Panas!Ayahda Al-Ehsan Sedang Di Cari Polis, Bantu Kes Pencerobohan Lahad Datu

KUALA LUMPUR, 31 Mac — Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib mendedahkan pihaknya ketika ini sedang memburu individu bergelar Datuk Seri Mohd Ridzwan Sulaiman dan berharap orang ramai yang mempunyai maklumat tentangnya untuk berkongsi bagi membantu siasatan.

Menurut laporan portal berita Astro Awani, Hamza berkata pihaknya berhadapan kesukaran untuk menjejaki individu tersebut memandangkan tidak mempunyai banyak maklumat.

“Kepada sesiapa yang mengenali lelaki ini, diharap supaya melaporkan kepada pihak berkuasa ataupun beliau sendiri menyerahkan diri di balai polis berhampiran,” kata Hamza yang dipetik berkata dari laman sesawang Astro Awani.

Menurut Hamza lagi, individu yang dikehendaki tersebut berasal daripada Pulau Pinang dan jawatannya yang terakhir dikenalpasti sebagai Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Al Ehsan Islamiah Malaysia.

Penceroboh Sulu bersenjata seramai 235 militan yang diketuai Agbimuddin Kiram telah mendarat di Lahad Datu, Sabah pada 9 Febuari untuk mengemukakan tuntutan terhadap negeri utara Borneo itu.

Sehingga Jumaat lalu, pencerobohan telah menyebabkan kematian 63 orang militan bersenjata Sulu, menurut angka daripada pasukan keselamatan Malaysia, ia juga menyebabkan kematian lapan orang anggota polis dan dua orang tentera.

Malaysia melancarkan Ops Daulat pada 5 Mac untuk menghapuskan pemberontak bersenjata Filipina selepas rundingan gagal membuahkan hasil.

Manila telah berkata mereka tidak akan menggugurkan tuntutan kesultanan tersebut terhadap Sabah, walaupun pihak berkuasa Malaysia menegaskan tuntutan itu tidak lagi sah kerana negeri tersebut telah bersama-sama membentuk Malaysia pada tahun 1963.MI

KENYATAAN  RASMI TERKINI AYAHDA:

Assalamualaikum, Ayahanda Dato Seri’ Muhammad Ridhwan Bin Sulaiman Merangkap Presiden Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiah Malaysia akan membantu pihak Polis berkaitan siasatan Operasi Isu Pencerobohan Lahad Datu, Sabah.
Untuk pengetahuan, Ayahanda Tidak berkaitan Dengan Pengganas mahupun Jamalul Kiram III. Beliau Hanya Mengenali SULTAN MUEDZUL-LAIL TAN KIRAM merangkap Raja Muda (Crown Prince) yang disahkan oleh Kerajaan Filipina. Tujuan beliau menolong adalah hanya untuk membantu Umat Islam yang tidak berkemampuan Di Sulu.
 Diminta pihak-pihak tertentu supaya Tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan Isu ini. Ikuti Perkembangan Melalui Media Massa dari semasa ke masa.
Amar Maaruf Nahi Mungkar,
Sekian, Harap Maklum.
AYAHDA RIDZWAN MENAFIKAN MENYALUR DANA KEPADA PENGGANAS SULU:

Hamza Taib menunjukkan gambar Muhammad Ridzwan Sulaiman yang dicari bagi membantu Operasi Daulat pada sidang akhbar di Lahad Datu, semalam.

KUALA LUMPUR 31 Mac – Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiah Malaysia (Al-Ehsan Islamiah), Datuk Seri Muhammad Ridzwan Sulaiman menafikan dakwaan beliau menyalurkan dana kepada kumpulan pengganas Kiram.

Walau bagaimanapun, katanya, beliau ada menyalurkan dana kepada masyarakat Islam di Sulu, Filipina.

Katanya, dana itu sebagai kerja-kerja kebajikan pertubuhannya bagi membantu masyarakat Islam di sana yang hidup dalam keadaan daif.

“Dana yang disalurkan adalah perkara biasa yang kami lakukan untuk membantu negara Islam dan masyarakat Islam di sana. Tiada kaitan dengan pengganas Kiram,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini malam ini.

Polis hari ini melaporkan Muhammad Ridzwan merupakan individu dikehendaki kerana dipercayai merupakan penyalur dana kepada kumpulan pengganas Kiram yang menceroboh Sabah.

Menurut Muhammad Ridzwan, beliau akan membuat laporan di balai polis sebelum ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini, bagi memberi keterangan berhubung perkara tersebut.

“Saya akan memberi kerjasama dengan polis. Saya baru tahu perkara ini kerana tadi pun ada seorang wartawan telefon saya.

“Saya agak sibuk kebelakangan ini kerana sedang dalam persiapan untuk bertanding sebagai calon bebas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perai. Sekarang saya dalam perjalanan ke Kuala Lumpur,” katanya.sumber

Advertisements

2 Komen

  1. Reblogged this on jiwa hamba.

  2. Hemmmmm


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s