Tindakan Azmin boleh Mengeruhkan Keadaan!Befikir Sebelum Bertindak Jangan Buat Sesuatu Yang Boleh Menyumbang Kepada Ketidak Puasan Hati Akar Umbi Dan Rakan Dalam PR!..LU Sendiri Mau Ingat La Bro…

Azmin tidak berbincang dengan Majlis Pakatan Rakyat WP mengenai kerusi Setiawangsa dan Labuan terlebih dahulu.

KUALA LUMPUR: PAS Wilayah Persekutuan (WP) kesal dengan tindakan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali mengumumkan peletakan calon di parlimen Setiawangsa dan Labuan tanpa persetujuan PAS dan Pakatan Rakyat.

Pesuruhjaya PAS WP Mohamad Noor Mohamad berkata, Azmin tidak berbincang dengan Majlis Pakatan Rakyat WP mengenai kerusi Setiawangsa dan Labuan terlebih dahulu.

Malah sehingga kini kerusi Parlimen Setiawangsa masih dalam perbincangan dan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat masih belum membuat keputusan muktamad berhubung kerusi tersebut.

“PAS WP merasa kesal dengan pengumuman Azmin Ali dalam media semalam bahawa PKR akan bertanding di tiga kawasan iaitu di Parlimen Bera, Setiawangsa dan Labuan.

“PAS WP merasakan kenyataan Azmin tidak mencerminkan semangat setiakawan dan perpaduan antara Pakatan Rakyat khususnya peringkat Wilayah Persekutuan,” katanya dalam sidang media di Pusat Khidmat Parlimen Titiwangsa di sini hari ini.

Bantahan akar umbi PKR

Azmin semalam mengumumkan PKR akan bertanding di kerusi Parlimen Bera, Setiawangsa dan Labuan iaitu kerusi yang ditandingi PAS pada pilihan raya umum 2008.

Pertukaran kerusi dibuat berikutan timbulnya bantahan akar umbi PKR apabila PAS mendahului dengan menamakan calon mereka bertanding di Parlimen Temerloh dan Kangar.

Sementara itu, Mohamad Noor berkata pihaknya masih terkilan dengan peristiwa pilihan raya umum lalu (PRU12) apabila ada pihak dalam Pakatan Rakyat yang menaja calon Bebas bertanding di Labuan.

Keadaan itu menyebabkan perpecahan undi dan membawa kelebihan kepada pihak Barisan Nasional (BN) sehingga PAS kalah teruk sebanyak 7, 901 undi.

“Sekiranya Pakatan nak kalahkan BN mesti bertanding satu lawan satu, tak boleh tiga penjuru.

“Selepas ini jangan ada parti yang menaja lagi calon Bebas. Kalau macam ni peluang lebih tipis kerana undi akan berkurangan sebab ada pertandingan tiga penjuru,” katanya.

Mengenai isu kerusi Parlimen Setiawangsa pula, beliau berkata pihaknya akan menunggu keputusan daripada pimpinan tertinggi dalam Mesyuarat PAS Pusat yang akan diadakan pada 9 April nanti.

Pakatan Rakyat peringkat WP pada Ogos 2011 telah membuat keputusan mengenai isu pembahagian kerusi.

Seperti yang dipersetujui, PKR mendapat empat kerusi (Wangsa Maju, Lembah Pantai, Bandar Tun Razak dan Batu), DAP pula lima kerusi (Cheras, Kepong, Segambut, Seputeh dan Bukit Bintang).

Manakala PAS mendapat tiga kerusi iaitu Titiwangsa, Putrajaya dan Labuan, sementara Setiawangsa masih dalam perbincangan.sumber

Admin:

Azmin hang kena ingat sekarang ni hang berada di dalam PR bukan UBN jangan dok bawa perangai lama tu dalam PR..Apa jua tindakan harus berbincang merujuk ke Majlis Pimpinnan PR,bukan membuat keputusan mengikut sesuka hati,dengan tindakan itu juga akan menimbul ketidakpuasan hati  dari akar umbi parti..Walau pun isunya di anggap kecil dan terpencil..Sedang PR bersiap sedia untuk menyusun jentera parti menghadapi pru13 menentang UBN hang pulak buat hal.rakyat sedang memerhatikan jangan tersilap langkah..PR kan menerima padah..Aku harap akan ada jalan..jangan biarkan sampai ia menjadi bom jangka yang juga akan memusnahkan PR keseluruhannya …Apa salahnya bawak berbincang sebelum membuat sesuatu penguman penting seperti ini Jangan penting diri sendiri..Apa yang aku harap pekara ini akan cepat di selesaikan.. 

HANGPA PIKIAQ LA SENDIRI!!!

2 Komen

  1. Does your website have a contact page? I’m having problems locating it but, I’d like
    to send you an email. I’ve got some creative ideas for your blog you might be interested in hearing. Either way, great blog and I look forward to seeing it expand over time.

  2. From there, you can purchase that will hot tub machine clean the tub on the deck.
    It is NEVER a good idea to have an electric outlet if you get one hot
    tub machine that is in your garden you will always have a little
    break sometimes. Step 11The suction line leads to another
    T fitting and lines to each of the elements in the tub.


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s