Datuk Sri Najib Akan membuat Pengumuman Penting Secara Lansung Pada Pukul 11.30 Pagi ini Di RTM…Munkinkah Najib Akan Membubarkan Parlimen?

Najib Tun Razak
Datuk Seri Najib Tun Razak

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan berucap secara langsung di RTM 1 pada jam 11.30 pagi ini, demikian menurut portal Media Umno Online.

Beliau dijangka akan membuat pengumuman penting, dipercayai berkaitan Pilihan Raya Umum ke-13.

Dalam pada itu, Bernama memetik kenyataan laman mikro Twitter Jabatan Perdana Menteri bahawa beliau akan muncul di televisyen secara langsung pada pukul 11.30 pagi ini.

Sebelum ini, laporan media meramalkan perdana menteri akan mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat untuk memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-13 hari ini.

Terdahulu pagi ini, perdana menteri menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di Istana Negara sebelum mempengerusikan mesyuarat mingguan Jemaah Menteri di Putrajaya.

Kenderaan rasmi perdana menteri dilihat memasuki kawasan Istana Negara pukul 8.10 pagi sebelum dilihat bergerak keluar kira-kira sejam kemudian.

Pada pukul 9.50 pagi, Najib yang berpakaian lounge suit gelap dan bertali leher merah tiba dengan wajah ceria di Kompleks Perdana Putra di Putrajaya untuk mempengerusikan mesyuarat mingguan Kabinet.

Beliau disambut dengan tepukan oleh jemaah menteri yang mengucapkan tahniah sempena ulang tahun ke-4 Najib sebagai perdana menteri.

Hadir sama ialah Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa dan Timbalan Ketua Setiausaha (Kabinet) Tan Sri Mazidah Abdul Majid.

Najib dijangka bergambar bersama barisan jemaah menteri selepas mempengerusikan mesyuarat.

Hari ini genap empat tahun Najib menerajui negara selepas dilantik sebagai perdana menteri. Beliau menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi pada tahun 2009.SH

3 Komen

  1. Thanks , I’ve just been looking for info about this topic for ages and yours is the greatest I have came upon till now. However, what about the conclusion? Are you positive concerning the supply?

  2. You ought to be a part of a contest for one of the greatest sites on the net.
    I will highly recommend this site!

  3. Nice weblog here! Also your web site quite a bit up very fast!
    What web host are you the use of? Can I am getting your associate link on your
    host? I desire my web site loaded up as fast as yours lol


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s