Kini Harga Moto Pula Akan Turun Kata Rafizi!

Rafizi berkata sekarang ini, bagi model motorsikal paling murah sekitar RM5,500 pun, jumlah cukai yang dikenakan adalah RM1,334 (cukai eksais dan cukai jualan). – Gambar failPETALING JAYA, 1 April — Pakatan Rakyat (PR) berikrar untuk memotong cukai eksais kenderaan termasuk motosikal, kata Rafizi Ramli hari ini, memberikan jaminan kepada rakyat berpendapatan rendah mereka tidak akan dilupakan dalam polisi penjimatan kos di bawah pemerintahan PR.

Pengarah strategi PKR itu mengatakan di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) hari ini, pemilik motosikal perlu membayar cukai eksais sehingga 20 peratus untuk motosikal berkuasa 150cc ke bawah dan 30 peratus bagi yang berkuasa 150cc ke atas.

“Ini bermakna bagi model motorsikal paling murah sekitar RM5,500 pun, jumlah cukai yang dikenakan adalah RM1,334 (cukai eksais dan cukai jualan),” kata beliau dalam satu sidang akhbar di Ibu Pejabat parti di sini.

Beliau menambah, lebih membebankan lagi, tiada institusi kewangan yang menawarkan pinjaman sewa beli terhadap pembelian motosikal berkuasa rendah kerana ia tidak menawarkan pulangan yang berbaloi.

Oleh kerana itu menurut Rafizi, rakyat berpendapatan rendah yang memerlukan motosikal sebagai kenderaan mereka perlu membeli dari kedai persendirian dengan kadar faedah lebih tinggi yang boleh mencecah 10 peratus.

“Ini adalah realiti ekonomi yang ramai orang tidak perasan… oleh kerana ramai daripada mereka daripada kelas pekerja mempunyai pilihan untuk memiliki kereta, akan tetapi ramai yang bergantung kepada motosikal.

“Tetapi, pembeli dari golongan berpendapatan rendah terpaksa meminjam dari kedai yang menjual motosikal dan menanggung kadar faedah yang tinggi sehingga ada yang mencecah 10 peratus, oleh kerana tiada skim kewangan,” katanya.

“Jadi anda boleh bayangkan bagaimana beban ini kepada golongan terendah dalam masyarakat, saya fikir pada kadar yang sama, mereka juga boleh membayar kira-kira RM200 sebulan di mana RM50 adalah faedah … itu banyak,” katanya.

Menunjuk ke janji sebelumnya oleh PR untuk mengurangkan beban cukai tiga kali ganda kepada pemilik kereta dengan mengurangkan duti eksais secara berperingkat, Rafizi berkata dasar itu akan turut termasuk pemilik motosikal.

Beliau berkata walaupun terdapat kritikan dari pengkritik PR, buku-buku kewangan kerajaan kerana ia telah dimasukkan dalam anggaran RM7 bilion kerugian yang akan berlaku daripada mengurangkan duti eksais.

Menurut Rafizi, cadangan yang dikaji di peringkat Jawatankuasa Pakatan Rakyat adalah agar kadar penurunan cukai eksais bagi motosikal adalah sama seperti kadar penurunan cukai eksais bagi kereta, iaitu sebanyak 20 peratus setahun sepanjang lima tahun di bawah PR.

Beliau mengatakan PR telah bersetuju untuk memperuntukkan RM2 bilion setahun bagi tempoh 2013 – 2017 bagi memastikan aliran tunai negara tetap berimbang dengan penghapusan cukai eksais.

Pada Febuari lalu, Rafizi mengatakan pengurangan cukai eksais akan ditampung dengan lelongan terbuka Approved Permits (AP) bagi kenderaan import.MI

Advertisements

7 Komen

  1. I appreciate you for sharing this post, I’m a big fan of this website would like to be updated.

  2. Wow that was odd. I just wrote an incredibly long comment but after I clicked submit my comment didn’t appear. Grrrr… well I’m not writing all that over again.
    Anyways, just wanted to say excellent blog!

  3. It’s awesome to visit this web site and reading the views of all friends concerning this post, while I am also keen of getting knowledge.

  4. You’re so interesting! I do not suppose I have read through a single thing like this before. So nice to discover another person with a few unique thoughts on this issue. Really.. thanks for starting this up. This website is one thing that is needed on the internet, someone with a bit of originality!

  5. Magnesium is a micronutrient found in bones, tissues and organs.
    This leads your blood pressure to rise substantially.
    For a discussion of how much COQ10 you should take daily, click here.
    If you are already taking maintenance medications
    for your BP, do not stop taking them and do not change them
    without your doctor’s advice. It also improves the health of blood vessel walls and relaxes blood vessels so blood pressure lowers.

  6. Hi friends, how is the whole thing, and what you want to say on the topic of this paragraph, in
    my view its in fact remarkable designed for me.

  7. No matter if some one searches for his essential thing, so he/she needs to be available that in detail, thus that thing is maintained over here.


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s