Zulkifli Noordin Dah Goyang Tak Berani Mengaku Kesalahan,Sendiri Buat Sendiri Tangung Jangan Salahkan Orang Lain

BALING, 1 April — Anggota Parlimen Kulim/Bandar Baharu Datuk Zulkifli Nordin hari ini mengakui pernah membuat membuat ucapan yang dikaitkan dengan penghinaan terhadap agama Hindu tetapi menjelaskan ucapan itu dibuat 10 tahun lalu ketika beliau berada dalam parti PAS.

Beliau yang mengakui kesilapannya itu dan memohon maaf kepada masyarakat Hindu di negara ini mengenai ucapannya itu yang dibuat pada satu ceramah di markas PAS.

Zulkifli yang sudah insaf dengan kesalahannya itu mempersoalkan tindakan parti-parti pembangkang menggunakan ucapan lamanya sewaktu beliau menyokong dan bersekongkol dengan parti-parti pembangkang untuk memburukkan beliau.

“Saya sudah insaf dan meminta maaf kepada masyarakat Hindu sebelum isu itu timbul…saya telah meninggalkan perjuangan dan jawatan dalam PAS yang banyak memesong saya selama ini daripada landasan yang betul,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah pada Majlis Penggerak PRU-13 Kawasan Parlimen Baling di sini.

Katanya ketika itu beliau merupakan peguam kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat yang melibatkan ketua pembangkang itu.

“Saya banyak lakukan kesilapan sewaktu menjadi peguam beliau dan membuat ucapan di mana-mana majlis anjuran PAS dan PKR kerana terlalu taksub dengan matlamat perjuangan kedua-dua parti itu yang akhirnya saya dapati amat jauh terpesong dari landasan sebenar,” katanya.

Katanya sikap terbuka dan rendah diri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang sanggup meminta maaf kepada rakyat membuatkan beliau terfikir yang

beliau perlu meninggalkan perjuangan yang terpesong itu demi masa depan negara dan rakyat.

Beliau turut meminta masyarakat supaya tidak mengaitkan ucapan lama beliau yang didakwanya telah diputarbelitkan.

Mengenai sama ada beliau akan bertanding pada pilihan raya umum ke-13  (PRU-13), Zulkifli berkata beliau ada menerima beberapa tawaran dan sedang menimbangkannya.

Pada PRU-12, Zulkifli menang di kerusi Parlimen Kulim/Bandar Baharu sebagai calon PKR tetapi kemudian menjadi anggota Parlimen Bebas. — Bernama

Admin:

Zul Noordin seperti melepas batuk ditangga,setelah tersepit dengan ucapan yang beliau sendiri buat kini menyalahkan PAS pulak kononnya banyak telah memesongkan dirinya daripada kelandasan yang betul…Kah.kah.kah.Apa kena-mengena ucapan menghina Hindu dengan PAS atau PR..sendiri buat sendiri tanggung la jangan salahkan orang lain pulak…Dasar peguam separuh masak Al-Kataki Zul Noordin tak boleh di percayai..Hari  ni minta maaf besok buat lagi manusia yang tak pernah serik dan tak pernah mengaku kesilapan dan memohon maaf secara jujur…

HANGPA PIKIAQ LA SENDIRI!!!

Advertisements

3 Komen

  1. Oh my goodness! Awesome article dude! Many thanks, However I am experiencing issues with your RSS.
    I don’t understand the reason why I can’t subscribe to it.
    Is there anybody else having similar RSS problems?
    Anybody who knows the solution can you kindly respond?
    Thanx!!

  2. This is the perfect webpage for everyone who hopes to find out about this
    topic. You know a whole lot its almost hard to argue with you (not that I actually
    will need to…HaHa). You certainly put a brand new spin on a subject
    that has been written about for a long time. Wonderful stuff, just excellent!

  3. We’re a group of volunteers and starting a new scheme
    in our community. Your site offered us with valuable info to work on. You
    have done a formidable job and our entire community will be thankful to you.


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s