Zul Katak Dah Tak Boleh Nak Spin Akhirnya PAS Dan PR Pulak Yang Di Salahkan!!!

Admin

Zul katak ni ingat kaum india nak percaya lagi ka dengan kata-kata dia..kah.kah.kah.sudah la Zul hang tak payah lagi dok belakun jadi orang baik…Dah teruk lembik sampai lunyai hang hentam hindu baru sekarang hang nak minta maaf..Yang lawaknya hang yang buat kenyataan menghina kaum hindu balik-balik hang bubuh atas kepala PAS dan PR..Aku nak tanya hang bila pulak PAS pernah hina kaum lain dan agamanya setahu aku belum pernah terjadi dalam sejarah..Nampak sangat hang kurang cerdik,yang mana lebih teruk dan biadap ucapannya atau kenyataan yang menghina kaum india berbanding antara hang dengan Salahudin!Hang bercakap dan menghina kepercayaan kaum india jauh berbeza dengan Salahuddin cuma menegur …kan dua ayat yang berbeza tu satu hina dan satu lagi menegur atau perumpamaan..Apa yang di lakukan oleh Salahuddin mengaitkan Taipusam dengan demonstarsi jalanan adalah suatu perumpamaan bukan ayat penghinaan kepada agama mereka berbeza sekali dengan apa yang hang ucapkan dalam Video menghina hindu itu..Tu la belajar tinggi sampai keEropah sampai perkataan hina dan perumpamaan pun hang dah tak dapat beza..kah.kah.kah..Ni satu lagi hang kaitkan  penghinaan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali kepada N Gobalakrishnan dengan gelaran ‘pariah’…Aku nak jawab sikit la Zul Katak Perkataan Pariah itu berkait dengan kasta bukan agama syeh...Kenapa semasa PR meminta interlok di kaji semula kerana ada unsur-unsur menghina hang tak sokong pun..kah.kah.kah..Zul jangan berhujah menggunakan kepala lutut di zaman siapa Kuil-kuil Kaum india banyak di robohkan di Selangor  tak payah dok spin lebih-lebih rakyat dah kenai sangat dengan hang Zul serta lencana yang hang pakai..Kali ni sekiranya kaum india tidak lagi menyokong UBN hang lah orang pertama yang harus Umno BN salahkan..Sekarang ni pun aku nampak hang tertekan sangat dengan kenyataan penghinaan kepada kaum india yang hang sendiri buat..Sampai merayu-rayu minta maaf kenapa….Habis lah UBN kali ni dek perbuatan dan busuknya mulut Zul Noordin Perkasa..Sekiranya ada lagi kaum india memberi undi kepada BN pada pru13 nanti bermakna mereka setuju hang hina mereka lagi kah.kah.kah.Aku harap kaum india sedar dan faham tolak MIC dan BN pada pru13…Beri peluang kepada PR mentakbir Malaysia.

HANGPA PIKIAQ LA SENDIRI!!!

Beliau menyalahkan Pakatan Rakyat berhubung isu klip video ucapannya yang menghina penganut agama Hindu.

KUALA LUMPUR: Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Malaysia  Datuk Zulkifli Noordin sekali lagi menegaskan permohonan maafnya secara terbuka kepada masyarakat beragama Hindu berikutan klip video ucapannya yang tersebar sejak minggu lalu.

“Kepada rakan-rakan penganut agama Hindu, dengan menyusun sepuluh jari saya mohon maaf atas sekiranya saya mengguris hati mereka kerana saya tak berniat nak menghina agama Hindu.

“Semoga tuan-tuan memaafkan saya,” kata beliau yang juga ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu itu dalam sidang media di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru di sini hari ini.

Beliau sebaliknya menyalahkan parti dalam Pakatan Rakyat yang mengamalkan politik sempit dan suka mencaci pihak lawan sehingga mempengaruhinya bertindak sedemikian.

Beliau turut mempertahankan kenyataannya itu dibuat dalam satu ceramah di markas PAS kira-kira 10 tahun lalu semasa beliau masih lagi memegang jawatan Yang di Pertua PAS kawasan Bandar Tun Razak dan Ahli Jawatankuasa PAS Wilayah Persekutuan.

Malah, ucapan itu dibuat dalam program PAS dihadapan penyokong parti sendiri semasa beliau masih menjadi peguam mewakili Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, semasa dalam PAS beliau telah ditanamkan sifat jumud, ekstremis, dan cauvinis sehingga menghina pihak lain demi kepentingan politik sebelum menyedari kesilapan itu dan keluar parti.

‘Saya boleh jadi pelampau’

“Saya terpengaruh dan boleh jadi pelampau…tetapi mereka (Pakatan Rakyat) menyembunyikan hakikat siapa yang mengajar penyokong jadi begini.

“Ini merupakan amalan mereka, dari dulu kini dan selamanya amalan cauvinis, ekstremis dan menghalalkan tindakan demi politik sendiri.

“Pengaruh mereka sangat kuat sehingga saya yang berpendidikan undang-undang di Eropah juga boleh percaya,” katanya.

Percaya video tersebut sengaja diolah semula dan sengaja mengaitkannya dengan Perkasa dan Barisan Nasional (BN), Zulkifili berkata pembangkang sengaja mengalihkan isu tersebut daripada isu video seks yang terpalit dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim  termasuk konflik dalaman parti membabitkan perebutan kerusi.

Beliau turut membangkitkan persoalan beberapa tindakan Pakatan  yang memainkan isu sentimen perkauman dan agama sejak dulu lagi.

Antaranya menurut Zulkifili kenyataan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub pada tahun lalu yang mengaitkan perayaan Thaipusam sebagai demonstrasi jalanan, perobohan kuil oleh kerajaan Pakatan di Selangor serta penghinaan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali kepada N Gobalakrishnan dengan gelaran ‘pariah’.

Sehubungan itu Zulkifili mendesak supaya Pakatan menghentikan tindakan memusnahkan kuil dan memohon maaf kepada Gobalakrishnan kerana menggelarkannya dengan panggilan sedemikian.

“Persoalannya, siapa yang menghina penganut Hindu?

“Saya menyeru kepada semua penganut Hindu supaya menolak amalan cauvinis, amalan jumud pembangkang dalam Pilihan Raya Umum akan datang,” katanya.

Turut hadir dalam sidang media Mursidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) Zahid Mat Arip serta Ahli Majlis Syura TIBAI Ng Lum Yong.FMT

8 Komen

  1. Hurrah, that’s what I was looking for, what a data! existing here at this blog, thanks admin of this web page.

  2. Whats up very cool blog!! Man .. Excellent .. Amazing .
    . I’ll bookmark your website and take the feeds additionally? I am glad to search out numerous useful info right here within the submit, we want develop extra strategies in this regard, thank you for sharing. . . . . .

  3. Hello it’s me, I am also visiting this web page on a regular basis, this web site is in fact fastidious and the users are in fact sharing good thoughts.

  4. Heya i am for the primary time here. I came across this board and I find It really helpful & it helped
    me out much. I am hoping to give one thing back and help others such as
    you helped me.

  5. Magnificent beat ! I wish to apprentice whilst you amend
    your website, how could i subscribe for a weblog web site?
    The account helped me a acceptable deal. I have been tiny bit familiar of this your broadcast offered bright transparent concept

  6. I’m not that much of a online reader to be honest
    but your blogs really nice, keep it up! I’ll go
    ahead and bookmark your site to come back later. All the best

  7. Wow, fantastic blog format! How lengthy have you ever been blogging for?
    you made blogging glance easy. The overall look of your site is fantastic,
    let alone the content!

  8. This blog was… how do I say it? Relevant!!
    Finally I have found something which helped me. Thanks a lot!


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s