Biar Betul! Ramai Juga Ahli Politik UBN Kaum Kerabat Dan Kroni Memiliki Syarikat Luar Pesisir Secara Rasia!

EKSKLUSIF Ahli politik ternama Malaysia, kaum kerabat dan rakan kongsi mereka antara yang memiliki syarikat luar pesisir secara rahsia di Singapura dan British Virgin Islands (BVI), menurut maklumat dari dokumen yang bocor.

johor singapore causeway 070905Mereka termasuklah anak lelaki bekas perdana menteri Mirzan Mahathir, Menteri Wilayah dan Kesejahteraan Bandar Datuk Seri Raja Nong Chik Zainal Abidin dan Micheal Chia, yang pernah dikaitkan dengan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Fail-fail yang diperoleh daripada Gabungan Antarabangsa Wartawan Penyiasatan (ICIJ) yang berpangkalan di Washington dan diteliti Malaysiakini menunjukkan, seramai 1,500 rakyat Malaysia memiliki syarikat luar pesisir – yang digelar Switzerland baru – serta BVI, syura percukaian rendah.

Senarai ICIJ terdiri daripada gabungan taikun yang disenaraikan Forbes, ahli parlimen, pesara politik, penjawat awam dan pasangannya, kerabat diraja, ahli perniagaan terkenal dan tidak terkenal, kongsi gelap dan bekas ratu cantik.

Walaupun beberapa syarikat luar pesisir menjalankan urus niaga sah, yang lain mungkin antara RM871.4 bilion aliran keluar wang haram dalam tempoh 10 tahun, seperti dianggarkan oleh pemantau kewangan yang berpengkalan di Washington Global Financial Integrity (GFI).

NONENong Chik (kanan) ketika dihubungi Malaysiakini memberitahu  RZA International Corporation ditubuhkan bapanya, yang berumur 96 pada tahun ini, untuk pelaburan luar pesisir yang sah untuk keluarga.

Melalui e-mel, Nong Chik berkata, RZA tidak digunakan untuk aktiviti yang kabur dan bertujuan mengelakkan cukai atau meyembunyikan urus niaga luar negara.

Sementara itu, Malaysiakini juga cuba mendapatkan komen Mirzan di pejabatnya tetapi pembantunya memberitahu mereka tidak dapat memberikan maklum balas kerana beliau sedang berada di luar kawasan.

Manakala usaha menghubung Chia melalui maklumat daripada dokumen pendaftaran syarikat juga gagal mendapat reaksi.mk

1 Komen

  1. For additional weight-management benefits, add a high quality aloe concentrate to
    your water to help keep your digestion in top shape.
    You should try to remove soda, alcoholic beverages, sports drinks, which is
    conducive to the absorption of iron. I don’t know what caused my lactose intolerance Dieting Headache plan. This machine provides the complete workout to the body to use more of the food they buy. Start with something dieting headache that fits you and work your way up over the days. The best way to encourage your body to use.


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan kepada Melody Batal balasan