Saifuddin terkejut Nasrudin diumum, jangkaan awal lawan PKR

KUALA LUMPUR, 2 April —  Datuk Saifuddin Abdullah terkejut dengan pengumuman Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan sebagai calon kerusi parlimen Termerloh kerana pada awalnya menjangkakan akan berlawan dengan calon dari PKR.

Pengumuman Nasrudin dilakukan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Ibu Pejabat parti tersebut, di Jalan Raja Laut awal hari ini.

“Saya menjangkakan PKR akan bertanding di sini kerana mereka telah bekerja keras sejak selepas PRU 12 lagi,” kata timbalan menteri pendidikan tinggi (gambar) itu dalam satu mesej sistem pesanan ringkas (SMS) kepada The Malaysian Insider hari ini.

“Apa-apa pun BN bersedia berhadapan dengan sesiapa sahaja… selamat datang ke Temerloh,” tambah beliau merujuk kepada gabungan pemerintah Barisan Nasional.

Saifuddin juga berkata telah mengucapkan tahniah kepada bakal lawannya serta menjanjikan pertandingan yang sihat apabila tiba masa kempen pilihan raya nanti.

“Saya telah hantar SMS kepada Nasrudin tadi dan ucap tahniah kerana dipilih bertanding.

“Kalaulah saya masih lagi dipilih bertanding, saya akan berkempen sihat sama seperti masa saya bertanding dengan Nizam daripada PKR pada PRU 12 yang lalu,” ujar beliau lagi.

Walaubagaimanapun, Saifuddin berkata pengumuman terbaru tersebut tidak akan menggugat kubu Umno dan Barisan Nasional di Temerloh dan optimis sokongan penduduk setempat masih kuat terhadap kerajaan pemerintah.

“Berdasarkan rekod perkhidmatan BN, siapapun calon pembangkang, saya optimis yang pengundi akan terus menyokong BN,” katanya lagi.

Dalam Pilihan Raya 2008, Saifuddin menewaskan calon PKR Ahmad Nizam Bin Hamid dengan majoriti 2,441 undi.

Walau bagaimanapun, pimpinan PKR Termeloh yang dihubungi turut terkejut dengan pengumuman tersebut serta mengatakan mereka tidak dimaklumkan mengenai perkara itu.

Pemimpin PKR yang enggan namanya didedahkan itu berkata beliau akan menghubungi kepimpinan pusat Pakatan Rakyat (PR) untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai perkara tersebut.

“Ia satu keputusan mengejut… perkara ini kena tanya pusat.

“Ini satu keputusan unilateral, tanpa memberikan sebarang pertukaran kerusi ataupun penjelasan selanjutnya,” kata pemimpin PKR itu kepada The Malaysian Insider.

Nasrudin, 43 sebelum ini pada Pilihan Raya 2008 bertanding dikerusi Parlimen Maran tetapi tewas kepada calon BN, Ismail Bin Abd Muttalib.

Pada Pilihan Raya 2008, BN berjaya memenangi 38 kerusi daripada 42 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 12 daripada 14 kerusi parlimen di Pahang.MI

2 Komen

  1. Do you mind if I quote a few of your articles as long as I provide credit and sources back
    to your site? My blog site is in the very same area of interest as yours and my users
    would really benefit from some of the information you provide here.
    Please let me know if this alright with you. Thank you!

  2. Hi, Neat post. There is a problem along with your web site in
    internet explorer, would check this? IE still is the market leader and a big
    part of people will omit your excellent writing because of this problem.


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s