memang Kemaruk Cabul Mahasiswa Di Program Najib

 

Dua mahasiswa 19 tahun dari Kolej Universiti Selatan mendakwa mereka dicabul secara seksual oleh beberapa orang penyokong BN semasa majlis yang dihadiri perdana menteri kerajaan sementara Datuk Seri Najib Razak semalam.

Enggan nama mereka disebut, kedua-dua mahasiswa itu, hadir dengan dua lagi rakannya bagi menceritakan kembali peristiwa itu kepada Malaysiakini ketika ditemui di Johor Bahru hari ini.

Najib hadir ke kolej itu di Skudai, Johor bagi merasmikan majlis pecah tanah untuk kampus barunya manakala dua gadis itu ditugaskan sebagai wanita pengiring bagi menyerahkan pen supaya perdana menteri dapat menandatangani plak.

“Majlis itu diadakan atas sebuah platform di padang. Kami pakai cheongsam.

“Bersama pelajar lain yang memakai pakaian tradisional masyarakat masing-masing, kami mengiring Najib ke dewan universiti selepas majlis pecah tanah itu,” cerita gadis pertama, yang mahu dikenali sebagai ‘X’.

Bagaimanapun, selepas Najib dan jurugambar media naik ke pentas, sekumpulan penyokong terdiri daripada lelaki muda berpakaian biri BN juga terasak ke pentas.

Katanya, beliau dan rakannya – yang kami rujuk sebagai ‘Y’, juga berada di atas pentas tetapi tertolak daripada Najib oleh penyokong yang mengelilinginya.

Penyokong-penyokong yang kasar itu kemudian bersama-sama memasuki kampus, dengan Najib menaiki motosikal mereka.

“Tempat itu sungguh padat. Kami malah tak dapat dekati perdana menteri untuk menyerahkan pen kepadanya, jadi kami serahkan kepada pembantunya.

“Kemudian ada seseorang sentuh punggung saya. Saya beritahu dia (Y) ‘seseorang sedang sentuh saya’…,” katanya. sumber

Inikalilah!Kalau Najib Tengok Gambar Ni Boleh Senak Perut…Sembelit Pun Boleh!!!…Ceramah Di Han Chiang Pulau Pinang Dengan Kehadiran 70 Ribu Orang..

Image

Ceramah@Perhimpunan Rakyat di Han Chiang PP..Gambaq-gambaq ni kalau Umno tengok buleh teriak!kalau tak teriak pun boleh kecut perut dengan kehadiran 70ribu orang.Padang di banjiri dengan ribuan manusia,Ini menunjukan rakyat Pulau Pinang menghantar mesej terang kepada Umno BN INIKALILAH!

Hangpa tengok dan nilai sendiri..

HANGPA PIKIAQ LA SENDIRI!

 Sumber gambar