Ayahda Ridzwan Serah Diri Bantu Siasatan

KUALA LUMPUR, 1 April — Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Datuk Seri Muhammad Ridzwan Sulaiman hari ini menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang bagi membantu siasatan berhubung pencerobohan bersenjata di Sabah.

Beliau, yang memakai baju Melayu merah dan berserban, hadir bersama lebih 10 orang kenalannya di balai polis itu pada 11.05 pagi tadi.

Bercakap kepada pemberita sebelum menyerah diri kepada pihak polis, Muhammad Ridzwan mengaku memberi bantuan kewangan kepada Sultan Sulu, Jolo, selatan Filipina iaitu Sultan Muedzul Lail Tan Kiram yang pernah ditemuinya pada 15 dan 16 Sept tahun lalu.

Beliau bagaimanapun menafikan bahawa Jamalul Kiram, yang dipercayai menjadi dalang pencerobohan di Sabah, adalah Sultan Sulu.

“Saya tidak kenal pun Jamalul Kiram,” katanya.

Muhammad Ridzwan menyerah diri hari ini berikutan kenyataan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib semalam yang memintanya menyerah diri dengan segera di mana-mana balai polis berhampiran.

Hamza berkata Muhammad Ridzwan, yang tidak terlibat dengan pengganas bersenjata dari selatan Filipina, boleh membantu pihak polis dalam siasatan mengenai kes pencerobohan di Lahad Datu pada 12 Feb lepas. – Bernama

4 Komen

  1. I have been browsing online more than three hours today, yet I never found any interesting article like yours.
    It is pretty worth enough for me. In my opinion, if all web
    owners and bloggers made good content as you did, the internet will be much more useful than ever before.

  2. It’s difficult to find experienced people about this topic, but you sound like you know what you’re talking about!
    Thanks

  3. Appreciating the time and energy you put into your blog and detailed information you provide.

    It’s good to come across a blog every once in a while that isn’t the same outdated rehashed information.

    Excellent read! I’ve saved your site and I’m adding your RSS feeds to my Google account.

  4. I feel this is one of the so much significant information for me.
    And i am satisfied studying your article. However wanna observation
    on few general things, The web site taste is perfect, the
    articles is actually nice : D. Just right process, cheers


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s